H.H 11

172 19 1
                                    

Kawasan kantin menjadi sangat riuh kerana berlaku pergaduhan antara dua sahabat iaitu Soobin dan Heuning Kai. Perasaan tidak puas hati muncul apabila Soobin mendapati Heuning menolong mangsa mereka untuk kali kedua.

Pada mulanya semuanya berjalan lancar sebab Heuning tahu kawasan itu tidak ada orang selain dia dan juga Wang tapi entah siapa tiba-tiba sebar berita dan sampai ke telinga Soobin sehinggakan dia marah.

"Hajima.." kata Heuning sabar.

Sabar dengan serangan dia dapat dan sedikit pun dia tidak membalas. Sudut bibirnya terluka dan rahangnya juga lebam tetapi dia tetap tidak melawan sedikit pun.

"Kau ni bodoh ke? Berapa kali aku nak nasihat kau? Musuh tetap musuh. Kalau kau terus macam ni, nanti kepala kau kena pijak-pijak!"

Kata Soobin marah lalu melutut perut Heuning sehinggakan dia terbatuk. Orang sekeliling hanya mampu melihat dan tidak ada satu orang pun yang berani nak halang termasuk geng TXT yang lain sebab Soobin mengunggut mereka sampaikan mereka akur.

Yeonjun menganggam tangannya dengan kuat. Dia cuba sabar dengan apa yang berlaku. Kalau nak ikutkan hati, nak je langgar dan selamatkan Heuning tapi ugutan Soobin cukup menakutkan.

"Kenapa? Kenapa kau tolong dia?" Soal Soobin sambil mencengkam koler baju Heuning.

"Hajima. Kau tak penat ke membuli? Kau timbulkan trauma dalam diri mereka semua. Kau tahu apa? Kau tahu membuli je." Jawab Heuning pelan sambil memaparkan segaris senyuman.

"Mungkin buat masa sekarang kau happy dengan apa yang kau buat. Tapi pada masa akan datang, kau akan jatuh Soobin. Sangat jatuh." Sambungnya.

Cengkaman dikoler semakin kuat dan seteruskan dengan pipi Heuning menjadi sasarannya.

"Sampai sini je kita per--"

"Yah Choi Soobin.."

Tiba-tiba suara itu bergema kuat. Pandangannya fokus kearah 3 orang sahabat yang sedang menuju kearahnya. Genggamannya terlepas apabila Soojin menarik Heuning menjauh.

"Bawak dia pergi.." arah Soojin.

Dengan pantas Yeonjun melangkah kedepan untuk menghulurkan bantuan dan diikuti dengan yang lain.

"Kau dah takde mangsa ke sampaikan kawan sendiri kau sailang?" Soal Siyeon.

"Bukan hal kau."

"Memang bukan hal aku tapi kau kacau mood aku nak makan. Gaduh tempat lain lah.." kata Siyeon lagi.

"Kau kalau tak sibuk hal orang, tak boleh ke?" Soobin berhadapan dengan Siyeon yang sedang memeluk tubuh.

Langsung tak takut dengan namja tinggi lampai macam tiang lampu ni.

"Siapa jugak yang nak sibuk? Kau kacau pandangan aku." Balas Siyeon

"Setuju." Sampuk Jennie sambil memainkan kuku.

"Kau tahu apa yang paling berharga kat dunia ni selain family dan harta? Sahabat. Kau dah lepaskan seorang sahabat yang cuba ubah kau." Kata Siyeon lalu pergi sahaja.

Malaslah nak bergaduh, cukup bagi nasihat je dekat namja panas baran ni.

"Tengok apa?" Soal Soobin tegang kerana dia menjadi tontonan pelajar.

"Berambuslah!" Pekiknya kuat dan tak lama lepastu semua pelajar beredar meninggalkannya sendirian di sana.

Dia memandang Siyeon dari belakang dan entah kenapa tiba-tiba dadanya terasa lain macam seperti ada yang tak kena.

***

. Taehyung pov .

Jam ditangan kiri aku lirik untuk kesekian kalinya lalu memandang kearah depan dimana ada beberapa pekerja sedang melakukan beberapa persiapan untuk majlis perkahwinan mereka nanti

Hello Husband | KthWhere stories live. Discover now