33

5 0 0
                                    

"Seorang wanita ditemui meninggal dunia akibat pendarahan yang teruk pada bahagian kemaluannya"

Tajuk utama bahagian hadapan surat khabar Korea Selatan dibaca Jirae.Dia terus ke kaunter untuk membuat pembayaran tanpa menghiraukan berita tersebut.

"Aku dengar dia kena bunuh sebab kacau laki orang"

"Ish!kau ni main cakap je"

"Iya,usahawan terkenal tu kan bekas kekasih dia tapi dah kahwin mesti pasangan tu yang mendiang kacau"

"Itula tu,siapa je yang taknak kan si Kim Taehyung tu kan?"

Perbualan sekumpulan pekerja berpakaian formal didengari Jirae.Takkan lelaki itu yang membunuh pula?mustahil sekali.

Jirae melangkah keluar dari kedai selepas selesai membuat pembayaran.

♤♤♤


"Mane Jirae?kenapa dia tak masuk kerja lagi ni?" soal Taehyung apabila dimaklumkan oleh Ryujin bahawa Jirae lewat datang ke tempat kerja."Saya dah hubungi dia,katanya dah nak sampai" ujar Ryujin seraya menukis beberapa nota untuk majikannya itu.

"Tak guna betulah,kita dah bagi kerja pada dia boleh dia buat sial pula" Marah Taehyung.Sudah tugasan yang diberikan pada Jirae masih belum wanita itu hantar dan tunjuk padanya.Makan gaji buta saja.

Ryujin yang seakan mendengar pekerja-pekerja sedang berbual diluar segera menjengguk.Nampaknya yang dinanti-nanti sudah pun tiba di pejabat "Tuan,Dia dah sampai siap dengan bungkusan makanan lagi" ujar Ryujin.Taehyung berdecit.Sempat lagi wanita itu membungkus makanan nampak sangatlah sengaja datang lewat."Panggil dia sekarang" tegas Taehyung.

Ryujin keluar semula dan ke tempat Jirae sedang duduk."Yoon Jirae-ssi,Tuan panggil" ujar Ryujin dengan senyuman acuh tidak acuhnya.Jirae hanya menjungkitkan bahunya saja lalu bangkit dan melangkah masuk kedalam pejabat Taehyung.Ryujin yang melihat hanya menggeleng."cari nahas betul kau ya?" bisiknya sebelum turut melangkah kedalam pejabat Taehyung.

"Sehelai sepinggang saja?" soalan dingin yang keluar dari mulut Taehyung membuatkan Jirae terpinga."Eo?" Taehyung berpeluk tubuh lalu kakinya dinaikkan keatas meja kerjanya.Matanya dingin memandang wanita dihadapannya "tugasan yang saya bagi dua minggu lepas" Jirae terlopong.Dia ingatkan lelaki itu mahu berbincang tentang sesuatu dengannya rupanya indah khabar dari rupa "M-maaf tuan,saya ambil sekarang" Taehyung tidak menjawap malah mengerakkan jemarinya seakan menyuruh gadis itu mengambil tugasannya.

Jirae menyumpah serana didalam hatinya sambil tangan ligat mencari fail yang dikehendakinya.Dia segera melangkah masuk kedalam pejabat Taehyung sesudah menemui fail tersebut.

Ryujin hanya menggeleng melihat tingkah wanita itu
"Dia fikir dia ma'am besar ke?" sindir Ryujin lalu sambung membuat kerjanya.

♤♤♤

Dengan jambakan bunga ditangan,Yeonji meletakkannya di memorial abangnya.Gambar  tersenyum abangnya ditatap "Oppa,sihat?Yeon rindu sangat dengan oppa" air matanya yang mengalir diseka perlahan "Hoseok oppa cakap,oppa minta dia jaga Yeon tapi sebabkan duit dia sanggup khianat oppa" adu Yeonji dengan satu cebikkan di bibirnya.

"Tapi dia dah insaf hahahaha...dia pula khianat perempuan tak tahu malu tu" cerita Yeonji.Dia seakan dapat merasakan  abangnya sedang berdiri dihadapannya dan sedang melihatnya."Oppa,bila Yeon dapat ikut oppa?Yeon rindu appa,omma dan oppa" satu tangan Yeonji dinaikkan ke udara seakan cuba 'menyentuh' abangnya.Senyuman manis dihadiahkan.

TEDDY||K.T.H||Where stories live. Discover now