ɹɐəɥ oʇ ʇəəʍs sı əɔıoʌ s'|ıʌəρ əɥʇ
〝 WALKING TO THE DEATH 〞┏━━━━━━━━━━━━━┓
❝ He lost someone who
didn't care about him.
And she lost someone
who could do anything...
for her. ❞┗━━━━━━━━━━━━━┛
DRAFTED SINCE 030621
Complete Editing 250621
Published On 250621───♡─────────────
CHAPTER SIXTY FIVE
〝 Well-Dressed Lies 〞
───♡─────────────Maya merupakan orang pertama yang sampai ke kelas Puan Aurora. Wanita itu hairan pada mulanya apabila melihat kelibat Maya masuk ke ruang kuliah agak awal berbanding yang sepatutnya, namun, dia tidak bertanya apa-apa, sekadar menyambut kedatangan Maya seperti biasa sebagai seorang pelajar.
Mungkin lima belas sehingga dua puluh minit selepas itu, barulah yang lain beransur-ansur menghadirkan diri. Maya duduk diam di tempatnya. Apabila Hanna dan Henson muncul, mereka berdua mengambil tempat duduk masing-masing. Mula-mula dulu, Maya berada di tengah antara mereka, tetapi sekarang, Maya berada di hujung.
Kelas CSTA (Common Study of The Academy) Puan Aurora pada hari itu dimulakan dengan soalan tentang bagaimana perasaan mereka semalam menyertai majlis bulan purnama buat pertama kalinya.
Maya menunduk.
Dia tidak berada di dewan sehingga majlis habis. Dia terus pulang ke dorm dan termenung di situ. Meghan tidak menghalangnya.
Majlis yang dikatakan seronok oleh pelajar lain itu, langsung tidak rasa seronok bagi Maya. Dia tak dapat apapun, cuma malu.
Maya segera berhenti mengelamun kerana dia tidak mahu mengingat lebih jauh. Dia benci, setiap saat, setiap detik, apa sahaja yang berlaku semalam.
"Baiklah. Disebabkan semalam, kalian sendiri sudah menonton CAKRA yang ke 110, hari ini, saya akan memperkenalkan kepada kalian...apa itu CAKRA."
Puan Aurora menggunakan hologram semasa mengajar. Beliau banyak menunjukkan visual supaya pelajar lebih senang faham dan tertarik untuk terus mendengar. Setakat ini, kelas CSTA adalah kelas yang paling mustahil pelajar boleh rasa bosan. Bukan hanya pembentangannya bagus, tetapi topik-topik yang dibincangkan juga sangatlah menarik dan rasa baharu.
"Seperti yang kalian tahu, ini adalah bagaimana cara kita mengeja CAKRA."
Huruf C, A, K, R, A muncul di udara.
"Tetapi..."
Puan Aurora melibas tangannya dan perkataan 'CAKRA' tadi berpusing. Kini apa yang boleh dilihat oleh pelajar ialah 'CAKRA(H)', bukan lagi 'CAKRA'.
YOU ARE READING
❪ COMPLETED ❫ 🏹 ─ ❝ 사랑의 결점 ❞ | 亂 Mr Nobody : The Flaws of Love (Part 2) ♡
Action[ THE FLAWS OF LOVE PART II ] © lastsarang | December 2020, May 2021 ❝ He lost someone who didn't care about him, and she lost someone who could do anything for her. ❞ 爱 ─ Boy With Luv Episodes : Volume 2 Part I All Rights Reserved Bayang hitam seda...