Keadaan diruang makan begitu hening. Tak ada seorang pun yang ingin membuka mulut. Taehyung memperhatikan isterinya yang sedang memakan beberapa jenis potongan buah.
Senyuman tipisnya muncul apabila tidak sengaja terfokus kearah bibir Siyeon. Agak-agak kalau dia buat lagi, garfu dekat tangan Siyeon akan terpacak dekat kepala dia tak?
Tangannya berpegang antara satu sama lain lalu menjadi tongkat untuk kepalanya. Dia masih setia melihat siyeon yang sedang makan.
"Hari ni pergi sekolah dengan saya?"
Soalnya dan Siyeon hanya menjawab dengan gelengan kecil sahaja.
"Why? Give me a reason."
"Nak bagi tahu satu sekolah yang kita duduk serumah ke? Lupa ke yang kita ni kahwin contract? Cukup setahun, kita berpisah? Lupa Mr Kim Teehyung?"
"Oh, saya lupa. Lagi pun kita takde buat perjanjian hitam putih."
Siyeon berhenti makan. Tatapan tajamnya menikam kearah anak mata Taehyung sekarang.
"So, pergi sekolah dengan saya hari ni."
"Tak nak."
"Kenapa? Takut satu high school tahu yang awak isteri kepada Sir Kim atau takut Choi Soobin nampak?"
"Aniya.."
"Habistu apa?"
"Saya takut Miss Yerin nampak dan dia akan cemburu."
Kata Siyeon dan lekas bangun dari tempatnya. Lama-lama duduk semaja, boleh jadi kes berdebat nanti.
"Kalau macam tu, boleh lah saya rapat dengan Yerin saem sebab nak jaga hati dia?"
Soal Taehyung sengaja nak bagi isterinya terasa tapi lain jadinya bila Siyeon menjawab diluar tekaannnya.
"Just go and then confess her to be your new wife."
***
Siyeon masuk ke dalam kelas dalam keadaan yang cukup santai. Bukan salah dia masuk ke dalam kelas lambat tapi salahkan cikgu baru kegemaran pelajar namja tu. Belum bunyi loceng dah masuk kelas. Dah kenapa?
Nak mengajar ke? Atau nak dapatkan anugerah cikgu paling disiplin?
"Berdiri dekat situ."
Arah Ms Yerin. Siyeon terhenti di tengah-tengah kelas.
"Saya rasa dah banyak kali saya bagitahu. Kalau kelas pagi, datang 10 minit awal. Awak pelajar terbaik tapi perangai macam budak kelas belakang."
Bebel Ms Yerin. Sengaja nak bagi Siyeon malu pagi ni.
"Awak perlu di denda sebab setiap kali kelas, awak orang terakhir yang masuk."
Hari ni je. Hari ni je Siyeon ingin melawan cakap cikgu yang berlagak bagus ni. Sebelum ni dia diam dan layan je semua kehendak cikgu baru ni. Tapi tidak untuk hari ni.
Dah lama dia bersabar tapi makin menjadi-jadi pula. Siyeon melempar begnya kearah Soojin lalu dia berpusing menghadap Ms Yerin.
Kakinya melangkah dan terus berhadapan dengan cikgu math dia tu. Mereka berdua bertatapan antara satu sama lain. Manakala pelajar lain bersiap untuk melihat wayang free pagi ni.
"Sejak bila pula sekolah ni benarkan cikgu buat peraturan sendiri? Waktu belajar bermula selepas loceng berbunyi bukan 10 minit sebelum loceng."
"Awak melawan saya ke?"
"Aniya. Saya cuma cakap apa yang terbuku dalam hati budak kelas ni. Kau tu cikgu baru. Buat cara cikgu baru."
Kata Siyeon tanpa menapis perkataannya. Kisah apa kalau dia tak hormat dekat cikgu yang hanya tua beberapa tahun dari dia ni?
YOU ARE READING
Hello Husband | Kth
FanficDia cikgu yang paling dingin dan aku pula adalah pelajar paling bermasalah disekolah. Apa akan jadi apabila kami disatukan? "Kalau saya tak balik sebelum matahari terbit, awak boleh cari saya dekat balai polis terdekat." - Lim Siyeon "Awak nak bebas...