Masuk sahaja ke dalam rumah, Taehyung berdiri terkaku ditempatnya apabila melihat keadaan rumah sekarang.
Bukan sisebabkan oleh sampah merata tempat atau barang-barang bersepah diatas lantai tapi disebabkan dia melihat dua budak kecil sedang tidur diatas karpet dan ditutupi oleh selimut tebal. Manakala di sofa pula ada Siyeon yang ikut tidur sekali.
Kasutnya ditukar menjadi selipar rumah. Coat dibuka lalu dimasukkan kedalam bakul kotor yang terdapat di dinding sebelah rak. Kakinya melangkah kearah ruang tamu.
Kenapa anak Jin ada dekat rumah dia sekarang ni? Tak mungkin hyung dia minta tolong dekat Siyeon pulak kan? Tapi itu tak penting. Yang dia takuti sekarang ni adalah keadaan anak buah dia. Mungkin dorang tidur setelah di marah atau pukul. Sebab tu tidur dengan nyenyak.
Pantas dia melutut dan memeriksa keadaan anak buah kesayangan itu. Tak ada sebarang luka pun dimana-mana tempat. Cuma dia perasan, pakaian yang mereka pakai sekarang ni cukup selesa.
Pandai juga queenka ni urus budak kecil kan? Segaris senyuman mekar begitu sahaja dari bibirnya. Dia bangun lalu menatap wajah Siyeon yang sedang tidur dengan nyenyak.
Belum sempat dia nak bangunkan, yeoja itu terlebih dahulu membuka mata dan mereka saling bertatapan. Taehyung senyum kearahnya.
Siyeon memperbetulkan kedudukannya lalu melihat dua budak comel tu yang masih tidur.
"Bila diaorang datang? Kenapa tak call saya?" Soal Taehyung langsung.
Siyeon melihat kearah jam dinding. "2 jam lepas."
"Mana Jin hyung?" Soal Taehyung lagi.
"Molla. Dia cakap ada kerja sikit sebab tu hantar anak dia ke sini."
"Gomawo."
Taehyung tersenyum lagi.
"Yah~" panggil Siyeon.
"Mwo?"
"Aku lapar."
"Tadi tak ma-"
"Tadi dah makan. Tapi sikit je sebab budak dua tu semangat sangat makan tadi." Potong Siyeon langsung.
Tak tahu pulak apa yang Jin order tadi adalah makanan kegemaran anak dia. Tapi makanan tu, tak kena dengan selera Siyeon sebab tu dia makan sikit sebagai alas perut sahaja.
"Nak makan apa?" Soal Taehyung.
"Anything. Yang penting makanan berat." Jawab Siyeon.
"Tolong aku masak?" Soal Taehyung lagi.
Siyeon bangun dari tempatnya. "Tak nak. Aku nak bersiap sebab nak keluar dengan jumpa kawan."
"Arraseo.." balas Taehyung ringkas. Malaslah nak bergaduh nanti dua budak comel tu terbangun pulak. Susah nanti.
Tidak lama kemudian, makanan sudah terhidang diatas meja dan pada masa yang sama juga Siyeon keluar dari bilik. Dia melihat anak buah suaminya itu sudah duduk sambil makan buah pisang.
"Auntie Yiyeon!" Panggil Jiyoo keriangan.
Siyeon hanya memberi segaris senyuman lalu duduk dimeja bersama mereka.
"Appa diaorang dah otw nak ambil ke?" Soalnya.
"Yup. Sekejap pagi sampailah tu." Balas Taehyung lalu ikut duduk.
"Uncle Tae tipu! Auntie Siyeon bukan monster!" Kata Jinri sambil memeluk tubuh tanda dia sedang merajuk. Sampai hati cakap Siyeon tu monster.
"Eoh! Auntie Yiyeon bukan monstel!" Sokong Jiyoo pulak.
YOU ARE READING
Hello Husband | Kth
FanfictionDia cikgu yang paling dingin dan aku pula adalah pelajar paling bermasalah disekolah. Apa akan jadi apabila kami disatukan? "Kalau saya tak balik sebelum matahari terbit, awak boleh cari saya dekat balai polis terdekat." - Lim Siyeon "Awak nak bebas...