. Siyeon pov .
Hari yang dibenci telah tiba iaitu hari dimana aku akan kehilangan tittle 'single' to 'married'. Tahu apa yang paling aku benci selain hari ni?
Omma batalkan niat dia nak bercerai dengan appa dan semua tu terungkap 5 minit lepas. Bagus kan? Aku rasa macam diperbodohkan oleh keluarga sendiri.
Dulu cakap lain sekarang cakap lain. Apa orang tua tu jampi sampaikan omma sanggup koyak surat cerai depan mata aku tadi? Kenapa dia buat semua tu?
Aku kena prank ke macam mana ni? Seolah-olah apa yang berlaku masa tu, sudah di rancang dengan baik dan hari ni adalah hari kemuncak kemenangan dorang semua.
Macam tu ke?
"Siyeon akan lari dari majlis ni kalau orang tua tu yang pimpin Siyeon masuk ke dewan." Kataku.
Aku melihat omma jalan kearahku melalui pantulan cermin. Entah kenapa, aku benci tengok muka dia sekarang. Sama ada dia menyesal atau pun happy, aku sendiri tak tahu sebab aku tak faham riak muka dia sekarang ni.
"Janji tetap janji. Sejun yang akan teman Siyeon nanti." Katanya.
"Lepas dapat apa yang omma dan dia nak dari keluarga tu, Siyeon akan bercerai dan pergi jauh dari sini."
Kataku serious. Lantaklah situ nak jadi apa dengan dua keluarga ni. Aku rasa diri aku bodoh dan dipergunakan oleh keluarga sendiri sebab tak tahu niat disebalik semuanya.
"Mian. Omma buat semua bersebab." Katanya.
Bersebab? Apa sebab dia? Sebab nak rampas harta orang ke? Zaman apa main rampas-rampas harta ni? Dah tak boleh fikir ke?
"Apa sebab dia omma? Apa? Siyeon kena prank ke? Semua yang appa lakukan tu, hanya rancangan ke? Kalau ya, I give him 10 stars."
Balasku. Rasa macam nak larikan diri sekarang jugak!
"Aniya! Bukan itu..omma masih perlukan appa.."
Jawapan dia buatkan aku tergelak sendiri. Perlukan? Lelaki bermasalah tu masih penting dalam hidup dia? How? Dunia perkahwinan betul-betul merumitkan!
"Siyeon ah.."
"Omma hajima.."
Aku dah malas nak dengar penerangan dari dia. Bagus-bagus mood aku elok dan pasrah dengan semuanya, tiba-tiba jadi hancur bila tahu tentang fakta ni. Rasa macam nak tikam diri sekarang jugak. Tak sanggup!
"Omma janji, family ni takkan sama macam dulu.."
Katanya. Aku bangun dari tempatku lalu berdapan dengannya sebelum keluar.
"Jangan janji kalau tak pandai nak tunaikan. Kalau betul ini pilihan omma, tolong jaga Jihoon baik-baik sebab Siyeon takkan datang lagi ke rumah tu. Anggap Lim Siyeon dah mati."
***
Suara tepukan gemuruh kuat kedengaran setelah aku bergelar isteri kepada cikgu sendiri dan aku boleh tengok semua orang dari atas ni.
Soojin dan Jennie happy yang melampau, keluarga Sir Kim pun lebih kurang macam tu. Jihoon pulak hanya senyum. Omma? Molla. Orang tua tu? Molla. Malas aku nak fikir.
"You can kiss the bride."
Kata-kata itu membuatkan aku menoleh menatap si pesuruh. Apakah? Kiss? Bodoh! Aku lupa tentang ni.
"Kim Taehyung?"
"Eoh!"
Berat suara dia menyahut. Mesti dia ikut sama terkejut kan? Anak matanya cukup menjawab soalan aku. Please jangan buat depan kawan-kawan aku.
Aku merayu!
Wajahnya semakin mendekat kearah aku.
Aduh!
Aku nak buat apa? Buat-buat batuk ke buat-buat bersin? Atau pengsan terus?
"I'm sorry.."
Ucapnya sebelum benda kenyal itu mendarat di bibir aku untuk beberapa saat. Bunyi tepukan semakin kuat aku dengar.
Sah! Aku sah jadi isteri Kim Taehyung sekarang.
.Pov end.
Siyeon terbangun dari mimpi indahnya dan perkara pertama yang dia tengok adalah sepasang mata yang masih tertutup rapat. Pada masa yang sama juga, bola matanya membesar dan tak sengaja menolak Taehyung jatuh dari katil queen saiz ini.
"Haish!!! Sorry sir.." kata Siyeon.
Taehyung terduduk. Dengan mata yang sepet dia menatap Siyeon yang sedang kalut itu.
"Tadi mimpi tendang bola ke?" Soal Taehyung sambil menggosok matanya.
"Kita dekat mana?" Soal Siyeon.
"Haih! Rumah family saya lah. Kenapa tiba-tiba hilang ingatan ni?"
Tok tok tok
"Taehyung, dah bangun belum?" Suara dari luar membuatkan mereka menoleh.
"Sudah omma.." jawab Taehyung ringkas.
"Jom sarapan sama-sama." Kata Mrs Kim.
"Nae omma. Sekejap lagi kami turun.." balasnya lalu menatap Siyeon lama.
Baru dia sedar anak murid dia ni cukup cantik walaupun baru bangun tidur. Muka bare face still cute and fresh. Belum lagi kalau make up macam semalam, kecantikan dia di level yang lain. Sampaikan dia sendiri terkejut bila melihatnya semalam. Nampak matang sangat. Tapi untuk pagi ni, dia nampak comel walaupun rambut dia sedikit kusut.
"Kau masuk tandas dulu.." arah Taehyung.
Tanpa banyak memberontak, Siyeon turun dari katil lalu menuju ke tandas. Taehyung di belakang sudah menggeleng kecil sebab isterinya itu kelihatan kecil bila memakai bajunya yang kebesaran. Tu lah, dah cakap satu dua hari ni duduk rumah keluarga Taehyung dan dia dah cakap bawak baju. Degil..kan dah kena pakai baju besar-besar.
Ruang makan
Mereka berdua duduk bersebelahan sambil menyantap sarapan yang dibuat oleh omma Taehyung. Siyeon sedikit kekok dengam keadaan begini sebab dah lama dia tak rasakan makan secara berkumpul macam ni. Selalu makan berdua dengan Jihoon je. Keluarganya terlalu sibuk dengan kerja. Kalau ada dekat rumah pun, masing-masing buat hal takpun bergaduh.
"Kamu okey?"
Soalan dari Mrs Kim mengejutkan Siyeon yang sempat mengelamun. Nasib baik suara itu menyedarkan dia.
"Okey.." jawabnya sepatah lalu kembali makan.
"Lepas ni terus balik ke?" Soal Mr Kim.
"Taklah. Ingatkan nak berehat. Penat sangat ni appa." Jawab Taehyung.
"Kalau macam tu, malam ni kita BBQ lah. Nanti appa call Jin untuk join sekali."
"Jin hyung?" Taehyung menelan makanannya dengan paksa.
"Waeyo?" Soal Mrs Kim pula.
"Aniya.." Taehyung menggeleng kecil dan kembali makan.
Tak boleh bayang betul kalau hyung dia datang malam ni dengan squad dia yang comel-comel tu. Memang tak senang duduk dia nanti.
"Ah, appa tahu." Kata Mr Kim.
"Mesti sebab anak-anak dia kan?" Soalnya lalu ketawa kecil.
Siyeon hanya diam. Tak tahu nak buat reaksi apa sebab dia sendiri tak tahu keluarga kecil ni sedang bualkan. Yang dia tahu, saem dia ni ada abang yang dah kahwin dan ada anak yang super duper cute. Tapi tulah, majlis semalam hampir tak terkawal sebab anak Jin yang paling tua hampir jatuhkan kek sebab berebut mainan dengan adeknya.
Taehyung mengangguk kecil sambil tersengeh.
"Bukan selalu. Nama pun budak." Kata Mrs Kim.
"Dengan budak pun lemah.." umpat Siyeon lemah.
Pahanya terus dicubit membuatkan Siyeon menahan geram. Nasib depan family je tau. Kalau tidak kena tendang buat kali kedua.
-TBC-
YOU ARE READING
Hello Husband | Kth
FanficDia cikgu yang paling dingin dan aku pula adalah pelajar paling bermasalah disekolah. Apa akan jadi apabila kami disatukan? "Kalau saya tak balik sebelum matahari terbit, awak boleh cari saya dekat balai polis terdekat." - Lim Siyeon "Awak nak bebas...