Di sebuah ruang kecil atau lebih tepatnya lagi adalah stor sukan terlihat dua orang namja sedang ketawa melihat kebodohan seorang namja yang sedang memakai skirt dan rambutnya di ikat satu. mukanya pula penuh dengan contengan make up.
''Yah hahahahaha...badut kita dah siap. Hahahahaha'' gelak Beomgyu.
Manakala Taehyun pulak ketawa sambil mengambil beberapa gambar.
''Ini akibatnya bila tak pandai jaga mulut. Kau rasakan..Lepas ini aku nak kau jalan di setiap kaki lima kelas. Kau faham tak?''
soal Beomgyu sambil memukul-mukul kepala budak itu. Budak itu hanya menganggukkan kepalanya sahaja. Walaupun air matanya tidak keluar, namun hatinya sedang menangis sekarang. Menangis dengan teruk sekarang ni.
''Dah pergi cepat..'' taehyun menolaknya keluar dari stor sukan dan namja itu berlari sekuat tenaga meninggalkan mereka berdua yang sedang ketawa besar.
Tiba di kaki lima, dia terserempak dengan Siyeon, Soojin dan Jennie. Pantas lengannya ditahan oleh Soojin. Namja itu menundukkan kepala apabila mendengar budak-budak mentertawakannya.
''Siapa yang buat kau macam ni?'' soal Jennie datar.
Namja itu hanya diam. Dagunya dicengkam dengan paksa oleh Siyeon. Tatapan mematikan diberi kepadanya.
''Siapa yang buat antara mereka berlima? dorang buat sebab dorang tahu kau yang bagitahu aku tentang kereta aku kan?''
Soal Siyeon dan namja itu mengangguk kecil.
''Siapa dia? biar kami settlekan.''
''Yah!!!'' Siyeon menjerit sedikit kuat. Susah sangat ke nak jujur? orang nak tolong kot.
''Beomgyu dengan Taehyun''
Tangan Siyeon lepas. Tidak ada sebarang suara keluar darinya melainkan dia melangkah pergi bersama Jennie dan Soojin.
''Bersihkan diri kau kid'' arah Soojin.
..skip..
Beomgyu dan Taehyun sedang bergelak ketawa di tempat mereka sambil melihat gambar-gambar yang mereka tangkap tadi.
''kau tengok muka dia..muka dia nak menangis wehh'' kata Taehyun sambil tergelak
''Mesti dia tengah menangis sambil berjalan dekat kaki lima kelas. Namja bodoh..mulut celupar''
Prakk!!
Tiba-tiba pintu kelas dibuka dengan sangat kasar. Mereka berdua terkejut dan hampir phone ditangan jatuh ke lantai.
''Kau na--''
Kata-kata Taehyun terpotong apabila sebuah kerusi plastik terbang kearah mereka dan nasib mereka berdua sempat mengelak.
''Kau dah gila ke?'' datar sahaja suara Beomgyu bertanya.
''Erm waeyo?'' soal Siyeon santai.
Kakinya semakin melangkah ke belakang kelas manakala Jennie menjaga pintu depan dan Soojin jaga pintu belakang. Takut dua namja ni lari selamatkan diri pulak.
''Ada siapa-siapa nak bertanggungjawab untuk kes badut yang sedang berjalan di kaki lima kelas?'' soal Siyeon masih boleh dikatakan santai. Siap duduk diatas meja sambil silangkan kaki lagi.
''jawablah soalan aku''
''Bukan kami lah''
''Jeongmal?'' soal Siyeon.
Dia turun dari meja dan merampas telefon Taehyung dengan paksa. Fon itu di angkat tepat di depan muka pemiliknya dan lock fon terbuka dengan mudah.
YOU ARE READING
Hello Husband | Kth
Fiksi PenggemarDia cikgu yang paling dingin dan aku pula adalah pelajar paling bermasalah disekolah. Apa akan jadi apabila kami disatukan? "Kalau saya tak balik sebelum matahari terbit, awak boleh cari saya dekat balai polis terdekat." - Lim Siyeon "Awak nak bebas...