H.H 34

102 17 8
                                    

Yerin merenyuk kertas yang berada dihadapannya lalu dibuang ke dalam tong sampah. Dia cukup berang apabila kertas latihan dari Siyeon penuh dengan ayat-ayat menyakitkan hati. Kalau ikutkan hati, nak je dia tunjuk semua bukti perbuatan Siyeon kepada pengetua tapi dia tolak untuk buat sebab dia tahu apa akan jadi kalau dia buat semua tu.

Pernah sekali dia mengadu ke pengetua tentang sikap Siyeon tapi apa yang dia dapat adalah, cermin sisi keretanya patah. Si pelaku adalah Siyeon kerana dia mendapat pesanan ringkas dari pelajar brutal-nya itu.

Kalau dia buat lagi, agak-agak apa yang akan dia buat? cermin kereta pulak yang akan jadi sasaran pelajar dia tu?

Taehyung yang duduk di sebelah mejanya terus mengambil renyukan kertas itu dari tong sampah. Renyukan itu dibuka lalu dia melihat isi dalamnya. Dia cukup terkejut dengan apa yang dia tengok sekarang ni. Tapi dalam diam dia tersenyum sinis.

Bila baca apa yang di tulis oleh Siyeon cukup menghiburkan hatinya. Semua soalan Siyeon jawab tapi langsung takde jalan kerja. Di setiap sisi soalan pula, terselit mesej kecil seperti umpatan kecil.

"Kenapa awak ambil sampah tu? kotorlah." 

Kata Yerin lalu merampas kertas itu dan kembali dibuang.

"Itukan kertas pelajar awak. Kenapa awak buang? soalan pun semua dia jawab."

"Awak tak baca ke apa yang dia tulis? tahulah pandai tapi tak perlulah nak ejek yang saya ni tak pandai buat soalan. Dekat dia memang soalannya mudah tapi dekat pelajar lain? pelajar tu terlalu sombong."

"Yang penting dia jawab. Yang penting dia buat kerja yang awak bagi."

"Kenapa awak cakap macam tu? kerja yang awak bagi dia langsung tak buat ke?"

Soal Yerin. Taehyung mengeleng sambil mengantung bibirnya. Semua homework Siyeon tak buat tapi bila exam, boleh pulak jawab. Apa yang peliknya, skor isteri dia tu lagi tinggi dari pelajar yang selalu siapkan homework.

Mungkin itulah kot kelebihan makan buah all the time. Mungkin lah mungkin.

"Pelajar macam dia layak kena denda. Biar sedar diri sikit."

"Nak buktikan yang dia ambil kisah tentang subjek awak, tunggu masa exam nanti."

"Kenapa pulak? dia mesti akan jawab macam ni jugak"

Taehyung menggeleng. "Dia akan jawab lebih baik pelajar lain. Trust me."

"Awak backup dia?"

"Kenapa? tak boleh? semua cikgu kat sekolah ni bangga dekat dia. Nakal tapi berakal. Kalau nak dia hormat awak, awak kena hormat dia."

"Macam tu pulak?"

***

"Kau dah kahwin?"

Soal orang itu sebaik sahaja mereka berhadapan antara satu sama lain.

Semasa Siyeon ingin pergi tandas, tiba-tiba sahaja tangannya ditarik dan dipaksa menuju ke rooftop sekolah. Nak melawan pun susah sebab takut mereka berdua jatuh tangga. Jadi dia ikut sahaja namja tu dengan rela.

"Mwo"

Dahi Siyeon berkerut. Dari mana namja ni tahu? siapa bagi tahu? yang tahu dia dah kahwin hanya kawan-kawannya dan juga kawan-kawan Taehyung.

"Jangan nak sembunyikan lagi. Aku dah dengar semuanya. Siapa suami kau? sebab tu ke kau tolak cinta aku? sebab dah kahwin? am I right?"

"Apa kau merepek ni? aku kahwin? dengan siapa?"

Soobin menjongketkan bahunya. "Mana aku tahu dengan siapa. Sebab tu aku tanya, siapa suami kau?"

"Orang bodoh je yang cakap aku dah kahwin. Dah tepi..aku nak lalu."

Siyeon ingin pergi tetapi dihalang dengan tubuh Soobin yang besar.

"Jadi kau nak cakap apa yang aku dengar semalam tu salah? atau kau nak cakap yang korang bertiga tu bodoh sebab open topik pasal kahwin? jangan nak mengelak lagi. Aku tahu kau dah kahwin. Cuma aku tak tahu siapa suami kau."

"Kau mabuk ni.. berambus sana!"

Badan Soobin yang tegap itu ditolaknya agak kasar agar menjauh darinya. Sibuk betul nak tahu hal orang. Hal sendiri pun tak boleh nak urus.

"Aku tahu kau ada masalah family. Aku tahu keluarga kau dah bercerai berai. Aku tahu yang appa kau sekarang ni dekat penjara. Semua tentang kau aku tahu. Semua tu tak cukup ke untuk kau terima aku?"

Langkah Siyeon terhenti. Tangannya yang memegang tombol pintu terlepas. Siapa sebenarnya Choi Soobin ni? Kenapa sibuk sangat dengan hal Siyeon?

Siyeon menoleh kebelakang. Tatapan bengisnya diperlihatkan. Melampau namja ni sampai hal keluarga dia pun, dia dapat tahu.

"Lagi bagus kau sibuk dengan family kau. Jangan sibuk nak tahu hal keluarga aku. Memang betul apa yang kau cakap tapi jangan ingat aku nak dengan kau."

"Jadi siapa suami kau? kau kena paksa kahwin dengan banduan tu kan?"

"Bullshit!"

Siyeon melangkah ke depan dan terus menumbuk tepat kearah tulang rusuk Soobin membuat namja itu meringis kesakitan. Tak puas dengan itu, perut Soobin pula menjadi mangsa. Perutnya ditumbuk beberapa kali dan pukulan terakhir tepat mengenai rahangnya.

"Jaga sikit mulut kau. Noona kau yang kerja part time sebagai pelacur pun aku tak bising dekat sekolah. Jadi lebih baik kau kunci mulut kau. Anak banduan? yah, anak banduan ni boleh buat kau makan pakai straw tau."

"Mwo?"

Soobin merengis kesakitan sambil memegang perutnya  yang sakit.

"Noona aku bukan macam tu! anak bandu-"

Bush!

Siyeon menendang betis Soobin beberapa kali membuatkan namja itu jatuh berlutut dihadapannya.

"Untuk pengetahuan kau, noona kau pernah jadi pelanggan banduan yang kau sebut tu."

Siyeon menyentuh dagu Soobin agar menatapnya. Dia tersenyum sinis melihat wajah terkejut Soobin sekarang ni.

"Latar belakang family kau dengan family aku memang lain tapi apa yang sama adalah, kita dari broken family. Tak kisahlah aku anak banduan ke, aku dah kahwin ke belum. Aku kena kahwin paksa ke..yang penting, jangan sibuk dengan urusan aku sebab aku pun tak sibuk dengan urusan family kau."

Tangannya menjauh dari wajah Soobin lalu melangkah jauh.

"Aku akan cari tahu siapa suami kau dan aku akan pastikan korang berdua bercerai."

Siyeon kembali berpusing lalu memperlihatkan senyuman kecilnya.

"Tak perlu susah-susah. Aku boleh buat sendiri."

Katanya dan terus menghilangkan diri.

***

Siyeon masuk ke dalam kelas dalam keadaan yang tidak baik. Wajahnya lebih datar dari yang tadi. Taehyung menatapnya dalam diam.

Ada apa-apa yang berlaku sepanjang dia keluar kelas ke?

"Kenapa lama sangat pergi tandas? awak serong ke mana?"

soal Taehyung. Siyeon hanya diam. Tangannya sibuk menulis sesuatu diatas buku.

"Lim Siyeon. Saya bercakap dengan awak sekarang ni."

Di sebabkan dia malas nak dengar suara Taehyung, dia memakai earpod tanpa rasa bersalah langsung. Taehyung terdiam dengan cara Siyeon dan apa yang dia buat seterusnya adalah membiarkan sahaja isterinya tu buat apa yang dia nak.

Jennie menyenggol bahu Siyeon lalu menarik earpod miliknya. " Kau kenapa?" soal Jennie pelan.

Siyeon hanya menggeleng kecil. Jennie menoleh kebelakang melihat Soojin dan mengjongketkan bahunya.

_TBC_

long time no see right? sorry for the late update..

Hello Husband | KthWhere stories live. Discover now