54 爱 : The Game Changer

86 9 0
                                    

ɹɐəɥ oʇ ʇəəʍs sı əɔıoʌ s'|ıʌəρ əɥʇ〝 WALKING TO THE DEATH 〞

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ɹɐəɥ oʇ ʇəəʍs sı əɔıoʌ s'|ıʌəρ əɥʇ
〝 WALKING TO THE DEATH 〞

┏━━━━━━━━━━━━━┓

❝ He lost someone who
didn't care about him.
And she lost someone
who could do anything...
for her. ❞

┗━━━━━━━━━━━━━┛

DRAFTED SINCE 140521
Complete Editing 260521
Published On 310521

───♡─────────────
CHAPTER FIFTY FOUR
〝 The Game Changer 〞
───♡─────────────

    "Selamat malam saya ucapkan kepada hadirin sekalian. Selamat datang ke majlis bulan purnama pertama akademi!"

    Majlis yang ditunggu-tunggu akhirnya bermula secara rasmi setelah semua penghuni dewan selesai menikmati hidangan makan malam yang disediakan. Ramai saja yang bertepuk tangan menyambut kata-kata pengacara pada malam itu, seorang lelaki muda yang cuma dikenali dalam kalangan pekerja akademi. Pelajar-pelajar tidak tahu siapakah namanya.

    Apabila orang lain sibuk bersorak, Jungkook mencapai tangan Ella Audrey dan digenggam erat sebelum direhatkan di atas pahanya. Skrin-skrin besar pada setiap penjuru dewan gergasi itu menjadi tempat dia memakukan pandangan mata. Sang pengacara membuka mulut lagi. Senyumnya begitu lebar, begitu berpuas hati dengan suasana dalam majlis tersebut.

    Si pengacara yang Jungkook kenali sebagai Woo Hannim memberikan sepatah dua kata sebagai pendahuluan sebelum mengumumkan bahawa dia akan kembali ke pentas setelah sebuah tayangan panjang selesai dipertontonkan kepada semua yang hadir. Tayangan tersebut merupakan rakaman secara langsung apa yang berlaku semasa acara CAKRA empat tahun lepas, edisi ke-110.

    "Selepas tayangan rakaman tersebut tamat, majlis akan diteruskan dengan ucapan khas daripada pemenang CAKRA yang terkini, diikuti dengan ucapan kapten The 7 Rings."

    Pemberitahuan tersebut membuatkan Ella terus mengalihkan pandangan dari skrin ke arah Taehyung. Dia tersenyum, kemudian memandang pula ke arah Jungkook.

    "Awak akan naik nanti dengan Taehyung?"

    Jungkook tersenyum nipis. Ibu jarinya mengusap perlahan kulit tangan Ella Audrey yang berehat di atas riba.

    "Technically...I'm not the winner."

    Kening Ella pantas bertaut antara satu sama lain. Pusing sudah kepalanya kerana keliru setelah mendengar balasan yang keluar dari bibir Jungkook. Apa yang dia tahu, tahap Jungkook adalah paling tinggi. Tapi...tak menang?

    "Kau akan faham nanti. Jangan fikir sangat. Just...don't feel too shock. If you need some extra explanation, okey, aku akan explain. Sekarang, tengok dulu. Hm?"

❪ COMPLETED ❫  🏹 ─  ❝ 사랑의 결점 ❞ | 亂 Mr Nobody : The Flaws of Love (Part 2) ♡Where stories live. Discover now