Chapter 7: Cedera

308 31 0
                                    

Hi ! Ne updateeee. Enjoy it :)

***

Keesokkan harinya, Yuna memasuki kelas seperti biasa. Tidak lama kemudian, Miss Lee masuk ke kelas dengan membawa rotan.

Serta merta ingatan Yuna terhadap kerja yang diberikan oleh gurunya terlintas di fikiran. Dia menepuk kuat dahinya.

"Oh noo." Yuna berkata perlahan. Kakinya mula menggeletar.

"Okey, selamat pagi semua. Duduk." Semua pelajar duduk seperti yang diarahkan oleh Miss Lee.

Hyura memandang Yuna yang gelisah seperti kucing hilang anak. Dia menampar perlahan bahu Yuna.

"Kerja yang Miss Lee bagi aku tak siapkan lagi." Yuna berkata dengan suara yang tersekat sekat. Takut punya pasal. Dahinya yang berpeluh dilap. Dia memandang Hyura dengan wajah yang pucat.

"Habislah kau. Kena rotan. Hyura berkata dengan suara sengaja diperlahankan.

Dia ketawa kuat apabila Yuna menampar kuat bahunya. Namun, dia segera kembali menutup mulutnya apabila Miss Lee memandangnya tajam.

"Semua, keluar buku. Letak atas meja. Harini, saya nak periksa buku kamu semua." Sambil memandang kerja muridnya, Miss Lee masih lagi memegang rotan. Sampai sahaja di tempat duduk Hyura dan Yuna, Miss Lee membuka buku Hyura.

"Okey, kamu Yuna."

Yuna teragak agak hendak memberikan buku kerjanya. Tanpa membuang masa Miss Lee terus merampas buku Yuna.

Yuna hanya mampu memandang ke lantai sambil tangannya dihulurkan kepada Miss Lee. Sedia untuk dirotan.

"Okey. Good." Miss Lee terus meletakkan buku tersebut ke atas tangan Yuna. Kemudian, dia terus berlalu ke meja seterusnya.

"Oi, apa kes ? Kata tak siap, tapi kenapa tak kena rotan ?" tanya Hyura kalut.

Yuna terduduk. Dia berasa sungguh hairan. Dia mengambil bukunya. Diselak satu per satu muka surat. Kemudian, Yuna menggaru kepalanya.

"Peliknya. Malam tadi aku mana sempat nak buat 10 soalan ni." jawab Yuna hairan.

"Wuuu, ada benda tolong kauuuu" Hyura berkata dengan suara yang sengaja diperlahankan. Dia tersenyum apabila melihat wajah cembertu Yuna.

"Oppa comel kau tu kot yang tolong kau." teka Hyura.

Yuna terdiam mendengar kata kata Hyura.

"Takkan. Ish, tak mungkin lah." Yuna berkata sambil menggeleng gelengkan kepalanya beberapa kali.

"Baiklah. Kita sambung balik pelajaran kita." Miss Lee mengajar seperti biasa sehingga loceng berbunyi.

"Kau tak rehat ke ?" Hyura memandang Yuna yang asyik dengan telefon bimbitnya.

"Malas lah. Aku dah kenyang. Kau pergi sendiri jelah." beritahu Yuna.

Hyura mengangguk. Dia terus keluar dari kelas menuju ke kantin. Yuna memakai earphone di telingannya. Tiba tiba datang seseorang menegur Yuna.

"Kacau lah kau ni. Aku baru nak feel dengar dengar lagu empty ni." marah Yuna sambil menjeling Dara.

Dara tersengih mendengar bebelan Yuna. Dia duduk di tempat Hyura. Menghadap Yuna.

"Wei.. Hensem lah boyfriend kau tu. Cute. Jeles betul aku." Dara berkata sambil tersenyum lebar.

"Siapa pulak boyfriend aku tu ? Mengarut je kau ni." Yuna memakai semula earphonenya yang ditanggalkan oleh Dara. Dia mengangguk anggukkan kepalanya apabila muzik dimainkan.

[COMPLETED] Missing You 너를 그리워 + BaekhyunWhere stories live. Discover now