38

5 0 0
                                    

Yeonji menyentuh perutnya yang sudah masuk 4 bulan.Selama 4 bulan tanpa suami disisi,Yeonji menjadi seorang yang tidak tentu arah kerana memerlukan kasih sayang pada awalnya tapi kelamaan dia sedar.Taehyung bukan lagi lelaki yang akan menjaganya.Dia sayang akan Taehyung tetapi semua ini dilakukan untuk anaknya sendiri.Anak dia dan Kim Taehyung.

"Apa khabar awak Tae?saya rindu"

Frame gambar perkahwinan dia dan Taehyung masih dipamerkan diata kabinet TV.Yeonji bersandar pada sofa dan cuba menenangkan diri."Awh,sayang omma lapar ke?" perutnya yang terasa ada tendangan dari dalam itu diusap lembut "Jom kita cari makanan" Yeonji pum bangkit secara perlahan dan melangkah kearah dapur.

Satu persatu kabinet dibuka untuk mencari makanan dan ketika itu loceng rumahnya berbunyi menanda ada yang datang.Tidak membuang masa,dia terus melangkah ke arah pintu utama,perutnya diusap-usapnya.

"Annyeong,saya bawakan makanan" dua plastik makanan diangkat menunjuk kearah Yeonji.Wanita itu tersenyum melihat lelaki yang banyak berjasa padanya "Namjoon-ah,awak tahu saje kalau saya lapar kan?" ujar Yeonji seraya ingin mengambil beg plastik tersebut untuk membantu lelaki lampai bernama Namjoon itu "Biar saya bawakan,jom kita makan" ujar Namjoon seraya terlebih dahulu melangkah masuk.

Yeonji tersenyum melihat gelagat Namjoon.Dia pula melangkah ke dapur untuk mengambil cawan untuk diisi minuman memandangkan makanam yang dibeli Namjoon berserta dengan minuman.

"Saya belikan ni juga untuk awak,kegemaran awak kan?" soal Namjoon seraya meletakkan satu bekas makanan dihadapan Yeonji.Yeonji tersenyum melihat makanam itu."Terima kasih Namjoon,awak banyak tolong saya dengan baby ni" ujar Yeonji seraya mengusap perutnya.

Namjoon hanya tersenyum menampakkan lesung pipi nya.Dia sedar dia tidak boleh melebihi batasan,wanita dihadapannya ini masih isteri seseorang

"Selamat menjamu selera!"

♤♤♤

Taehyung sekian kali menembak tepat kearah papan berbentuk figura yang jauh 30 meter itu.Dirinya kini sudah tidak seperti dahulu,menjadi makin panas baran.Hampir segala orang disekeliling akan dimarahi walaupun perkara kecil.

"Tae,sudahlah tu" Munyoung menegur dengan lembut tetapi tidak diendahkam Kim Taehyung.Berdas-das peluru dilepaskan.Munyoung menggelengkan kepala.Dia juga tidak pasti mengapa pencarian Yeonji masih tidak selesai.Hampir seluruh Seoul dicari termasuk Daegu tetapi misi itu gagal.

Wanita itu benar-benar mahu meninggalkan Taehyung.
"Aku dan yang lain akan cari isteri kau,tu janji kiteorang Tae" kata-katanya menbuatkan Taehyung yang sedang menambah semula peluru itu tersenyum sinis "Setiap hari,aku dah muak dengan ayat kau" ujar Taehyung ingin kembali dengan aktivitiny tetapi ditahan oleh Munyoung.

"Baliklah,esok kita cari dia luar Seoul" ujar Munyoung.Taehyung merengus kasar.Pistolnya dihempas diatas meja yang berada disitu "Aku takut..aku takut aku tak dapat cari dia" wajahnya ditunduk kebawah.Memikirkan hal yang negatif itu,Air mata Taehyung jatuh.

Munyoung tidak mampu melakukan apa-apa.Sekian kali dia menyaksikam Taehyung bersedih gara-gara Yeonji.Ini kali pertama Taehyung menangis kerana wanita.Kali terakhir dia melihat air mata lelaki itu jatuh adalah ketika acara pengebumian kedua ibu bapanya.Dia kemudian berlalu pergi meninggalkan lelaki itu.

Jungkook berjalan mendapatkan Munyoung "Aku dah dapat dekat mane Yeonji" kata-kata Jungkook membuatkan anak mata Munyoung bersinar "Tapi aku tak boleh bagitahu Tae sekarang" sambung Jungkook seraya melirik kearah Taehyung dari kejauhan. Munyoung sudah membuat wajah peliknya "Apa yang tak kena?" soal Munyoung pula.

TEDDY||K.T.H||Where stories live. Discover now