Bab 1 : Mesej

26 3 0
                                    

( yoongi p.o.v )

huh..
Aku mengeluh panjang. Mesej yang ditaip segera dipadam. Aku merenung mesej tersebut selepas ditaip semula.

hurmm..
Perlukah aku putuskan hubungan yang selama ini diagung agungkan sehingga ke mahligai cinta? Perlukah aku putuskan hubungan ini disebabkan satu gambar yang dihantar oleh seseorang yang tidak dikenali?

Tapi...
'Dia' pun dah lama tak berhubung dengan aku. Sudah 6 bulan setelah aku berpindah ke Seoul disebabkan hal keluarga. 'Dia' masih disana. Bersekolah di sekolah pedalaman yang jauh dari kota sebagai pelajar senior di Daegu.

5 June 2019,
09:45

" Yoongi-ya !! " Kedengaran suara insan yang paling bermakna memanggil nama Yoongi dari bawah.

" Datang ! " Yoongi menyahut panggilan itu. Segera menuruni tangga dengan laju.

" Ya omma ? " tanya Yoongi selepas melihat wajah seri ommanya. Berpakaian kemas. Cantik. Senyuman lebar diukir semula.

Mrs. Min membalas senyuman anak bongsunya dengan ikhlas. Manis sekali senyuman itu.

" Cepat siap, kita dah lambat. Appa dan Hyung dah tunggu dalam kereta. " balas Mrs. Min dengan mesra.

Yoongi hanya tersenyum lalu mengambil telefon dan beg galasnya di dalam bilik.

" Ahh ~ kenapa aku selalu lupa benda yang penting ? " monolog Yoongi sendirian. 'Benda' itu lantas diambil dan dimasukkan ke dalam poket seluarnya.

Yoongi turun dan kakinya diatur ke pintu. Pintu rumahnya ditutup rapat dan dikunci.

Appanya dan Hyung sudah berada didalam kereta. Begitu juga dengan ommanya. Yoongi membuka pintu kereta dan melangkah masuk.

5 June 2019
13:51

Perjalan ke Daegu mengambil masa kira-kira 6 jam. Yoongi tertidur selepas 2 jam berada di dalam kereta. Begitu juga dengan hyungnya.

" Dah sampai " kata appanya selepas tiba diperkarangan rumah lamanya. Sudah hampir 6 bulan ditinggalkan. Kini, rumah ini berpenghuni semula.

Yoongi turun dari kereta. Langkahnya diatur ke pintu rumah. Begitu juga hyungnya. Ommanya membuka pintu rumah itu.

Sejurusnya sahaja masuk ke dalam rumah, Yoongi mengimbas kembali kenangan bersama 'dia' semasa berada di rumah tersebut.

" Yoongi-ya ~ Tadi omma ada call Minju. Jom kita ke rumahnya malam ini ? Rindunya nak jumpa dengan menantu omma.. " kata Mrs. Min sambil menekan perkataan 'menantu'.

" Min.. Minju ? " matanya terbeliak. Nafasnya seakan akan berhenti. Yoongi terkedu apabila dia mendengar nama Minju.

seesaw ; suga ✅Where stories live. Discover now