( minju p.o.v )
aku tak sanggup nak hadapi semua ni. kenapa aku yang kena hadapi semua ni sedangkan benda ni hanya fitnahan manusia keatas diriku.
huh ...
biarlah aku putuskan hubungan ini sebelum dia yang minta aku putuskan.tapi...
aku tak cukup kuat untuk semua itu. aku tak kuat untuk lalui semua itu. aku inginkan yoongi. ya ! Yoongi ! lelaki itu saja yang mengenali luar dalam aku. lekaki itu sanggup buat apa demi aku dan aku sanggup buat apa yang dimintanya.5 June 2019
14:00Kaki Yoongi melangkah masuk ke rumah lamanya. Dia tersenyum dek teringat kenangan indah di dalam rumah itu. Tiba-tiba, kenangan yang tidak diingin muncal. Mata Yoongi terbeliak. Nafasnya terucap-ucap. Mengapakah dia sanggup untuk melalu perkara yang keji itu ?
" Yoongi-ya , " panggilan omma membuatkan Yoongi tersedar dari kenangan yang perit itu. Matanya terkebil kebil.
" ya ? " Yoongi segera menjawab panggilan itu.
" Tadi omma ada call Minju. Jom kita ke rumahnya malam ini ? Rindunya nak jumpa dengan menantu omma.. " sambung Mrs. Min sambil menekan perkataan 'menantu'.
" Min.. Minju ? " matanya terbeliak. Nafasnya seakan akan berhenti. Yoongi terkedu apabila dia mendengar nama Minju.
Kim Minju. Gadis yang datang dalam hidupnya semasa dia berusia 17 tahun, pelajar tingkatan 5. Pada masa itu, Minju baru berusia 15 tahun. Sudah 2 tahun mereka menjalinkan hubungan yang mesra.
Tetapi hubungan itu menjadi perit setelah Yoongi menerima sekeping gambar seorang lelaki sedang mencium pipi Minju di kedai seberneka berhampiran dengan sekolah. Pada masa yang sama, mereka berpakaian uniform sekolah lengkap. Mereka berdua tampak mesra. Sungguh mesra.
Setitis air jatuh di pipi Yoongi segera dilapnya. Mrs. Min memandang Yoongi pelik lalu tersenyum.
" omma tahu Yoongi rindu dia, malam ni ikut omma tau " kata Mrs. Min lalu mengatir langkah ke dapur yang sudah lama ditinggalkan.
5 June 2019
20:39Yoongi sedang menonton television bersama dengan hyungnya.
" eii, tak ikut omma ngn appa gi rumah girl kau ke ? " tegur Min Yoonjun kepada adiknya yang asyik menonton television.
Yoongi hanya sekadar menggeleng. Tangannya sibuk menyuap makanan ke dalam mulut. Yoonjun hanya mengeluh.
" kau kira untung tau dapat aweks . aku ni ? tak de pun org nk terhengeh hengeh kat aku " kata Yoonjun dngn amarah.
" ehh ,, tolak aweks kau kat aku ? " Yoonjun tersenyum gatal. Segera mukanya ditampar.
" auch ! "
Yoongi terus masuk ke dalam biliknya. Pintu bilik dihempas kuat sehinggakan hyungnya terkejut. Yoonjun menggeleng sambil menguapkan biskut ke dalam mulut. Rancangan Running Man segera ditontonnya.
5 June 2019
23:09 p.m.Yoongi keluar dari bilik tidurnya. Segera melangkah kaki ke pintu. Langkahnya terhenti apabila terdengar seseorang memanggil namanya dari belakang.
" Ongi-ya ," kedengaran suara manis Seolhyun memanggil namanya.
Yoongi menoleh kepalanya kebelakang. Air matanya jatuh ke pipi.
" Seol-ah ," panggil Yoongi. Air mata yang jatuh membasahi pipi segera dilapnya.
Wajah manis Seolhyun ditatapnya. Seolhyun hanya tersenyum. Cantik. Tampak lesung pipitnya.
Yoongi mendekati gadis itu perlahan lahan. Air mata yang masih turun dibiarnya. Yang pasti, dia mahu melepaskan rindu kepada gadis itu.

ANDA SEDANG MEMBACA
seesaw ; suga ✅
Misteri / ThrillerCinta. Apa itu cinta ? Yang pasti hanya 'Dia' yang mampu memilikinya. Cast : Min Yoongi | Kim Minju Author : arumikim on wattpad || jibootyyyy on instagram.