62 爱 : Forbidden Desire

28 11 0
                                    

ɹɐəɥ oʇ ʇəəʍs sı əɔıoʌ s'|ıʌəρ əɥʇ〝 WALKING TO THE DEATH 〞

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ɹɐəɥ oʇ ʇəəʍs sı əɔıoʌ s'|ıʌəρ əɥʇ
〝 WALKING TO THE DEATH 〞

┏━━━━━━━━━━━━━┓

❝ He lost someone who
didn't care about him.
And she lost someone
who could do anything...
for her. ❞

┗━━━━━━━━━━━━━┛

DRAFTED SINCE 310521
Complete Editing 190621
Published On 210621

───♡─────────────
CHAPTER SIXTY TWO
〝 Forbidden Desire 〞
───♡─────────────

    "Jungkook."

    Sentuhan ringan pada kulit tangan sudah cukup untuk mengejutkan Jungkook dari lena. Dia tertidur dalam keadaan duduk di sofa semalam, kepala dibaringkan atas bahagian tilam yang kosong. Selepas SinB datang menghantar seluar yang mahu dipinjamkan oleh Jennie, dia terus memutuskan untuk tidur.

    Posisi tidur Jungkook memang tidak selesa. Lengan yang menjadi alas kepala rasa kebas, sama juga dengan kakinya di sebelah kanan. Lambat betul kelopak matanya terbuka, namun dia gagahkan juga.

    Sebaik sahaja wajah Ella Audrey menyapa pandangan, dia ukirkan senyuman nipis.

    "Hei." Dalam kepayahan melawan rasa mamai, Jungkook berdiri sekejap. Badannya dibongkokkan sedikit untuk menghadiahkan satu kucupan halus pada dahi Ella Audrey. "Morning."

    "Apa yang dah jadi?"

    Jungkook tersenyum lagi. Dia kembali duduk. Tapi kali ini punggungnya dilabuhkan sahaja ke kawasan tepi katil yang kosong.

    "Kau pengsan semalam, ingat? And then I brought you here. This is not a hospital by the way, if you can't recognise it."

    Ella nampak lemah sedikit. Jungkook menyedut masuk hingus yang rasa meleleh di dalam lubang hidung. Mungkin disebabkan waktu yang masih awal dan suhu yang sejuk, dia boleh berhingus. Tiba-tiba saja...

    Ella melihat ke sekeliling. Dia tahu dia berada di mana.

    Wajah Jungkook direnung. Kedua-dua lapisan bibirnya kering. Tekaknya pun sama. Macam...dia baru sahaja tersedar dari satu mimpi buruk.

    "Daddy mana?"

     Jungkook juga baru tersedar bila Ella bertanya. Dia menoleh sekejap ke belakang untuk mencari kelibat profesor Kim. Namun, hanya mereka berdua sahaja di situ.

    "Mungkin dia keluar sekejap," Jungkook kembali ke posisi asal, "sarapan."

    Ella diam sekejap. Dia menyentuh muka dengan belakang tapak tangan. Rasa macam suam-suam, tapi dia cuba untuk tidak endahkan. Selimut yang menutup tubuh diangkat seketika dan dia perasan akan pakaiannya yang tidak sama seperti semalam.

❪ COMPLETED ❫  🏹 ─  ❝ 사랑의 결점 ❞ | 亂 Mr Nobody : The Flaws of Love (Part 2) ♡Where stories live. Discover now