Bab 5 : Tragedi

10 2 0
                                    

' Hold out your hand, wrap it around my neck,
A little below, massage my shoulders,
At the end of the tiring day,
Even if the sun has already come up,
I'm finally closing my eyes .. '

Kedengaran seseorang menyanyi kecil lagu 'End of The day' oleh mendiang Jonghyun SHINee dengan suara yang lembut dan mendayu-dayu.

Seolhyun memperhatikan Yoongi dan Minji yang berjalan meninggalkan taman permainan tersebut, di dalam sebuah rumah usang. Perlahan-lahan dia menghilangkan diri ditelan kabus malam bersama seorang lelaki.

" Yoongi oppa .. " kata Minji sebaik sahaja memaut tangan pada sebelah kiri Yoongi. Sebelah tangan kanannya pula sedang lincah bermain telefon bimbit.

Yoongi tidak bersuara, malas melayan karenah Minju yang agak manja.

" Ongi-ya .. " kata Minju yang cuba menarik perhatian Yoongi.

Yoongi tersentak. Matanya terkebil-kebil. Kakinya berhenti berjalan.

Pada masa itu, Minju ketawa kecil. Yoongi melihat tajam akan wajah Minju. Pautan tangan segera dilepaskan.

Yoongi berjalan meninggalkan Minju yang masih ketawa, hoodie ditarik untuk melindungi wajahnya.

Minju berlari anak untuk mengejar Yoongi yang menuju ke gerai Mak Cik Yoon.

6 June 2019
00:29

Yoongi dan Minju tiba di gerai Mak Cik Yoon yang masih bercahaya. Terdapat masih beberapa orang mengunjungi gerai tersebut walaupun sudah bertukar hari.

Mereka berdua melabuhkan punggung di meja yang berdekatan dengan tempat persediaan makanan dan dapur. Kelihatan Mak Cik Yoon asyik membungkus makanan yang dipesan pelanggannya.

Selepas beberapa minit, barulah Mak Cik Yoon perasan kehadiran Minju disitu. Senyuman Minju dilemparkan kepada Mak Cik Yoon. Pada masa itu, Yoongi hanya melihat skrin telefon bimbitnya.

" Minju, kenapa tak tegur .. " kata Mak Cik Yoon mesra sambil tangannya mengacau kuah teokbokki.

" hehe saja tak tegur ajumma nampak busy tadi .. " balas Minju. Kelihatan mata Mak Cik Yoon melihat Yoongi.

Senyuman Mak Cik Yoon segara pudar. Dia menggeleng-geleng kepalanya.

" tak malu ka kau datang sini ? tunjuk muka dekat kedai aku ni ? " kata Mak Cik Yoon dengan nada yang geram. Sebak dan air mata ingin mengalir tetapi ditahannya.

Yoongi melihat wajah Mak Cik Yoon, sedikit senyuman sinis diberikan. Yoongi merenung wajah Mak Cik Yoon dengan sangat tajam.

Oleh kerana tidak selesa dengan pandangan Yoongi, Mak Cik Yoon menanyakan Minju untuk mengambil pesanan.

Minju memesan 2 mangkuk kecil teokbokki. Yoongi mengalih pandangan kembali ke telefon bimbitnya.

Kini, hanya tinggal Yoongi dan Minju sahaja yang berada di gerai Mak Cik Yoon.

" betullah kau ni memang gila, sebab tu kau bunuh anak aku .. " kata Mak Cik Yoon sambil menghidangkan makanan ke atas meja.

Yoongi hanya memekakkan telinganya. Sudu segera dicapai dan melahap teokbokki tersebut.

" haa makan la cepat-cepat, aku nak tutup kedai dah ni, lepas tu tinggal duit atas meja " kata Mak Cik Yoon, tidak memandang Yoongi dan Minju.

" baik ajumma.. " sahut Minju lembut supaya tidak mahu berkelahi dengan Mak Cik Yoon. Dia memandang Yoongi yang sedang makan. Senyuman diukirkan.

Setelah selesai makan, Minju meletakkan duit diatas meja seperti diarahkan. Mereka berdua mengundur diri dan Minju berterima kasih atas makanan yang dihidangkan oleh Mak Cik Yoon. Mak Cik Yoon tidak mengedahkan mereka berdua.

Perjalanan pulang Yoongi dan Minju hanya ditemani bunyi cengkerik. Mereka mendiamkan diri sahaja.

Setibanya di perkarangan rumah Yoongi, Yoongi hanya masuk ke dalam tanpa mengucapkan selamat tinggal kepada Minju.

Minju sudah tahu akan perangai Yoongi. Dia berjalan pulang ke rumah.

6 June 2019
01:16

Yoongi masuk ke dalam rumahnya yang tidak berkunci. Selepas menutup pintu rumah, kaki Yoongi terus menuju ke dapur.

Secawan gelas air minuman dibawa naik ke dalam bilik. Kakinya melangkah laju menuju ke biliknya.

Yoongi mencapai ubat yang berada didalam begnya. Dia terus menelan 1 biji ubat venlafaxin iaitu salah satu jenis ubat Serotonin and Norepinephrine Reuptake Inhibitors (SNRIs).

Badannya direbah di atas katil. Belum sempat Yoongi melelapkan matanya, kedengaran suara orang menjerit dari rumah Minju. Yoongi hanya menutup matanya dan hanyut dibawa mimpi.

seesaw ; suga ✅Where stories live. Discover now