85 爱 : The Strongest Soldier

29 11 8
                                    

ɹɐəɥ oʇ ʇəəʍs sı əɔıoʌ s'|ıʌəρ əɥʇ〝 WALKING TO THE DEATH 〞

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


ɹɐəɥ oʇ ʇəəʍs sı əɔıoʌ s'|ıʌəρ əɥʇ
〝 WALKING TO THE DEATH 〞

┏━━━━━━━━━━━━━┓

❝ He lost someone who
didn't care about him.
And she lost someone
who could do anything...
for her. ❞

┗━━━━━━━━━━━━━┛

DRAFTED SINCE 170721
Complete Editing 220721
Published On 230721

───♡─────────────
CHAPTER EIGHTY FIVE
〝 The Strongest Soldier 〞
───♡─────────────

KAFETERIA

    Kim Taehyung tidak memberikan
Maya jawapan. Kini gadis itu gelisah dan terkial-kial sendiri. Pada mulanya nasib baik sangat menyebelahi, tapi dalam sekelip mata, ia hilang begitu sahaja.

    Malam itu, Maya makan dalam keadaan fikirannya dihurung pelbagai kemungkinan yang memeningkan. Setiap sudu suapan yang masuk ke dalam mulut seakan-akan halimunan. Dia pasti dia tidak akan rasa kenyang.

    Memang betul apa yang dia akui. Sejak awal-awal lagi perhatiannya sangat melekat pada ejen Phoenix. Tiba-tiba sahaja dia hilang pertimbangan untuk menyukai seseorang yang sudah jelas jauh lebih hebat dan tua daripadanya. Apabila Maya menjadi salah seorang saksi pada majlis bulan purnama dulu, di mana Jungkook mengangkat Ella pergi, dia dicubit-cubit perasaan cemburu. Mood yang sedia tidak baik menjadi semakin teruk di saat Taehyung menyulitkan lagi keadaan dan dia terpaksa menerima tempias cakapan orang selama hampir lebih seminggu.

    Tidak pernah bercakap, namun Maya masih mendapati dia akan mencari Jungkook di mana. Lelaki itu menebarkan aura yang sangat kuat, seolah-olah dia yang berkuasa di mana sahaja tempat kakinya berpijak. Bila dia menampar Victor bagi membela Maya hari itu, Maya apalagi. Dia semakin kagum.

    Alangkah baik sekiranya dia mendapat peluang untuk berbual. Namun sekarang, bayangan itu mustahil akan dapat diubah menjadi realiti. Maya rasa serba salah pula kepada Taehyung.

    Adakah ini disebabkan dia masih muda? Hormon awal dewasanya sedang bercampur-adukkah?

    Mendengar cerita dari Taehyung semalam, sumpah, Maya rasa malu. Jadi, selama ini, dia menaruh sesuatu yang tidak sepatutnya kepada orang yang salah.

    Dia tidak peduli sekarang. Dia mahu membetulkan keadaan dengan Taehyung. Ini bukan pasal CAKRA sahaja. Pasal...semua. Di saat dia berada dalam keadaan seperti telur di hujung tanduk, dia sedar yang dia tidak patut mengetepikan lelaki itu begitu sahaja. Selepas apa yang dia usahakan untuk Maya...

❪ COMPLETED ❫  🏹 ─  ❝ 사랑의 결점 ❞ | 亂 Mr Nobody : The Flaws of Love (Part 2) ♡Where stories live. Discover now