H. H 39

77 10 16
                                    

.Siyeon pov.

Aku diam dan terus diam. Sejak bila subject math bertukar kepada subject perkahwinan? Apa motif dia buka cerita tentang perkahwinan?

Aku tahu kenapa dia tiba-tiba berminat bercerita tentang perkara ni. Ya, dia tak puas hati sebab namja idaman dia adalah suami aku.

Setiap perkataan yang keluar dari mulut dia ditujukan untuk aku. Apa yang dia nak ni?

Nak jatuhkan aku? Nak malu kan aku? Satu sekolah dah tahu yang aku dah kahwin. Sekarang dia nak apa lagi? Nak bagitahu yang kahwin muda akan merosakkan masa depan?

"Apa keburukan kahwin paksa?"

See? Soalan dia betul-betul tepat kearah aku. Dia tanya macam tu biar semua tahu yang aku ni kena kahwin paksa.

"Saem nak cakap yang kahwin paksa ni akan mendatangkan keburukan ke?" Soal Soojin sambil menongkat dagu.

Anak mata aku mengikuti pergerakan Yerin saem yang kini duduk di hujung meja.

"Yes! Macam mana mereka berdua boleh hidup sebumbung tanpa ikatan cinta? Ada yang boleh jawab?"

Soalnya. Sumpahlah orang tua ni nak jatuhkan aku? Macam ni ke cara dia? Muak betul.

"Saem, walaupun kahwin paksa, perasaan tu akan timbul sedikit demi sedikit. Macam mana ikatan cinta nak tumbuh kalau tak hidup sebumbung?"

Soal Yura pula.

"Boleh jadi perasaan tu takkan wujud walaupun dah cuba."

Jawabnya bersemangat. Bersemangat nak jatuhkan aku.

"Saem!"

Jennie memgangkat tangannya tinggi ke udara. Aku hanya memandangnya sedikit cuak. Soalan bodoh apalah yang budak ni akan tanya sekejap lagi. Merisaukan.

"Macam mana pula perasaan orang ke tiga apabila tahu orang yang dia minat dah berkahwin? Dia akan ikhlaskan atau membalas dendam? Mengikut segala cerita yang saya tonton dan novel yang saya baca, orang ketiga akan buat apa sahaja untuk mendapatkan apa yang dia nak. Perkara tu wujud dekat dunia nyata ke?"

Yerin saem terdiam. Soalan Jennie membuatkan aku tersenyum. Soalan dia betul-betul memakan diri Yerin saem sekarang ni. Dasar cicak plastik!

"Kalau orang tu normal, dia takkan buat semua tu."

"Jadi saem normal tak?" Soal Soojin pedas.

Aku dapat mendengar beberapa pelajar sedang mengawal diri mereka agar tidak ketawa.

"Saem macam tak normal je. Sekarang waktu math. Dah kenapa nak ceramah free pulak ni? Macam sesuatu je.."

Aku dah menggeleng kecil mendengar perkataan Guanlin sebentar tadi. Ni kalau tak terasa jugak, memang wayar malu dia dah putus lah.

"Okey. Kita tutup cerita. Saya saja nak dengar pandangan awak semua berkaitan kahwin muda ni. Lepas ni, kalau nak kahwin jangan lupa jemput saya."

"Tak naklah. Nanti saem terpikat kat suami saya pula.." hambur Jennie membuat satu kelas ketawa.

Tolong ingatkan aku untuk belanja dia bubble tea petang ni. Dia dah banyak tolong aku.

"Nanti saya buat majlis, jangan lupa datang." Kataku kepada Yerin saem sambil tersenyum.

Nak sangat datang ke majlis kan, okey..aku akan tunaikan..tapi majlis penceraian lah..mesti dia happy.

.Pov end.

.Rumah.

Kali ni Taehyung yang sampai ke rumah terlebih dahulu. Tanpa menukar baju kerja, dia terus masuk ke dapur untuk memasak.

Hello Husband | KthWhere stories live. Discover now