Bab 9 : Bisikan

11 2 0
                                    

DAEGU - Kejadian yang mirip seperti kejadian tanggal 18 August 2013 berlaku di tempat yang sama. Polis menyatakan kejadian ini mempunyai motif yang sama. Teman lelaki mangsa telah disoal siasat namun, mempunyai alibi yang menyatakan mangsa dan teman lelakinya sudah lebih 6 bulan tidak berhubungan. Suspek kejadian dipercayai mengantungkan diri selepas membunuh mangsa. Kes ditutup.

9 September 2013
18:30

" Minju-ya, aku tahu kau suka aku .. " bisik Yoongi kepada Minju. Minju berasa sangat gementar. Mukanya menjadi merah.

Muka Yoongi sangat dengan muka Minju. Bibir mereka hampir bersentuh. Yoongi tersenyum.

" Will you be my girlfriend ? " kata Yoongi, mencium bibir Minju. Mata Minju tertutup, menikmati ciuman itu.

8 June 2019
14:20

Hajun berdiri dihadapan Yoongi, dia mahu melepaskan dendam yang selama ini ditahan.

" Tolong aku bunuh Minju, kalau kau on, boleh kau bunuh aku pulak lepas itu .. " bisik Yoongi disambungi ketawa kecil. Mata Hajun bertambah merah.

17:30

Seorang lelaki berpakaian gelap hitam menuju ke rumah usang bersebelahan taman permainan. Dia memasuki rumah usang itu dengan sebilah pisau.

18:00

Minju sampai di rumah usang tersebut. Matanya melilau-lilau mencari kelibat Hajun. Nombor Hajun didialnya.

' Kring .. '

Kedengaran bunyi telefon Hajun didalam rumah usang tersebut. Kakinya terus berjalan tanpa rasa ragu-ragu. Pintu dipulasnya.

Matanya terus melihat Hajun yang tergantung di rumah usang itu. Nafasnya tersekat. Dia terduduk mengenang peristiwa yang sama berlaku pada 2013.

" Arkk .. " jerit Minju kecil. Lehernya dikelar seseorang dari belakang. Akhirnya dia menghembuskan nafas terakhir di rumah usang tersebut.

Kelihatan samar-samar bayang Seolhyun dan Wooyoung di tingkap belakang rumah tersebut, memerhatikan kejadian tersebut berserta pembunuh itu.

9 June 2019
14:45

Yoongi berada didalam biliknya sejurus sahaja pergi melawat Minju buat kali terakhir. Dikunci rapat.

Matanya kelihatan merah kerana menangis. Gambar Minju bersamanya yang berada didalam telefonnya ditatap. Mengenang kenangan yang pernah dilalui bersama.

8 June 2019
17:31

Hajun membuka pintu rumah usang itu. Kelihatan seorang lelaki berdiri dihujung rumah.

" Wooyoung hyung .. ? " Hajun mengerutkan dahinya. Selang beberapa saat, seseorang menjerut lehernya dari belakang, nafas terakhir dihembuskan.

" Wooyoung ? Kau gila juga ka macam Minju ? " kata si pembunuh sambil ketawa kecil. Terus mengangkat Hajun dan mengangtungkanya di dalam rumah tersebut.

9 June 2019
14:49

Yoongi masih menatap gambar itu, lalu dia air matanya mengalir perlahan. Gambar bersama Minju dipadamnya bersama gelak ketawa, matanya masih mengalirkan air mata.

Dia bangun dan mencapai sebuah buku nota, gambar Minju dan Hajun dipangkahnya. Disitu juga terdapat gambar Seolhyun dan Wooyoung yang sudah dipangkah.

Detik-detik pembunuhan Seolhyun, Wooyoung, Hajun dan Minju bermain di fikiran Yoongi. Dia berasa geli hati sambil ketawa.

6 June 2019
04:15

Yoongi terjaga dari tidurnya akibat terdengar suara memanggil namanya. Kelihat orang itu dicarinya.

" Bunuh Minju dengan Hajun, kau akan bahagia .. " seseorang bisik kepada Yoongi perlahan. Dia hanya menutup telinganya tetapi didalam hatinya, dia mahu sahaja ikut arahan suara itu.

seesaw ; suga ✅Where stories live. Discover now