ɹɐəɥ oʇ ʇəəʍs sı əɔıoʌ s'|ıʌəρ əɥʇ
〝 WALKING TO THE DEATH 〞┏━━━━━━━━━━━━━┓
❝ He lost someone who
didn't care about him.
And she lost someone
who could do anything...
for her. ❞┗━━━━━━━━━━━━━┛
DRAFTED SINCE 200521
Complete Editing 020621
Published On 040621───♡─────────────
CHAPTER FIFTY EIGHT
〝 Sword of The Moon 〞
───♡─────────────Taehyung terlelap sambil bersandar pada batang pokok tanpa dia sendiri sedar. Dia cuma terjaga tatkala kepalanya jatuh ke tepi.
Terkelip-kelip mata Taehyung. Cahaya yang terang di sekeliling menyakitkan pandangan. Rupa-rupanya, hari sudah cerah.
Pipi yang gatal, digaru-garu pelan. Taehyung mengerling sekejap ke tanah, leganya, serigala semalam sudah tiada! Wah!
Taehyung terus bersandar sambil memegang dada pada batang pokok. Nasib baik dia selamat...
Dalam kadar segera, Taehyung turun dari dahan tempat dia berehat sejak semalam. Jujur, punggungnya rasa sangat kebas kerana duduk terlalu lama. Dia turun, akhirnya menjejakkan kaki ke tanah. Di tempat si serigala berbaring semalam ada bekas darah yang kering dalam kuantiti sangat sedikit melekat pada rumput.
Teringat yang semalam dia mahu ke sebelah barat, Taehyung menggalas begnya ke bahu dan perjalanan yang tertunda, akhirnya boleh disambung tanpa sebarang gangguan.
-ˋˏ ༻࿇༺ ˎˊ-
"I think I have to go, hombre. If we stay together like this the gamemaker will try to separate us later."
"I never told you stay, though."
"I'll be back with some food."
Hari keempat CAKRA, Jungkook sendirian di dalam gua. Dia memang tidak ada niat untuk keluar, ataupun berpindah ke mana-mana. Kawasan ini tenang. Selain makhluk berlumut tempoh hari, tidak ada benda lain lagi yang kelihatan berkeliaran di kawasan sini. Senanglah juga hati Jungkook memikirkan hal itu. Sekurang-kurangnya, dia tidak perlu mengendalikan rasa gementar.
Jennie kembali semula pada hari keenam membawa satu kotak yang dibungkus dengan kain kuning. Jennie kata yang itu merupakan hadiah yang diletakkan pada tembok dekat arena utama. Isinya ada tiga botol ubat cair, pembalut luka, makanan, dan juga keperluan lain seperti lampu suluh. Jennie membahagikan semuanya kepada dua. Kecuali lampu suluh, Jungkook mengalah dan serahkan ia kepada Jennie kerana wanita itu memilih untuk tidak berada terlalu lama dalam gua. Berbaki empat hari sahaja lagi sebelum badai besar datang, bilangan peserta yang bertahan juga semakin berkurang. Tengah malam semalam kata Jennie, Chungha telah 'membunuh' Taeyong. Dia juga turut memberitahu bahawa SinB, Jackson dan Jaehyun juga sudah tidak ada di arena.
YOU ARE READING
❪ COMPLETED ❫ 🏹 ─ ❝ 사랑의 결점 ❞ | 亂 Mr Nobody : The Flaws of Love (Part 2) ♡
Akcja[ THE FLAWS OF LOVE PART II ] © lastsarang | December 2020, May 2021 ❝ He lost someone who didn't care about him, and she lost someone who could do anything for her. ❞ 爱 ─ Boy With Luv Episodes : Volume 2 Part I All Rights Reserved Bayang hitam seda...