5 orang namja sedang jalan di koridor sekolah. Leader yang berambut hazel itu menjadi tumpuan pelajar yang lalu lalang kerana terdapat beberapa luka diwajahnya. Jangan cakap kenapa sebab beberapa hari lepas, dia tidak sengaja terserempak dengan salah satu pemain ragbi dari Ilsan high school dan tanpa buang masa, dia terus menyerang sebab masih berdendam. Nasib baiklah ada orang awam sempat menghentikannya.
Kalau tidak memang sekarat namja itu dikerjakannya. Nasibnya lebih baik sebab budak itu tidak mengadu kepada pihak sekolah. Yelah sebab pergaduhan berlaku diluar sekolah dan sekolah takkan tanggungjawab.
"Dia dekat mana?" Soal Soobin angkuh.
"Dekat tandas.." jawab Yeonjun.
"Okey.."
Langkah mereka berlima semakin laju menuju ke tandas yang berada di sebelah kantin.
Bila dah sampai, dia mengusir semua budak yang ada kat dalam meninggalkan seorang namja yang sedang mencuci tangan di singki. Pintu tandas dijaga oleh Beomgyu.
Soobin menepuk bahu namja itu sambil tersenyum sinis. Namja itu terkaku di tempatnya. Kepalanya tertunduk memandang lantai.
"Hutang aku? Janji semalam nak bayar." Kata Soobin..
"Mian..aku takde duit.."
"Apa?" Soobin buat tidak dengar..
"Taehyun, dia cakap apa?"
"No money...money no.." jawab Taehyun..
"Oh, takde duit.."
Soobin ketawa kecil. Bibir bawahnya disentuh lalu dia menarik rambut namja itu dengan kuat da mendekat kearah paip. Yeonjun terus membuka air lalu kepala namja itu disiram dengan air deras sehinggakan dia meronta untuk di lepaskan. Bila dirinya terlepas, dia mendapat satu tumbukan padu dari Soobin.
"Kalau hutang kau setakat 1000 won aku tak kisah. Aku boleh halalkan. Sekarang ni, fon aku hancur disebabkan kebodohan kau. Kau ingat aku beli fon pakai daun kering ke huh?"
Koler namja itu di tarik lalu dia mendapat satu tumbukan lagi sehinggakan dia jatuh terduduk dilantai. Soobin ikut mencangkung di depannya.
"Aku tahu kau miskin, tapi takkan takde duit langsung? Omma appa kau apa guna? Mintalah dorang duit.." kata Soobin sambil menunjal kepalanya.
Namja yang bernama Jay itu tertunduk ke lantai. Rasa sakit bila nama keluarganya disebut.
"Omma appa aku dah mati. Aku tinggal sendiri sekarang ni.." kata Jay lemah.
"Mwo? Jinjja? Yah, namja hodoh ni hidup sebatang kara lah..nak kesiankan ke?" Soal Soobin.
Mereka yang lain menggeleng kecil. Soobin tersengeh lalu bangun bila melihat Heuning mengambil sesuatu yang kotor dan berbau.
"Tak kisahlah kau nak mencuri ke atau pinjam duit kawan-kawan kau, yang penting aku nak duit aku..aku bagi masa satu minggu je..kalau takde, nahas kau.." katanya lalu keluar dari tandas meninggalkan Heuning dan Jay berdua.
"Korang pergi dulu..nanti aku datang..tahu kan aku tak suka orang tengok aku membuli.." kata Heuning.
Mereka mengangguk lalu pergi. Bila mereka semua dah menjauh dia kembali mendekati Jay. Bekas air mop tadi dia buang ke dalam mangkuk tandas lalu menolong Jay bangun.
"Gwenchana?"
Soal Heuning. Jay menggeleng lemah dan boleh tengok ada satu titik air mata mengalir dipipinya. Heuning menepuk bahunya beberapa kali membuatkan Jay menatapnya pelik. Selepas itu, Heuning mengeluarkan dompetnya lalu memberi sejumlah wang kepadanya.
YOU ARE READING
Hello Husband | Kth
FanfictionDia cikgu yang paling dingin dan aku pula adalah pelajar paling bermasalah disekolah. Apa akan jadi apabila kami disatukan? "Kalau saya tak balik sebelum matahari terbit, awak boleh cari saya dekat balai polis terdekat." - Lim Siyeon "Awak nak bebas...