ɹɐəɥ oʇ ʇəəʍs sı əɔıoʌ s'|ıʌəρ əɥʇ
〝 WALKING TO THE DEATH 〞┏━━━━━━━━━━━━━┓
❝ He lost someone who
didn't care about him.
And she lost someone
who could do anything...
for her. ❞┗━━━━━━━━━━━━━┛
DRAFTED SINCE 140721
Complete Editing 180721
Published On 200721───♡─────────────
CHAPTER EIGHTY TWO
〝 Tragedy 〞
───♡─────────────"Chungha-ssi."
"Mwoya Kim Taehyung...kau nak apa?"
Taehyung berlari-lari anak ke tepi pantai. Bersungguh dia mencari Chungha di keliling akademi. Semestinya tempat ini besar, jadi selepas beberapa minit langsung tidak ketemu, dia menghubungi Jungkook untuk meminta bantuan Alice. Alih-alih wanita itu sedang bersenam di pantai tempat pertama kali para pelajar menjejakkan kaki dahulu. Huruf 'H' gergasi di udara bersinar terkena pantulan cahaya matahari dan bayang-bayangnya melekat di permukaan pasir.
Lariannya dihentikan apabila jarak dengan Chungha sudah dirasakan dekat. Taehyung terpaksa mengecilkan mata sedikit disebabkan cahaya matahari yang menusuk terus ke anak matanya. Silau.
"Boleh aku bercakap dengan kau? Sekejap je."
"Aku tengah dengar ni." Chungha membalas dengan nada yang selamba, tenang. Dia melebarkan kaki di atas pasir. Tangan kanan dari udara cuba disentuhkan dengan ibu jari kaki kiri. Dia pejamkan mata, menikmati waktu-waktu dia menyihatkan diri.
"Pasal Wonyoung. Kau kan boleh berurusan dengan dia. Haritu aku nak pergi pejabat, tapi aku tiba-tiba nampak dia. Aku lambat ambik Jungkook, sebab dialah."
Chungha membuka kelopak matanya dan membetulkan badan. Dia berdiri secara normal menghadap Taehyung dengan dahi yang dikerutkan. Tubuh lelaki itu diteliti atas bawah.
"Kenapa? Kau dah kena gigit? Dah jadi pontianak sekarang?"
"Bukan..." Taehyung menggaru-garu dahi yang tidak gatal. Rasa rimas juga sebenarnya pernyataannya disalah anggap di bawah cahaya matahari begini. "Dia macam ni...aku nampak dia, tapi aku tak terserempak dengan dia. Lepas aku nampak tu, aku pergi istana, jumpa Jaehyun. Jaehyun bagitahu aku yang Wonyoung, dia ada hubungan dengan Hyunjin. Dan benda tu mula sejak bulan Julai dulu."
Chungha terdiam sekejap. Kerutan pada dahinya masih jelas. Ah, tapi dia masih tak tahu inti cerita Taehyung ni apa.
"Habistu kau nak aku buat apa?"
YOU ARE READING
❪ COMPLETED ❫ 🏹 ─ ❝ 사랑의 결점 ❞ | 亂 Mr Nobody : The Flaws of Love (Part 2) ♡
Action[ THE FLAWS OF LOVE PART II ] © lastsarang | December 2020, May 2021 ❝ He lost someone who didn't care about him, and she lost someone who could do anything for her. ❞ 爱 ─ Boy With Luv Episodes : Volume 2 Part I All Rights Reserved Bayang hitam seda...