Bab 8 : Perasaan

8 2 0
                                    

Dia hanyalah wayang semata-mata. Sudah tidak diperlukan dan patut dibuang. Aku tidak pernah merasakan cinta, aku tidak mahu cinta daripadanya.

18 August 2013
07:15

Seorang pak cik sukarelawan membersihkan kawasan taman permainan. Dia melihat sesuatu terapung-apung di dalam rumah usang itu. Pintu dibuka.

" Arh .. " jerit pak cik itu kerana terkejut. Dia melihat dua tubuh manusia yang telah dibunuh. Seorang di lantai rumah itu dan seorang lagi tergantung. Dia segera melaporkan kejadian itu kepada polis.

19 August 2013
23:42

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 15 tahun menangis teresak-esak sambil memeluk bingkai gambar. Pelukan bertambah erat.

" Maafkan Hajun, hyung .. " kata Hajun dengan tagisan menyesal.

" Hajun tak da waktu hyung kena bunuh haritu.. "

" Hajun pegi ikut omma pegi beli barang ... "

" Selalunya Hajun yang akan lepak dengan hyung, Yoongi hyung, Seolhyun noona, Minju .. " kata Hajun sambil menangis teresak-esak.

" Kenapa dia sanggup buat macam tu dekat hyung .. " katanya dengan amarah. Pada hari itu, dia nekad untuk membalas dendam kepada orang yang membunuh hyungnya.

16 December 2018
18:01

Keluarga Mr. Min tiba di Mental and Health Centre di Ilsan, Seoul. Pada masa itu Yoonjun dan Yoongi sedang kusyuk tidur ditempat duduk belakang.

Mr. Min sahaja yang turun dan masuk ke dalam pusat tersebut.

" Yoongi-ya .. " panggil Mrs. Min lembut kepada anak bongsunya. Yoongi membuka matanya perlahan selepas sedar.

" Kita dah sampai " kata Mrs. Min dengan senyuman. Air muka Yoongi mula berubah.

" Yoongi tak gila dah la .. " kata Yoongi sedikit meninggikan suaranya.

" Ini bukan tempat untuk orang gila sayang, i know this place is good to cure your depression .. " kata Mrs. Min sedikit tegas sambil melihat wajah anak bongsunya.

Setelah Mr. Min mendaftar nama Yoongi, Yoongi ditinggalkan di pusat jagaan sementara itu untuk merawat penyakit depresinya.

8 June 2019
14:00

Yoongi menunggu di hadapan Sekolah Menengah Daegu. Matanya melilau-lilau mencari lelaki yang datang ke rumah Minju kelmarin.

Dia segera menahan lelaki tersebut selepas melihat lelaki itu berjalan keluar dari pintu pagar utama sekolah.

Pandangan ditukar. Yoongi menatap wajah lelaki itu dengan penuh amarah. Begitu juga lelaki itu, mata yang merenung wajah Yoongi bertukar merah.

" Lee Hajun ? " soal Yoongi selepas melihat tag nama Hajun. Yoongi tersenyum sinis.

" Kau nak apa datang sini cari aku ? " soal Hajun dengan penuh geram.

" Kau suka Minju ? " soal Yoongi, dia melepaskan tangan yang memegang bahu Hajun dari tadi.

Hajun membatukan diri, merenung Yoongi tajam. Yoongi mendekatkan mukanya ke telinga Hajun, membisikkan sesuatu.

Kemudian, dia ketawa kecil. Hajun bertambah geram dengan sikap Yoongi, ingin sahaja dia menumbuk muka Yoongi tetapi ditahan.

Yoongi pergi meninggalkan Hajun yang masih berdiri di hadapan pintu pagar utama.

8 June 2019
14:28

Ting!

' Tinggalkan Yoongi .. ' Minju membaca mesej dari Hajun. Kening berkerut seketika.

Ting!

' Dia saja gunakan awak .. ' mesej kedua dari Hajun. Minju bertambah pelik dengan sikap Hajun.

Ting!

' Dia kata dia nak bunuh awak .. ' mesej yang ketiga ini membuatkan Minju marah terhadap Hajun.

Number Hajun segera didialnya, tetapi panggilannya ditolak Hajun.

Ting!

' Jumpa dekat rumah usang dekat taman permainan, petang ini dalam pukul 6 ' mesej yang terakhir daripada Hajun. Dia gelisah. Kenapa perlu rumah itu juga ?

20 August 2013
10:03

" Kenapa diorang kata hyung bunuh diri !! HYUNG TAK BUNUH DIA LAA !!! DIA TAK BUNUH PUN SEOLHYUN NOONA !! " jerit Hajun dengan tagisan. Sudah 3 hari dia menangis diatas kematian hyungnya, Lee Wooyoung.

Dia memberontak, ditahan oleh ayahnya. Kini, Hajun terus menangis di pangkuan Mr. Lee.

When someone you really loves gone, you might be thirsty for their love.

seesaw ; suga ✅Where stories live. Discover now