98 爱 : Can't Escape

27 11 7
                                    

ɹɐəɥ oʇ ʇəəʍs sı əɔıoʌ s'|ıʌəρ əɥʇ〝 WALKING TO THE DEATH 〞

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


ɹɐəɥ oʇ ʇəəʍs sı əɔıoʌ s'|ıʌəρ əɥʇ
〝 WALKING TO THE DEATH 〞

┏━━━━━━━━━━━━━┓

❝ He lost someone who
didn't care about him.
And she lost someone
who could do anything...
for her. ❞

┗━━━━━━━━━━━━━┛

DRAFTED SINCE 020821
Complete Editing 050821
Published On 050821

───♡─────────────
CHAPTER NINETY EIGHT
〝 Can't Escape 〞
───♡─────────────

    "Lepaskan dia."

    Maya bersuara lagi. Dia melangkah beberapa tapak ke hadapan. Panahnya masih mengarah begitu berbahaya pada wajah Fabian. Alex yang dibaringkan paksa di atas lantai sudah mengangkat kedua belah lengan ke atas, menunjukkan yang dia tidak akan melawan, untuk keselamatan diri sendiri. Pisau yang dipegang oleh Fabian tepat menunjuk ke arah biji matanya sekarang. Kalaulah bahagian halkumnya tidak ditekan, dia ada peluang untuk berguling ke sebelah kanan, mengelak dari ditikam.

    Maya tidak dijaga oleh sesiapa dan Victor melihat itu sebagai satu peluang. Dia mahu menarik sesuatu keluar dari poket tetapi suara Logan menghentikan niatnya.

    "Jangan buat apa-apa." Sepucuk pistol kini terarah kepada Victor pula. Dia menyumpah di dalam hati.

    "Lepaskan dia."

    "Kenapa pula aku kena ikut cakap kau?"

    "Lepas!"

    "No!"

    Jeritan Karina dan Fabian bersahutan. Suasana tegang di dalam ruang tersebut semakin mencengkam. Victor mahu bergerak, sekali lagi Logan memberi amaran dengan menekan separuh picu pistolnya.

    Satu serangan sahaja berlaku, sekurang-kurangnya tiga orang akan cedera. Alex, Fabian dan Victor. Karina selamat di posisi, walaupun begitu dia tetap bersedia. Ada lagi teman-teman Fabian di luar. Alex sahaja dalam keadaan bahaya antara mereka berempat tidak memberi sebarang kelebihan.

    Tangan Maya hampir kebas menegangkan tali busurnya, menunjukkan betapa lamanya mereka begini, menghalakan senjata ke arah satu sama lain.

    Cara masing-masing cuba memberi perlindungan sudah cukup sebagai bukti bahawa kepentingan peribadi adalah bergantung kepada hidup dan mati rakan komplot.

    Semua mahu menang, bukan?

    Disebabkan itu Maya mahu menyelamatkan Alex dan Logan melindungi Maya. 'Dia' penting kepada 'dia' sehingga masanya tiba untuk berpecah.

❪ COMPLETED ❫  🏹 ─  ❝ 사랑의 결점 ❞ | 亂 Mr Nobody : The Flaws of Love (Part 2) ♡Where stories live. Discover now