ɹɐəɥ oʇ ʇəəʍs sı əɔıoʌ s'|ıʌəρ əɥʇ
〝 WALKING TO THE DEATH 〞┏━━━━━━━━━━━━━┓
❝ He lost someone who
didn't care about him.
And she lost someone
who could do anything...
for her. ❞┗━━━━━━━━━━━━━┛
DRAFTED SINCE 110721
Complete Editing 180721
Published On 190721───♡─────────────
CHAPTER EIGHTY ONE
〝 Hatred 〞
───♡─────────────RUSIA
Suasana pagi di sekitar rumah agam mewah Faye sangat menenangkan dengan ketiadaan bunyi enjin kereta. Hanya ada bisikan suara-suara alam semulajadi.
Ella sudah siap memakai baju dan berdandan ringan. Dia sedang berdiri di hadapan cermin panjang dilekatkan pada dinding. Gaun santai yang dia kenakan sekarang, Jungkook pasti suka. Dia jumpa di dalam almari semasa baru sampai di sini dan niatnya mahu mengenakan gaun itu tercapai hari ini.
Jungkook telah menghantar kepadanya mesej yang dia sudah sihat dan akan keluar dari wad dengan segera. Jungkook juga membuat panggilan semalam untuk buktikan yang dia tidak apa-apa. Panjangnya panggilan itu, sampai Ella pun tertidur lewat. Namun memandangkan dia tidak ada komitmen penting di sini, bangun lambat sikit pun tak apa.
Tersenyum Ella memandang pantulan tubuhnya sendiri di hadapan cermin. Dia berpusing ke kiri untuk melihat sisi badannya. Kemudian perlahan-lahan, telapak tangan naik menyentuh permukaan perut yang masih kempis. Ada nyawa yang bakal berdenyut jantungnya tidak lama lagi di dalam sana.
Ella ketawa kecil.
Kegembiraannya itu diperhatikan oleh Faye melalui pintu yang terbuka di luar. Suara Jungkook dari perbualan mereka tempoh hari bermain di kepala.
"Jagakan anak-anak aku kalau ada apa-apa jadi. Aku cuma ada dua tangan dan ada tenaga yang boleh habis. Untuk selamatkan tiga, tak, empat nyawa sekaligus, mungkin aku tak mampu. Itu saja perkara yang aku betul-betul nak minta daripada kau."
Dengan tenang Faye menghela nafas. Lalu langkah kakinya dibuka menuju ke tingkat bawah untuk melihat Hana dan Jeongsan yang pada ketika ini biasanya sudah dijaga di luar oleh pembantu rumah kerana mereka mahu bermain.
-ˋˏ ༻࿇༺ ˎˊ-
AKADEMI
Tekanan berat di kepala membuatkan dahi Maya berkerut saat dia mula mencapai kesedaran. Kelopak matanya dibuka perlahan-lahan, kini didapati merenung permukaan siling yang rata, bukan lagi awan yang membiru.
YOU ARE READING
❪ COMPLETED ❫ 🏹 ─ ❝ 사랑의 결점 ❞ | 亂 Mr Nobody : The Flaws of Love (Part 2) ♡
Action[ THE FLAWS OF LOVE PART II ] © lastsarang | December 2020, May 2021 ❝ He lost someone who didn't care about him, and she lost someone who could do anything for her. ❞ 爱 ─ Boy With Luv Episodes : Volume 2 Part I All Rights Reserved Bayang hitam seda...