Aku merenung telefon bimbitku kembali, berfikir sejenak dan kemudian baru menekan punat on di tepi. Iphone 6 ku yang dah agak lama, tapi sampai kini aku masih sayang.Rasanya dah hampir 2 bulan aku ghosting everyone. Phone aku ni pun tiada WhatsApp, Facebook, Instagram atau socmed aku yang lain. Semua aku uninstall 2 bulan yang lalu. Hanya email professional company sahaja aku guna bagi melangsungkan kehidupan bekerja ni.
Kalini aku on pun disebabkan keperluan tugas mendesak yang memerlukan aku selalu menghubungi colleagues yang lain disebabkan sekarang tengah peak season. Aku bekerja sebagai assistant operator di sebuah travel agency & branding global cawangan Malaysia.
Biarpun kekecewaan paling terdalam sedang menghurungi diri, terpaksa digagahkan jua seluruh jiwa meneruskan kehidupan. Jika orang sekeliling tahu kenapa aku begini sejak dua bulan yang lalu, sudah pasti aku akan dipandang jijik atau mungkin ditertawakan. Aku boleh terbayang fikiran orang, hal sekecil itu boleh buat aku begini.
Namun pada hakikatnya, hal ini bukanlah sekecil yang disangka, hanya aku dan hatiku betapa aku sakit menghadapi semua ini. Kenapa aku yang diuji mempunyai perasaan suka dan jatuh cinta dengan sahabat sendiri, sekiranya jantinanya lelaki pasti aku sudah mudah berkongsi ini dengan rakan seseorang. Namun, aku jatuh cinta dengan seorang perempuan, harus dibawa kemana perasaan itu? Harus kemana tujunya perasaan teruja dengan dia? Jatuh cinta telan sendiri, sakitnya pun telan sendiri. Tak boleh nak salahkan orang lain, sendiri yang menyemai kasih.
Ya, aku jatuh cinta dengan sahabat sendiri, seorang wanita bernama Syura, biarpun kami bukanlah sahabat baik sejak dari sekolah, keakraban telah terbina selama lebih kurang tiga tahun memang melahirkan perasaan yang kuat dalam hati aku untuk dia.
Pertama kali aku bertemu Syura adalah selepas tamat spm melalui pertemuan dia dan sepupuku yang kebetulan satu sekolah dengannya. Aku pula bersekolah di tempat lain dari mereka. Sejak hari itu memang aku sudah senang melihat dia dan cuba berteman rapat dengannya. Pada mula aku cuma memang nak berkawan walaupun dalam hati sememangnya dah terpesona. Syura seems so nice and soft, dia macam ada tarikan nak orang rapat dengan dia.
Jujurnya aku di sekolah pun seorang yang pendiam dan tidak mempunyai ramai kawan rapat. Kelainan pada diriku yang menyukai perempuan juga tidak pernah aku ceritakan kepada sesiapa. Bukan juga aku minta perasaan ini, sudah cuba semai perasaan minat dengan sang lelaki tapi langsung tiada perasaan dan perasaan ini terlalu menjurus kepada perempuan.
Sebelum bertemu Syura juga aku pernah crush berat dengan classmate aku sama sekolah menengah, Anita. Anita memang cantik dan salah seorang dari geng orang cantik di sekolah ni tapi dia bukanlah main character dalam groupnya macam Regina George dalam cerita Mean Girls. Kalau dalam tv, geng cantik mesti selalu poyo kan, but not Anita and her gang. Dorang baik je, batch kitorang juga. Tapi mampu setakat crush je lah dengan Anita, nak luah tak boleh apa lagi nak berharap lebih.
Berbalik pada Syura, yah lepas spm aku pula masuk plkn dan memang plan aku nak berteman rapat dia entah macamana menjadi. Kami selalu berhubung melalui sms dan call. Zaman masih tiada WhatsApp sangat lagi masa tu. Dia tak sombong biarpun cantik ayu, berbeza dengan aku yang agak fashion terorrist ni bermodalkan rambut panjang paras bahu dan cap Leesang.
Syura sangat mudah didekati, aku jadi keluar kepompong pendiam dengan dia, tiba2 aku jadi macam super lawak pula bagi dia, atau mungkin dia cuma ada great response, entahlah.
Rapat dengan Syura dah macam satu anugerah untuk aku, sebab masa sekolah aku ni punya pendiam sampai takda bestfriend langsung. Bukanlah tiada yang rapat dan kamching, tapi kalau nak label title 'bestfriend' tu yang tiada. Zaman Universiti pun sebegitu rupa, aku lebih kepada berkawan biasa2 saja macam hanya bertegur sapa di kelas. Sepanjang Uni aku hanya berkawan dengan geng roommate dan housemate.
![](https://img.wattpad.com/cover/270850414-288-k226796.jpg)
YOU ARE READING
LDR (gxg)
RomancePernah Ldr? Survive tak? Let's touch the reality of Ldr shall we? Kisah seorang Cece dan hatinya.