Chapter 1: Hari sebelum

559 46 0
                                    

Hi !! Ni adalah first part untuk ff ni !! Hope korang enjoy ya !

***

BYUN BAEKHYUN bersiar siar seorang diri di sekitar bangunan sekolahnya. Hari ini, Chanyeol, teman karibnya, tidak dapat menemani Baekhyun rehat bersama kerana ada kerja yang harus dilakukan. Tiba tiba datang dua gadis mencuit bahu Baekhyun.

"Yes?" Baekhyun memandang mereka berdua dengan senyuman manis di bibir.

"Oppa tak pergi rehat ke?" Reina bertanya. Yura yang berdiri di tepi Reina hanya tersengih memandang Baekhyun. Mereka berdua memang sukakan senior Baekhyun mereka. Mereka menganggap Baekhyun seperti abang mereka sendiri.

"Oppa tak de kawan lah yang nak teman oppa rehat." Baekhyun berkata dengan memek muka yang sedih. Dia memuncungkan bibirnya. Reina dan Yura ketawa geli hati melihat telatah Baekhyun. Mereka berdua memaut lengan kiri dan kanan Baekhyun.

"Kalau macam, biar Reina dengan Yura yang temankan oppa rehat ye ?" Yura berkata ceria. Semangat betul suaranya.

"Okaylah. Jom gi kantin. Oppa belanja." Baekhyun ketawa senang hati. Hari ini hari bertuahnya kerana dia pergi ke kantin sambil diapit oleh dua orang junior yang comel.

Reina dan Yura tersenyum gembira. Mereka bertiga berjalan beriringan menuju ke kantin.

"Hmm, Reina dengan Yura pergi lah cari tempat dulu. Oppa beli makanan ye?" arah Baekhyun lalu segera berlalu pergi untuk membeli makanan. 

Reina dan Yura mengangguk. Mereka berdua berjalan menuju ke sebuah meja yang kosong. Yura memandang Reina yang duduk di hadapannya. Riak wajahnya macam risau je. 

"Hmm, Chanyeol Oppa tak hadir ke?" tanya Yura perlahan. Takut nanti kalau ada orang dengar naya je dia. Sanggup taknak datang sekolah setahun sebab malu.

"Entah. Tadi aku ade je nampak dia. Dia ada hal kot. Kenapa ? Kau rindu dia ke ?" usik Reina dengan sengihan nakal tertampal di wajahnya. Kemudian dia ketawa kuat melihat wajah Yura yang sudah merah.

Yura sekadar menjeling Reina kerana mengusiknya. Dia tidak pernah memberitahu Reina yang dia meminati Chanyeol kerana takut Reina akan pecahkan rahsianya. Yalah, Reina ni kan mulut boleh tahan kecoh jugak. Cakap pun main lepas je.

"Kenapa muka Yura merah ni, haa?" Soal Baekhyun tiba-tiba. Dia meletakkan dulang yang penuh berisi makanan di atas meja. Kemudian dia mengambil tempat duduk di sebelah Reina.

"Tak. Yura ni ha. Dia .." Reina tidak dapat menyambung kata katanya apabila Yura memijak kuat kaki Reina. Yura mengetap giginya dengan geram. Matanya pula mencerlung memandang Reina yang membuat muka tak bersalah.

"Kau jangan nak buat hal dengan aku." Yura berkata keras. 'Memang nayalah aku kalau Baekhyun Oppa tau yang aku sukakan kawan dia.'

"Hei hei. Cuba cerita dekat Oppa. Oppa tak faham lah apa yang kamu berdua ni tengah cakapkan." ujar Baekhyun sambil memandang mereka berdua. Pening pulak kepala dia tengok Reina dengan Yura berbalas pandangan.

Reina tersengih. Dia menjeling Yura yang sedang memandangnya tajam. Reina mendekatkan bibirnya dengan telinga Baekhyun. Reina berbisik perlahan.

"Yura tengah cari Chanyeol Oppa. Dia rindu kot." Baekhyun ketawa kecil mendengar kata kata Reina. Dia memandang Yura yang sedang menundukkan wajahnya tanda malu. Perlahan Baekhyun menggosok kepala Yura.

"Tu pun nak malu dengan Oppa ke ? Ingatkan apa lah tadi. Rupa rupanya pasal Chanyeol aje ye." kata Baekhyun sambil menghirup air yang baru dibeli olehnya.

"Eh eh. Aku terdengar ada orang menyeru nama aku lah. Siapa tuu?"

Baekhyun, Reina dan Yura memandang seorang jejaka yang berdiri di tepi meja. Wajah Yura semakin merah.

[COMPLETED] Missing You 너를 그리워 + BaekhyunWhere stories live. Discover now