Chapter 3: Hantu ?

319 34 1
                                    

Anyeong ! New update guysss. Bacalah ye kalau rajin :)

***

Baekhyun berbaring di atas katil. Dia meraba raba poket seluar nya. Kemudian, dia mengeluarkan telefon bimbitnya.

"Hmm, perlu ke aku call Chanyeol and bagi tau aku dekat mana ?" kata Baekhyun perlahan. Dia berkira-kira untuk memberitahu Chanyeol ataupun tidak.

Tanpa membuang masa, Baekhyun terus mendail nombor Chanyeol. Dia bernasib baik kerana penculik itu tidak mengambil telefonnya.

"YAH! BAEKHYUN-AA!!"

Baekhyun menjarakkan telefonnya dari telinganya.Fiuhhh, dia ni cakao guna microphone ka? Sumpah kuat gila suara dia.

"Bro. Kenapa kau nak menjerit ni ? Sakit lah telinga aku." marah Baekhyun.

"Macam mana aku boleh tak menjerit ? Dah bernanah tangan aku dail nombor kau, tapi kau langsung tak angkat. Kau okey tak ni ?" tanya Chanyeol risau.

Baekhyun tidak menjawab pertanyaan Chanyeol. ‘Nak cerita ke tak ni. Hmm, kusut betul lah.’

"Hoi, kau hidup lagi ke tak ni ?" tegur Chanyeol apabila Baekhyun masih mendiamkan diri.

"Ish, kau ni. Mulut takde insurans langsung lah. Hmm, aku kena culik lah. Nasib baik tau aku dapat lepaskan diri." beritahu Baekhyun tanpa berselindung.

"Kau tengah buat lawak ke apa ni ?" Chanyeol tidak percaya dengan apa yang didengari olehnya.

"Mana ade aku buat lawak. Aku tengah serius ni." Baekhyun bengang kerana Chanyeol menganggap dirinya tengaj buat lawak.

Baekhyun geram. ‘Bila aku tengah serius dia main main, bila aku tengah main main dia serius.’ Baekhyun merungut.

"Oh my god !! Kau kena culik dengan siapa ? Baguslah kau boleh lari dari penculik tu. Tapi kau dekat mana sekarang ni ? Kaki kau ada tak yang patah ? Jari kau semua cukup lagi kan ?" Chanyeol mengutarakan soalan bertubi-tubi. Dah boleh guna untuk tulis lirik rap dah rasanya ni.

Baekhyun ketawa terbahak bahak mendengar kata kata Chanyeol. Boleh pulak tanya soalan sengal sekarang ni.

Chanyeol mengetap giginya apabila mendengar Baekhyun sedang ketawa. Dia bangun dari pembaringannya.

"Aku tak tau aku kena culik dengan siapa. Sebab orang tu pakai topeng. Aku dekat Itaewon. Kaki aku ada lagi 2 ni ha. Kalau jari .." sengaja dia tidak menjawab. Ingin mendengar reaksi dari Chanyeol.

"Jari kau cukup tak ?" Chanyeol bertanya cemas. ‘Kesian lah kawan aku kalau jari tak cukup. Cacat nanti.’

"1 2 3 4 5 6 7 8 9...." Baekhyun berpura pura mengira jari di tangannya.

"9 aje ke yang tinggal ?" jerit Chanyeol.

"Tak. Semua ada, kau jangan risau lah. Takde nya penculik tu nak kerat jari aku." Baekhyun ketawa kuat. Kenapalah tiba-tiba kawannya ini jadi bengap pula malam ni.

"Lega aku. Haa, kau nak aku pergi sana tak ? Aku ambik kau ye ?"

"Ehh, tak payah tak payah."

Chanyeol mengangkat keningnya. Pelik kerana Baekhyun tidak mahu dia menjemputnya.

"Kenapa kau tak nak balik ? Kau nak jadi pengemis ke dekat sana ?"

"Kau ni. Jangan lah nak tanya soalan bodoh. Haishh." Baekhyun mula rasa fedup dengan soalan Chanyeol yang makin lama makin tak masuk akal.

"Hahahaha, yelah. Kalau kau tak nak aku ambik kau, kau nak tinggal dekat mana ?"

"Hm, ada sorang gurl ni yang bawak aku balik rumah dia. Aku kata dekat dia yang aku nak stay dekat sini 2 atau 3 bulan macam tu lah."

[COMPLETED] Missing You 너를 그리워 + BaekhyunWhere stories live. Discover now