PROLOG

4.3K 249 37
                                    

"Abang Raid!" Ariana panggil penuh girang sambil melambai ke arah Raid yang baru menuruni kereta.

Raid terus menerpa pada Ariana yang mendepa tangan gaya minta pelukan darinya.

"Abang Raid, Ana rindu abang. Kenapa lama tak datang sini?" Tanya Ariana yang berumur 7 tahun kepada Raid yang berumur 8 tahun. Jarak umur mereka hanya setahun tapi Ariana lebih suka bahasakan Raid sebagai abang.

Ibu bapa mereka berkawan baik. Jadi mereka akan kerap berjumpa. Ariana ialah anak tunggal pada Dato' Ilham Hafiz dan Datin Arya Nabila.

Raid Xavier pula mempunyai seorang abang yang bernama Rayyan Xavier yang berumur 12 tahun . Mereka berdua anak kepada Tengku Raden Xavier dan Tengku Azalina Mirza.

"Aku kena ikut ibu akulah, jumpa nenek kebayan tu." Kata Raid sambil memegang kedua bahu Ariana. Nenek kebayan itu adalah nenek Raid merangkap mak kepada Tengku Azalina Mirza yang mukanya sangat ketat. Memang tidak suka kalau Raid berkawan dengan Ariana. Suka dengan ahli kerabatnya sahaja.

"Raid." Tegur Raden Xavier dengan nada tegas. Ouh tak perasan ibu bapa mereka tengah memerhati mereka berdua yang melepaskan rindu walaupun baru sahaja 2 minggu tidak berjumpa.

Raid hanya buat tidak endah dengan teguran ayahnya.

"Jom abang, kita pergi main toys." Ajak Ariana.

Raid hanya mengikuti langkah kecil Ariana yang teruja mahu menunjukkan patung beruang berwarna putih yang baru dia beli semalam.

"Tada! Tengok ni, semalam mama belikan Ana patung baru." Beritahu Ariana dengan nada yang riang sesudah sampai ke bilik mainannya.

"Kenapa kau beli patung ni?" Tanya Raid dengan nada geram.

"Sebab Ana minat lah, lepastu mama pun tanya nak beli toys baru ke? Jadi Ana beli lah yang ni. Ana nak peluk dia masa tidur nanti. Abang kan lama tak datang sini. Nanti kalau abang tak datang lagi boleh Ana peluk dia." Kata Ariana dengan bersungguh-sungguh.

"Kalau aku ada, jangan bawak dia. Jangan peluk dia." Cemburu Raid. Kecik-kecik pun cemburu ke author. Arh biarlah cerita aku.

"Okay abang!" Kata Ariana dengan nada girang sambil berlari ke katil keciknya yang berbagai patung itu untuk meletakkan patung beruang baharunya.

"Abang, jom main kahwin-kahwin. Abang jadi suami Ana tau. Ana jadi isteri. Ana masak untuk abang waktu abang baru balik kerja tau. Kat taska, kawan Ana selalu ajak main kahwin-kahwin. Ana jadi anak diorang. Seronok." Ariana punya teruja sampai terlompat-lompat.

Raid hanya menuruti sahaja perintah Ariana. Ariana suruh dia buat muka letih, dia buat. Ariana suruh dia tunggu kat meja, dia tunggu. Ariana suruh dia panggil Ariana sayang, dia rela. Eh eh ehhhhh.

"Ha abang, Ana ada masak untuk abang ni. Mesti abang penat kan. Nah cake pink dan air orange untuk abang. Makan tau. Ana nk pergi goreng telur tu." Sambil menunjuk dapur mini yang ada pelbagai jenis mainan berbentuk makanan plastik.

Ana terus mengambil telur plastik tu dan membuat gaya memecah. Raid melihat cake pink yang dibuat dari Playdoh itu terus memotong bentuk segi tiga. Nanti dia tak buat merajuk pulak Ariana tu.

"Yeayyy, abang dah makan cake tu. Sedap tak Ana buat. Nah ni telur goreng." Kata Ariana sambil bertepuk riang.

"Sedap." Raid hanya melayan.

"Abang tau tadi Ana kena air panas waktu tolong mama dekat dapur. Tapi tak sakit pun. Dia tinggal bekas je tengok ni." Ariana mengajukan jari telunjuknya yang berbalut plaster kepada Raid.

Raid melihatnya dengan muka risau. Dia membelek-belek jari Ariana dengan penuh tekun.

"Nanti kalau benda yang susah-susah tak payah lah buat. Kan dah cedera." Kata Raid tanda marah dengan mata terjegil.

"Alaaa abang, janganlah marah. Huwaaaaa." Ariana dah mula menangis apabila melihat mata Raid terjegil ke arah dia.

"Dah dah tak yah nangis. Kalau kau sakit aku akan selamatkan. Kalau kau nangis aku yang akan lapkan. Kalau gelak, aku lah puncanya. Sebab kau, aku punya. Walaupun aku marah, aku sayang kau." Raid berkata sambil memeluk Ariana. Ariana senyum. Membalas pelukan Raid.

RAID: THE PSYCHO BADBOYFRIEND✔️Where stories live. Discover now