Chapter 12: Loket untuk awak

314 30 1
                                    

Hi, saya update lagi cerita ni :) Hope korang enjoy.

***

Yuna memandang tangannya yang dipegang kemas oleh Baekhyun. Dari tadi, Baekhyun tidak melepaskan pegangan di tangannya. Sekarang mereka sudah berada di mall.

"Baekhyun. Boleh tak awak lepaskan tangan saya ?" pinta Yuna perlahan.

Baekhyun berhenti melangkah. Dia memandang Yuna sambil mengangkat keningnya. Sebelah tangannya memegang minuman, sebelah lagi memegang erat tangan Yuna.

"Kenapa nak kena lepaskan pulak ? Nanti awak hilang lah." jawab Baekhyun selamba.

Mulut Yuna ternganga 3 saat. Seperti tidak percaya dengan apa yang baru didengari olehnya sebentar tadi. Dia takut aku hilang ?

"Apa awak ni. Saya bukannya budak kecik lah." Yuna merungut. Bibirnya dimuncungkan.

Baekhyun mendekatkan wajahnya dengan Yuna sambil cuba untuk menyembunyikan senyumannya. Yuna sedaya upaya untuk menjauhkan wajahnya dari Baekhyun.

Wajah Yuna semakin kemerahan apabila orang ramai yang lalu memandang mereka. Kebanyakkan orang ramai yang berada di mall sekarang ialah pasangan kekasih.

"Siapa kata awak ni bukan budak kecik ? Hmm ?" keningnya diangkat.

Yuna terkelu. Mulutnya seperti dikunci rapat. Baekhyun akhirnya tersenyum juga. Tanpa mempedulikan wajah Yuna dia terus menarik Yuna ke sebuah kedai cenderamata.

Yuna merungut. Mulutnya dimuncungkan tanda tidak berpuas hati. Sudah lah Baekhyun membuat jantung berdegup kencang. Memang dia nak aku mati sebab kena serangan jantung ke ?

"Awak nak beli apa dekat sini ?" Yuna bertanya apabila Baekhyun asyik mengelilingi kedai tersebut. Dia langsung tidak sedar yang dirinya menjadi perhatian pekerja di kedai tersebut. Dari tadi, mereka perhatikan Baekhyun sambil tersenyum senyum.

"Nak beli loket." pendek sahaja Baekhyun menjawab.

"Untuk siapa ?" soal Yuna ingin tahu.

"Untuk siapa lagi ? Untuk awaklah." jawab Baekhyun sambil kenyit sebelah matanya.

***
Naeun memandu kereta menuju ke sebuah mall. Sengaja dia pergi ke mall yang jauh dari tempat tinggalnya kerana dia mahu ambil angin sekali.

Setelah kereta diparking, Naeun melangkah masuk ke dalam. Sedang dia berjalan jalan, matanya terpaku pada sepasang kekasih yang berada di dalam sebuah kedai cenderamata.

Matanya dikecilkan untuk memandang lelaki yang sedang memegang perempuan di sebelahnya. Giginya diketap geram.

"Rupanya, selama ni kau dekat sini ye ?" kata Naeun perlahan sambil tersenyum sinis.

***

"Buat apa nak beli loket ni untuk saya ?" Yuna mengikut langkah Baekhyun menuju ke kaunter. Baekhyun hanya tersenyum memandang Yuna tanpa membalas kata katanya.

"Dah lah. Awak pergi sana. Saya nak bayar ni." halau Baekhyun sambik ketawa kecil.

Yuna menjeling Baekhyun sambil melangkah ke satu bahagian di dalam kedai tersebut. Tangannya disilangkan ke dada sambil matanya asyik memerhati barang barang yang terdapat di dalam kedai tersebut.

"Dia tu teman wanita encik ke?"

Wanita yang menjaga kaunter tersebut bertanya. Dia tersenyum memandang Baekhyun sambil tangannya lincah melakukan kerja.

Baekhyun tergelak kecil mendengar pertanyaan wanita tersebut.

"Oh. Taklah. Dia kawan saya je." jawab Baekhyun teragak-agak. Sedikit terkejut dengan soalan wanita itu.

[COMPLETED] Missing You 너를 그리워 + BaekhyunWhere stories live. Discover now