(minju p.o.v)
min yoongi.. yoongi ..
kenapa dia tak datang rumah aku tadi ?
adakah aku yang bersalah ? apa salah aku ? dia putuskan contact dengan aku atas sebab .. ? tak mungkin. adakah lelaki itu jelas dan mahukan penjelasan aku, jika perlu aku akan menyatakan Hajun adalah seorang kawan dan tidak lebih darjat atau sama dengan Yoongi.5 June 2019
23:30Minju melabuhkan punggung diatas kerusi meja belajarnya berhampiran dengan jendela, bertentangan tepat dengan rumah Yoongi.
Kelihatan lampu dapur menandakan rumah itu berpenghuni. Keluhan dilepaskan kuat. Hampir 5 minit merenung sepi kearah rumah Yoongi, kelibat seorang lelaki yang berhoodie keluar dari rumah tersebut.
" Yoongi ? " dadanya berdegup kencang. Segera dia mencapai baju sweaternya dah berlari keluar. Sempat mengalih dompet bersama telefon bimbitnya.
Minju mengikuti lelaki tersebut dengan kekeliruan. Adakah itu Yoongi atau Yoongjun ? Fikirannya celaru buat seketika. Kakinya hanya melangkah mengikuti lelaki tersebut dengan jarak kira-kira 10m dihadapan.
' Betullah tu Yoongi ! ' katanya riang didalam hati. Kegembiraannya untuk bertemu Yoongi membuak-buak.
' Dia pakai lagi gelang yang aku bagi tu. ' Minju tersenyum riang, gembira kerana Yoongi masih memakai gelang yang diberinya pada hari Yoongi ingin berpindah ke Seoul 6 bulan yang lalu.
Dia melihat dari jauh Yoongi melabuhkan punggung diatas kerusi di taman permainan. Jantungnya berdegup kencang. Dia berjalan perlahan-lahan ke arah Yoongi yang menundukkan mukanya.
" Min Yoongi " kata Minju lembut dengan senyuman. Yoongi tersedar dari lamunan mengangkat mukanya.
Matanya sedikit mengecil, cuma mengecam siapa yang berdiri dihadapannya.
" eo .. Minju-ya " kata Yoongi sambil mengalihkan pandangannya kearah rumah usang bertentangan dengan kerusi yang diduduknya.
" buat apa malam-malam macam ni ? " kata Minju yang cuba untuk bermesra dengan Yoongi.
" saja .. " kata Yoongi. Tanpa perasaan. Matanya tidak melihat Minju yang masih berdiri dihadapannya. Cuba untuk melarikan pandangannya.
" Yoongi still pakai gelang yang Minju bagi tu ? " soal Minju walaupun dia sudah tahu jawapannya.
Yoongi segara menyembunyikan gelang tersebut dengan bajunya yang berlengan panjang. Dia mengangguk kecil, tanda ya.
" hehhee jum lepak kedai Mak Cik Yoon ? still buka lagi waktu ni " katanya dengan menatap muka Yoongi yang tidak pandangnya dari tadi. Dia agak kecewa tetapi sudah tahu Yoongi sememangnya begitu.
Yoongi hanya bangun dan menuju kearah gerai Mak Cik Yoon. Minju hanya mengikuti Yoongi dari belakang.
Tangannya mula berpaut pantas tangan Yoongi. Yoongi hanya membiarkannya, tahu akan Minju sememangnya rindu akan dirinya. Dia juga begitu tetapi hanya disebabkan sekeping gambar, dia cuba untuk tidak beremosi.
6 June 2019
00:29Yoongi dan Minju tiba di gerai Mak Cik Yoon yang masih bercahaya. Terdapat masih beberapa orang mengunjungi gerai tersebut walaupun sudah bertukar hari.
Mereka berdua melabuhkan punggung di meja yang berdekatan dengan tempat persediaan makanan dan dapur. Kelihatan Mak Cik Yoon sedang asyik membungkus makanan yang dipesan pelanggannya.
Selepas beberapa minit, barulah Mak Cik Yoon perasan kehadiran Minju disitu. Senyuman Minju dilemparkan kepada Mak Cik Yoon. Pada masa itu, Yoongi hanya melihat skrin telefon bimbitnya.
" Minju, kenapa tak tegur .. " kata Mak Cik Yoon mesra sambil tangannya mengacau kuah teokbokki.
" hehe saja tak tegur ajumma nampak busy tadi .. " balas Minju. Kelihatan mata Mak Cik Yoon melihat Yoongi.
Senyuman Mak Cik Yoon segara pudar. Dia menggeleng-geleng kepalanya.
" tak malu ka kau datang sini ? tunjuk muka dekat kedai aku ni ? " kata Mak Cik Yoon dengan nada yang geram. Sebak dan air mata ingin mengalir tetapi ditahannya.

YOU ARE READING
seesaw ; suga ✅
Детектив / ТриллерCinta. Apa itu cinta ? Yang pasti hanya 'Dia' yang mampu memilikinya. Cast : Min Yoongi | Kim Minju Author : arumikim on wattpad || jibootyyyy on instagram.