Taehyung meneliti setiap kepingan gambar yang ada didalam sampul bewarna coklat yang dihulurkan Hoseok sebentar tadi.Yeonji disebelah di lihat seketika.
"Aku tak cari lagi maklumat pasal mamat yang dia jumpa tu tapi dengar-dengar orang kata dia pembekal juga macam kau cuma kecil-kecilan" ujar Hoseok apabila sudah lama Taehyung memerhati gambar yang diambilnya semalam sepanjang dia mengekori Jirae ke sebuah lorong."Tch,berani-berani saja dia buat kerja gila ni" ujar Taehyung mencampakkan kepingan gambar dimana Jirae sedang berbalas sampul dengan seorang lelaki tinggi lampai."Jangan risau aku sentiasa perhatikan dia,sekarang ni Yeonji kena berjaga-jaga" ujar Hoseok dan Taehyung hanya menaganggukkam kepalanya."Yeon boleh jaga dirilah" ujar Yeonji tetapi membuatkan Hoseok berdecit.Gadis itu tidak seperti boleh menjaga diri saja. Kelihatan naif sentiasa dimata semua orang."Aku ada panggilan,korang bual lah dulu" ujar Taehyung seraya bangkit dari duduknya dan keluar dari kafe tersebut.Melihat Taehyung kini menjauh,Hoseok tersenyum sinis.Dia mungkin bole memulakan langkahnya sekarang.
"Yeonji apa khabar?lepas jadi isteri ni?" soap Hoseok mesra.Puncak kepala adik mendiang rakannya diusap perlahan.Yeonji tersenyum apabila Hoseok melakukan perkara tersebut "Yeon okay je,Taehyung baik" ujar Yeonji dan Hoseok tersenyum nipis "Cantik juga Yeonji ni,patut si Taehyung gilakan sangat dulu" puji Hoseok membuatkan Yeonji tersenyum nipis."Kalau oppa ajak keluar nanti,nak ikut tak?" soal Hoseok mengumpan.
"Nak buat ape?" soal Yeonji pula "Saje,mendiang dulu pernah cakap kalau dia dah takde tengokkan adik dia yang comel ni" bohong Hoseok.Yeonji sudah mampu tersenyum apabila Hoseok mengusap tangannya "Okay,nanti kita keluar sama-sama"Hoseok sudah tersenyum puas hati.
Mangsa sudah hampur masuk jerat.
♤♤♤
"Teddy bersiap dulu,pakai wangian lepastu jumpa daddy dekat bawah" suara sensual Taehyung membuatkan Yeonji tersengih pula.Lelaki itu sudah lengkap berpakaian suit hitamnya.Gaya Taehyung amat lain apabila dia pergi bekerja.Memandangkan pada malam ini mereka ada party dia Kelab Malam Privasi milik Taehyung,Yeonji akan turut serta.Dia pun tidak mahu berseorangan dirumah.Yeonji menyarungkan tshirt milik Taehyung lalu dia beransur masuk kedalam kamar mandi untuk membersihkan dirinya.
Selesai itu,Yeonji memakai pakaian yang disediakan sendiri oleh Taehyung mengikuti tema pada malam ini.Kumpulan mereka memakai pakaian hitam.Yang lain Yeonji tidak pasti lagipun setahunya parti ini bukanlah parti yang formal kerana takkan parti yang formal Taehyung memberikannya pakaian seperti ini.
Pewangi dan sedikit perhiasan dilekatkan pada tubuh kecilnya.Makeup juga dicalit pada wajah mengikut tema.Dirinya kelihatan sangat berbeza.Tidak naif seperti selalu.Apalah reaksi yang lain apabila melihat dirinya yang seperti itu?Yeonji mencapai kasut boot hitam tinggi lalu dia keluar dari kamar.Dia sudah siap.
♤♤♤
Jungkook,Jimin dan Seokjin berada di satu meja khas untuk mereka didalam Kelab tersebut.Soula juga berada disisi bakal suaminya.Dia sibuk mengambil gambar dirinya di kelab tersebut sementara Seokjin sedang berbual rancak dengan yang lain.Dia menunggu juga sahabatnya yang sudah bergelar isteri orang itu tetapi masih tidak kelihatan bayangnya."Lambat lagi ke diorang oppa?" soal Soula seraya memeluk lengan sasa Seokjin "Tadi Taehyung kata dah nak sampai kita tunggu jerla" ujar Seokjin seraya mengusap lembut tangan tunangnya.Selepas kejadian 'gurau senda' hari itu Seokjin terus melamar Soula dan membawa gadis itu berjumpa dengan ibu bapanya.
YOU ARE READING
TEDDY||K.T.H||
FanfictionKesusahan menyebabkan Yeonji memulakan kerja dengan seorang lelaki yang merupakan pemilik kelab malam di Seoul dan disitu dia telahpun diambil dijadikan sugarbaby oleh seorang lelaki yang dia sendiri tidak kenali.Dari situ bukan kehidupannya saja be...