Chapter 14: Terlambat

303 32 0
                                    

Hai !! Sorry sangat sangat sebab lambat update. So, now.. Enjoy it !!

***

"Kau nak ikut ke tidak ?" tanya Baekhyun kalut.

"Kau ni biar betul ?" soalan Baekhyun tidak dijawabnya.

"Tak nak ikut sudah." Baekhyun mencapai jaketnya di atas kerusi lalu mencapai kunci kereta. Kakinya diatus menuju ke pintu utama rumah Chanyeol.

"Yelah !! Aku ikut !!" Chanyeol menjerit sekuat hati. Dia turut mencapai jaket hitamnya dan terus berlari memasuki kereta milik Baekhyun.

"Mesti dia lagi comel kan kalau jumpa secara live ?" Chanyeol berkata sambil tersenyum. Kerusinya direndahkan supaya dirinya lebih selesa untuk berbaring.

"Kau jangan nak mengada pulak nak mengorat dia." Baekhyun memberi amaran. Chanyeol sekadar ketawa kuat mendengar amaran Baekhyun. Memang Baekhyun dah jatuh hati gila kan dengan Yuna ?

***

"Byee !!" Hyura melambaikan tangannya kepada Yuna yang sudah pun berada di dalam teksi tersebut. Yuna sekadara tersenyum manis sambil membalas lambaian Hyura.

Setelah teksi tersebut pergi, Hyura melepaskan keluhan yang berat. Tidak boleh dia bayangkan, bagaimana kehidupannya nanti tanpa Yuna di sisi. Mereka berdua sudah seperti adik beradik.

***

"Tak sampai lagi ke ? Lambat lah kau drive." Chanyeol terjaga dari tidurnya apabila terasa yang dia sudah tidur terlalu lama. Kerusi kembali ditegakkan seperti biasa.

"Dah nak sampai lah. Tu haa, rumah dia." Baekhyun menunjukkan rumah banglo Yuna kepada Chanyeol. Chanyeol memandang rumah tersebut dengan teruja. Walaupun hiasannya ringkas, tetapi ianya sangat cantik.

"Dah. Jom turun." Baekhyun membuka pintu. Kemudian dia melangkah ke pagar rumah tersebut. Dia memandang rumah tersebut dengan hairan. Kenapa semua tingkap tertutup pulak ni ?

Loceng rumah ditekan berkali kali. Namun, tiada siapa yang membuka pintu tersebut. Baekhyun mengeluarkan telefon bimbitnya.

"Dia tak ada ke ?" tanya Chanyeol.

Baekhyun sekadar mengangkat bahunya.

"Eh Baekhyun. Kau kan ?"

Tiba tiba datang seorang gadis menegur Baekhyun. Baekhyun terkejut melihat kehadiran gadis tersebut. Telefon bimbit kembali disimpan di dalam poket seluar jeannya. Baekhyun memberikan senyuman manis kepada gadis tersebut.

"Eh, Hyura. Hahaha, aku lah ni. Takkan lah kau tak ingat dah kot muka aku yang cute ni ?" Baekhyun berkata sambil ketawa. Chanyeol di sebelahnya hanya tersenyum.

"Haa, Hyura. Yuna ada tak ?" tanya Baekhyun tidak sabar.

Hyura serba salah hendak memberitahu perkara yang sebenar.

"Kenapa kau tinggalkan dia ?" Hyura mengeluarkan soalan cepumas.

Baekhyun tercengang mendengar pertanyaan Hyura.

"Dia tak bermaksud lah nak tinggalkan Yuna. Baekhyun balik ke Gangnam sebab nak uruskan sesuatu."

Chanyeol menjawab bagi pihak Baekhyun. Chanyeol menepuk bahu Baekhyun yang masih mendiamkan diri. Terkejut sangat ke dengar soalan Hyura tadi ?

"Hmm. Aku tahu. Mesti kau takkan tinggalkan dia macam tu je sebab kau dah jatuh cinta dengan dia kan ?"

"Aku minta maaf. Aku tak bermaksud nak tinggalkan dia macam tu je. Ada benda penting yang aku kena uruskan. Mana dia ?"

Hyura mengeluh. Dia hanya menundukkan kepala. Tidak sanggup hendak memandang Baekhyun. Pasti Baekhyun juga rindukan Yuna, bukan ?

"Dia dah pergi." perlahan Hyura bersuara.

"Apa maksud kau ?" soal Baekhyun, tidak memahami kata-kata Hyura tadi. Yuna pergi mana?

"Dia dah pindah oversea. Dia pergi tinggal dengan ibu bapa dia. Yuna pergi sebab dia cuba nak lupakan kau."

Mulut Baekhyun terkunci. Tidak tahu hendak berkata apa. Jantungnya seperti berhenti berdegup apabila mendengar berita daripada Hyura.

"Aku mesti jumpa dia. Masih sempat lagi aku nak pergi airport." Baekhyun terus berlari masuk ke dalam kereta. Langsung tidak diendahkan Hyura yang sedang memanggil manggil namanya.

Chanyeol yang terkejut dengan tindakan Baekhyun turut berlari masuk ke dalam kereta. Dia sempat mengucapkan selamat tinggal dan terima kasih kepada Hyura.

Hyura melepaskan keluhan yang berat.

"Harap kau sempat." doa Hyura di dalam hatinya.

***

Yuna duduk di atas kerusi. Menunggu pintu dibuka. Setelah mendengar pengunguman, segera Yuna berdiri. Dia berjalan ke arah pintu terebut dan beratur.

Setelah memberikan tiket, Yuna terus melangkah masuk ke dalam pesawat. Dia duduk di tempat duduknya. Tempat duduknya berada di sebelah tingkap.

Yuna termenung jauh memandang luar tingkap. Memandang suasana di tempat asalnya sebelum pesawat berlepas ke New York.

***

Baekhyun terkaku di tempat. Matanya tidak lepas memandang papan kenyataan yang menyatakan penerbangan ke New York sudah terlepas.

Chanyeol yang berdiri di sebelahnya berasa simpati dengan nasib Baekhyun. Bahu Baekhyun dipeluk erat dan ditepuk perlahan untuk memberi semangat kepada Baekhyun.

"Kau sabar lah." Chanyeol memujuk Baekhyun. Mujurlah Hyura sempat memberitahunya ke mana hala tuju Yuna. Perlahan kaki Baekhyun melangkah keluar dari Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon.

Baekhyun tersandar lemah pada kereta miliknya. Fikirannya penuh dengan nama Yuna. Hatinya pula sedih apabila mendapat tahu bahawa Yuna sudah pun pergi jauh darinya.

Chanyeol memandang wajah rakannya yang muram. Dia turut terasa kesedihan yang dialami oleh Baekhyun. Tetapi, tidak ada apa yang boleh dia lakukan selain daripada memberi kata kata semangat kepada Baekhyun.

"Hmm, jom kita pergi main basketball, nak ? Hilangkan kesedihan kau tu." Chanyeol berkata dengan senyuman memujuk di bibirnya. Dia cuba untuk menceriakan hati Baekhyun yang sedang sedih.

"Lain kali lah. Aku malas." Baekhyun membalas perlahan. Kepalanya mendongak memandang langit. Matanya asyik memandang kapal terbang yang sedang berlepas. Kenapalah awak kena pergi jauh, Yuna ? Saya rindukan awak. Rindu sangat.

Chanyeol tidak menghiraukan kata kata Baekhyun. Dia menolak Baekhyun ke tempat duduk penumpang di sebelah tempat duduk memandu.

"Biar aku yang drive. Kalau kau yang drive, hmm, memang menempah maut lah aku. Buatnya kau mengelamun nanti. Habis. Pintu tutup sendiri. Aku tak nak lah nak romantik sangat dengan kau." Chanyeol berkata selamba. Dia tergelak mendengar kata katanya sendiri. Kunci kereta dilambung labung sambil melangkah ke pintu tempat duduk pemandu.

Baekhyun hanya tersenyum nipis mendengar kata kata Chanyeol. Dia tersandar lemah pada kerusi. Matanya dipejam rapat. Mencuba untuk kosongkan fikiran dan tenangkan hatinya yang sedang sedih. Perlahan keluhan berat dilepaskan.

"Dah lah. Mungkin, one day nanti kau terjumpa dia ke. Siapa tau kan ? Kau sabar jelah. Kau tak nak pergi cari dia ke ? Aku pun nak jumpa dia. Tak sempat lagi aku nak usya muka cute dia." Chanyeol bergurau bagi menceriakan suasana yang muram di dalam kereta. Dia turut menyelit nasihat di dalam gurauan untuk Baekhyun. Chanyeol tidak mahu melihat rakan baiknya sedih.

"Hmm, ya. Mungkin ada kebaikan di sebalik apa yang terjadi ni." Baekhyun berkata perlahan. Mata dipejam rapat. Ya. Mesti ada kebaikan di sebalik apa yang terjadi. Aku yakin. Aku pasti akan berjumpa lagi dengan Yuna.

***

Pendek sangat kan ? Sokay, lepas ni saya akan update lagi. Btw, cerita ni dah nak habis. So, teruskan membaca untuk tahu apa endingnya :).

Sambil sambil, bacalah sekali ff baru saya ya !!

[COMPLETED] Missing You 너를 그리워 + BaekhyunWhere stories live. Discover now