H. H 26

115 14 2
                                    

"Ehem.."

Taehyung masuk ke dalam bilik dan melihat Siyeon yang sedang duduk dimeja belajarnya sambil membaca komik. Kakinya melangkah menuju ke katil dan mata itu langsung tak lepas dari menatap Siyeon.

"Saya dah cuba pujuk dia dan terangkan semua. So, Malam ni saya tidur kat katil kan?" soalnya.

Dia berharap sangat malam ni tak tidur di sofa kecil tu. Boleh patah pinggang kalau tidur dekat sofa. Ditambah keadaan malam yang sejuk lagi.

Siyeon hanya diam. Dia masih fokus dengan komiknya. Tetapi hakikatnya, fikiran dia sekarang ni melayang. Macam mana kalau pujuk rayu Taehyung tak berjaya? dia sendiri baru tahu sikap Jihoon macam ni. Susah betul nak pujuk budak kecil tu.

Terlalu lama mereka berdiam diri membuatkan Tahyung mati akal dan dia mengambil keputusan untuk bangun. Daripada dia tidur dekat sofa, lebih baik dia tidur di bilik tetamu. Takpun tidur dengan Jihoon. Kalau kena tanya pun, pandai-pandailah dia reka jawapan nanti.

"Saya tidur bilik tetamu. Goodnight."

Siyeon menutup komiknya dengan kasar. Kerusinya berpusing menatap Taehyung yang turut sedang menatapnya sekarang ni. Tengok muka dah boleh tahu namja itu sungguh kepenatan sekarang. Baring je mesti terus lena punyalah.

"Saya lapar.."

"Nae?" dahi Taehyung berkerut.

"Lepas makan kita tidur." kata Siyeon lagi.

"What?" dahi Taehyung semakin berkerut.

"Kena cakap in English ke baru nak faham pakcik?"

Siyeon sudah bangun dari tempatnya. Entah apa yang merasuk dia sekarang ni sampaikan Taehyung terkesima kerana tangannya ditarik keluar dari bilik dan menuju dapur.

Rasa macam tengah bermimpi pulak bila Siyeon semakin berani menyentuhnya. Dulu nak bertentang mata pun susah.

"Tapi saya dah mengantuk."

"Awak nak saya bakar dapur ke?"

"Fine."

****

Keadaan di dalam kelas menjadi hening apabila seseorang masuk ke dalam kelas tersebut dan meletakkan barangnya diatas meja. Semua mata tertumpu kearah whiteboard.

"Jung Yerin" Jennie membaca tulisan tersebut.

"Hi and good morning to everyone. My name is Jung Yerin dan saya akan mengambil kelas ni sehingga akhir tahun. Saya akan mengantikan Mrs Son dalam subject math. Ada soalan?"

Yerin membongkokkan badannya sedikit tanda salam kenal. Senyuman diwajahnya berjaya membuatkan pelajar namja tersenyum kemenangan. Kalau subject English pelajar yeoja ada Sir Kim Taehyung, maka pelajar namja ada Ms Yerin.

Ini baru adil.

"Cikgu math tapi speaking english? mati- mati aku ingatkan dia ganti Sir Kim tadi. Beria betul." perli Soojin pelan.

Siyeon dan Jennie menunjukkan senyuman sinis mereka sambil menggeleng.

"Mesti single kan?" soal pelajar yang duduk di baris belakang sekali.

"Yes I am."

"Baru single ke dah lama?" soal pelajar lain pula.

"Dah lama."

"Kiranya cantik tapi tak laku lah ni." kata Jennie berani sehingga berjaya membuat pelajar di dalam kelas itu ketawa.

"Gwenchana saem. Sekolah ni ramai cikgu namja yang Handsome. Pelajar pun ada. Saem boleh cari lah untuk dijadikan peneman hidup." kata Guanlin sambil flip rambutnya.

Kononnya yang dia tu salah satu dari namja yang dia sebutkan. Dasar buaya betul namja berdarah China ni.

"Soalan ditutup. Boleh kita mulakan pelajaran?" soal Yerin.

Tak sunggup dah buka soalan sebab takut soalan pelik lain lagi dia dapat dan berujung dengan sakit hati. Pelajar sekarang bab-bab perli depan mata memang power.

"Boleh."

"Tapi sebelum tu, saya nak tanya, berapa orang yang selalu skor subject ni? angkat tangan."

Yerin melihat beberapa pelajar yang mengangkat tangan dan matanya terhenti pada Siyeon. Dia melihat Siyeon atas bawah sebab macam tak percaya yeoja ni pandai subject math.

"Saem ada masalah dengan saya?" soal Siyeon sebab dia perasan tatapan Yerin kepadanya.

Yerin menggeleng kecil lalu menukar arah pandangannya. Dalam hatinya hanya memandang rendah kepada Siyeon. Dia menganggap kelas ni tak ramai yang pandai math sebab tu pelajar berwajah dingin itu menjadi top 5 dalam math kat kelas ni.

"Dia belum kenal kau ni. Kalau dia tahu kau top 1 math kat sekolah ni. Mesti rahang dia sakit sebab asyik tenganga je tengok perfect score kau." kata Soojin pelan.

"Saya akan bagi beberapa soalan yang telah awak pelajari dengan Mrs Son. Saya akan panggil beberapa pelajar untuk maju ke depan dan jawab soalan yang diberikan."

Yerin saem mencapai marker hitamnya lalu menulis beberapa soalan dan tak lama selepas itu dia memanggil seseorang untuk menjawab.

"Kamu. Jawab soalan pertama." Jari telunjuk Yerin mnuding tepat kearah Siyeon.

"Boleh? atau awak perlukan masa untuk cari jawapan?" soal Yerin saem.

Siyeon memaparkan senyuman sinisnya lalu menggeleng kecil. Cikgu baru ni betul-betul tengah uji dia ke apa sekarang ni?

"Saya tak perlukan masa untuk cari jawapan dia tapi boleh saya pinjam tenaga seam sikit?" soal Siyeon sambil memaparkan muka belagaknya.

"Nae?"

"Tolong tulis jalan kerjanya untuk saya. Saya sebut dan saem tulis atau Saem nak saya bagi jawapan terus tanpa ada jalan kerja?"

Pelajar di dalam kelas hanya diam dan memandang takjub kerah Siyeon. Macam tu je dia dia layan cikgu baru ni? cuba bagitahu siapa je berani suruh cikgu buat sedemikian?

TXT mungkin kaki buli sekolah tapi setakat ni masih pandai hormat cikgu. Tapi dia? ah molla. Siyeon anggap ini adalah tanda salam perkenalan mereka berdua. Siapa suruh judge orang dalam diam tadi.

"Takpelah. Saya boleh buat sendiri." Siyeon bangun lalu maju ke depan dan menjawab soalan tersebut.

"Saya dah bagi jawapan. Saem boleh tulis jalan kerja dia." katanya dan kembali duduk.

Yerin terdiam seolah dia telah ditembak sebanyak dua kali oleh pelajarnya sendiri. Baru hari pertama mengajar kot, takkan dah jumpa pelajar kurang ajar macam ni?

Yerin hanya memaparkan senyumannya lalu mengangguk kecil lalu dia memanggil pelajar lain untuk menjawab soalan Siyeon. Aniya, lebih tepatnya tulis jalan kerja sebab jawapan yang Siyeon bagi sungguh tepat.

..tbc..

Hello Husband | KthWhere stories live. Discover now