Chapter 5: Pelajar baru

367 34 4
                                    

Hi ! New update :):) enjoy ehhh.

***       

Yuna mendail nombor telefon seseorang. Sambil itu, dia berbaring dia atas katil miliknya.

"Hello. Ha, kau nak apa ni call aku malam malam buta ? Kacau je." panggilan dijawab dengan rungutan oleh orang di sana.

Yuna ketawa mendengar rungutan teman baiknya, Hyura.

"Alah, kau ni. Baru pukul 10 kut." usik Yuna.

"Aku kan budak baik. Jadi aku kenalah ikut cakap parents aku supaya tidur pukul 10 malam. Tepat !!" Hyura berkata selamba. Dia dan Yuna berkawan dari sekolah rendah. Jadi, dia telah menganggap ibu bapa Yuna seperti ibu bapanya juga. Begitu juga dengan Yuna.

"Coih. Muntah hijau lah aku dengar yang kau ni budak baik. Hm, esok kita pergi sekolah sekali ye ?" Yuna memulakan perbualan mereka.

"Kita kan memang pergi sekolah sekali. Apa masalah kau ni ?" Hyura ketawa kuat. ‘Kawan aku ni dah kenapa?’

"Oh, ye erk ? Esok aku ada bawa new student masuk sekolah kita." Yuna menyampaikan berita sensasinya itu.

"New Student ? Lelaki ke perempuan ?" Hyura bertanya teruja. Dia bangun dari duduk di kerusi lalu berjalan menuju ke koridor biliknya.

"Lelaki. Kau jangan nak menggatal lah." Yuna memberi amaran, bernada gurau. Dia tidaklah serius mana pun. Main-main je.

"Mana adalah. Aku just tanya je. Aku pun nak kawan dengan dia." rajuk Hyura.

Yuna dan Hyura ketawa.

"Hm, Okeylah. Aku nak masuk tidur dulu. Bye, nite beb." Yuna berkata selepas menguap. Dia menenyeh matanya.

"Hm, yalah. Ok, nite too beb."

Yuna meletakkan telefon bimbitnya di atas meja solek. Dia meregangkan badannya kerana lenguh. Yuna memandang pintunya yang diketuk oleh seseorang. ‘Siapa tu ? Baekhyun ke ?’

Segera Yuna melangkah lalu membuka pintu tersebut. Yuna memandang hairan Baekhyun yang sedang berdiri di depan pintunya sambil tersenyum.

"Kenapa ni ? Awak nak apa apa ke ?" tanya Yuna bernada lembut.

"Eh, tak lah. Saja je nak tengok awak dah tidur ke belum." jawab Baekhyun sarkastik.

"Oh, saya baru je nak tidur." ujar Yuna. Walaupun dia masih lagi pelik dengan kehadiran Baekhyun, namun dia tetap tersenyum.

Baekhyun tersenyum. Dia sendiri pun tidak tahu kenapa dia teringin sangat hendak menatap wajah Yuna sebelum tidur.

"Okey. Good nite ye. Mimpikan saya tau." Baekhyun berkata sambil mengenyitkan matanya kepada Yuna. Sebelum dia berlalu pergi dia sempat menggosok perlahan kepala Yuna.

Yuna tergamam melihat kelakuan Baekhyun. Jantungnya berdegup kencang setiap kali melihat Baekhyun tersenyum ke arahnya. Matanya melihat kelibat Baekhyun yang semakin hilang semasa menuruni anak tangga.

"Awak tak suruh mimpi pun saya tetap juga akan mimpikan awak." Yuna berkata perlahan sambil tersenyum seorang diri. Dia menutup pintu biliknya dan melangkah dengan gembira menuju ke katil. Tidak lama kemudian, Yuna pun terlelap.

***

Keesokan harinya, Yuna, Baekhyun dan Hyura berjalan kaki bersama sama menuju ke sekolah mereka. Mereka sentiasa ketawa ketika dalam perjalanan ke sekolah apabila melihat kelakuan Hyura yang terlebih syok kerana dapat bertemu dengan Baekhyun.

"Yun, comel lah Baekhyun kau tu. Untung ye kau." bisik Hyura dekat dengan telinga Yuna.

"Apa yang kau merepek ni ? Dia bukan boyfriend aku lah." Yuna menyiku lembut perut Hyura yang lemak berkrim tu.

[COMPLETED] Missing You 너를 그리워 + BaekhyunWhere stories live. Discover now