94 爱 : Dead End

20 11 1
                                    

ɹɐəɥ oʇ ʇəəʍs sı əɔıoʌ s'|ıʌəρ əɥʇ〝 WALKING TO THE DEATH 〞

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


ɹɐəɥ oʇ ʇəəʍs sı əɔıoʌ s'|ıʌəρ əɥʇ
〝 WALKING TO THE DEATH 〞

┏━━━━━━━━━━━━━┓

❝ He lost someone who
didn't care about him.
And she lost someone
who could do anything...
for her. ❞

┗━━━━━━━━━━━━━┛

DRAFTED SINCE 270721
Complete Editing 010821
Published On 010821

───♡─────────────
CHAPTER NINETY FOUR
〝 Dead End 〞
───♡─────────────

    Keesokan paginya, Taehyung mendapati bahawa ada sesuatu sedang menunggu kedatangannya ke kafeteria. Tangan kanan yang tersembunyi di dalam poket seluar, ditarik keluar untuk mencapai topi hitam yang diletakkan di atas meja.

    Seseorang telah meletakkan ia di sana.

    Taehyung mengangkat topi tersebut. Semestinya dia kenal topi ini milik siapa. Ini dia punya. Dia pernah berikan kepada Maya dulu. Kini ia telah dikembalikan.

    Bukan Taehyung sahaja yang menerima sesuatu. Di tempat duduk SinB ada dilekatkan sekeping nota kecil dengan satu tulisan ringkas ditulis di atasnya.

'TERIMA KASIH'

    Walaupun tidak bernama, SinB sudah tahu siapa yang menghantar nota itu kepadanya. Sama seperti situasi Taehyung. Cuma, SinB tersenyum, manakala Taehyung rasa kurang senang. Dia menoleh ke arah dinding kaca berdekatan. Langkah diorak.

    Wajah ditundukkan menghadap ke tingkat bawah. Para pelajar sudah berkumpul dan duduk di meja masing-masing, menikmati sarapan yang disediakan sebelum masuk ke dalam kelas sebentar sahaja lagi.

    Taehyung mencari satu-satunya meja yang pernah dia kunjungi sebelum ini. Topi di dalam tangan digenggam kuat.

    Taehyung-ah...

    당신은 선택을 했어, 그렇지?
    (You did a choice, right?)

    이제 그만해도 돼.
    (You can stop now)

-ˋˏ ༻࿇༺ ˎˊ-

    "Aku tunggu kau balik."

    Mungkin dengan mempunyai seorang kawan di sisi tidaklah seteruk yang disangka. Malah Maya baru menyedari betapa pentingnya untuk tahu bahawa ada orang sedang menyokong dia dari belakang. Dia sangat gementar menjelang peringkat pemilihan. Misi terakhir CAKRA telah berjaya dia lepasi. Tidak begitu mudah, tapi dia berjaya dan tersenarai dalam nama 20 teratas. Lagi 10 atau lebih akan tersingkir, bergantung kepada keputusan akademi, dan CAKRA ke-111 bakal menemui penamatnya.

❪ COMPLETED ❫  🏹 ─  ❝ 사랑의 결점 ❞ | 亂 Mr Nobody : The Flaws of Love (Part 2) ♡Where stories live. Discover now