(yoongi p.o.v)
kenapa malam ni panas sangat ?
Baru pukul 11 malam...Aishhh..
Masalah lah rumah ni tak da air-cond.5 June 2019
23:09Kaki Yoongi melangkah keluar. Tombol pintu bilik dipusing. Pintu dibuka perlahan lahan and segera menutupnya.
Pintu utama rumah dibuka. Angin sepoi sepoi bahasa meniup muka Yoongi lembut. Dia tersenyum puas. Badannya yang peluh terasa sejuk. Belum sempat Yoongi melangkah masuk ke dalam rumah, dia terdengar suara yang dirindunya memanggil dari belakang.
" Ongi-ya ," kedengaran suara manis Seolhyun memanggil namanya. Senyuman manis turut dilempar kepada Yoongi.
Yoongi menoleh kepalanya kebelakang. Air matanya segera jatuh ke pipi.
" Seol-ah ," panggil Yoongi. Air mata yang jatuh membasahi pipi segera dilapnya.
Wajah manis Seolhyun ditatapnya. Seolhyun hanya tersenyum. Cantik. Tampak lesung pipitnya.
Yoongi mendekati gadis itu perlahan lahan. Air mata yang masih turun dibiarnya. Yang pasti, dia mahu melepaskan rindu kepada gadis itu.
" Ma-Maafkan saya .. " kata Yoonggi sambil melihat Seolhyun yang masih berdiri kaku disitu.
Yoongi menangis teresak-esak sambil melutut dihadapan Seolhyun. Angin sejuk pada malam hari menembusi sayu badan Yoongi. Yoongi mendongak keatas. Kelibat Seolhyun sudah tidak kelihatan. Tangisan segera dihentikan.
Yoongi bangun lalu menutup kepalanya dengan baju hoodienya. Tangan dimasukkan ke dalam poket. Kakinya menuju ke tempat yang mempunyai kisah silam yang berat. Nafasnya ditarik, melepaskan beban yang tidak bisa terungkap.
5 June 2019
23:57Tibanya di taman permainan yang berdekatan dengan rumahnya, Yoongi melabuhkan punggung di atas kerusi yang bertentangan dengan sebuah rumah usang. Buaian sedikit terbuai akibat angin yang malam. Kedengaran bunyi kerutan menandakan tali buaian itu sudah karat.
Yoongi tidak mengendahkan bunyi-bunyi pelik yang kedengaran pada malam itu. Dia hanya merenung pada seesaw usang yang berada di kawasan taman permainan tersebut. Kenangan bersama Seolhyun mula diingatinya.
" Huh .. " keluh Yoongi kecil. Matanya dipejamkan, ditundukkan di bawah.
4 May 2004
10:13" Ongi-ya !! jom kita naik seesaw ni !! " kata Seolhyun yang berusia 8 tahun.
Yoongi hanya menuruti apa yang dikatakan Seolhyun, tanda sebarang reaksi. Dia berjalan menuju ke arah Seolhyun, duduk bertentangan Seolhyun diatas seesaw tersebut.
Mereka bermain bersama. Yoongi meneliti riak wajah Seolhyun yang sangat gembira. Pada masa itu, terdetik perasan yang sayang dan cinta untuk pertama kali.
" Min Yoongi ? " fikiran Yoongi terus beralih kepada dunia yang nyata apabila namanya diseru. Dia membuka matanya perlahan.
Ada bayangan seorang perempuan yang berdiri dihadapan akibat cahaya daripada lampu jalan yang samar-samar berjarak 5m dari kerusi yang didudukinya.
Yoongi mengangkat mukanya. Yoongi tersentak seketika. Nafasnya ditarik panjang, dihembus perlahan. Emosinya cuba dikawal.
" eo .. Minju-ya " kata Yoongi sambil mengalihkan pandangannya ke arah rumah usang. Dia cuba mengalihkan pandangannya.

YOU ARE READING
seesaw ; suga ✅
Mystery / ThrillerCinta. Apa itu cinta ? Yang pasti hanya 'Dia' yang mampu memilikinya. Cast : Min Yoongi | Kim Minju Author : arumikim on wattpad || jibootyyyy on instagram.