Chapter 2: Hilang

433 37 0
                                    

***

"Naeun-aa." Baekhyun memanggil Naeun yang sedang duduk di sebuah bangku. Dia tersenyum apabila melihat Naeun sedang memuncungkan mulutnya.

Naun memandang Baekhyun yang berdiri di hadapannya, kemudian dia mengalihkan pandangannya. Dia menyilangkan tangannya.

Baekhyun duduk di sebelah Naeun. Bahu Naeun dipeluk manja.

"You marahkan I ke?" soal Baekhyun. 

"I bukan marahkan you, I just bengang ajelah dengan si Reina tu." beritahu Naeun. Wajahnya bertambah keruh mengenangkan sikap Reina dengannya tadi. Kalau tak Baekhyun mesti dah lama si budak tu kena dengan dia.

Ketawa Baekhyun meletus apabila mendengar kata kata Naeun. Dia menggosok kepala Naeun.

"Alahai you ni. Dia tu budak kecik aje kot. Takkan lah you nak terasa hati dengan apa yang dia cakap ?" pujuk Baekhyun dengan suara yang memang lembut habis. Ni kalau Reina dengar ni mahu muntah hijau dia nanti.

"Huh, you ni pun satu. Sikit sikit nak bela dia. Malaslah nak layan you." Naeun menolak kasar lengan Baekhyun. Dia segera pergi meninggalkan Baekhyun.

"Haish, manja betul lah. Nasib baik dia tu awek aku." kata Baekhyun perlahan. 

***

Petang itu, Reina dan Yura berjalan kaki bersama sama menuju ke sekolah mereka untuk menjalankan latihan bagi pasukan sorak sekolah mereka.

"Haa, tu Chanyeol Oppa lah. Wahhh, jom jom. Kan tadi dia kata nak belanja kita." Yura menjerit kegembiraan. Dia memandang Chanyeol yang sedang berdiri di pintu pagar sekolah mereka.

Reina dan Yura berlari menuju ke arah Chanyeol sambil berpegangan tangan.

"Awalnya Oppa datang ??" tanya Yura.

Chanyeol tersenyum melihat Reina dan Yura. Dia mengelap peluhnya yang menitik di dahi.

"Tak ade lah awal mana pun. Jom. Tadi kan Oppa janji nak belanja korang berdua." jawab Chanyeol.

"Yeahhh. Jom jom!" sorak Reina dengan gembira. Yura dan Reina memeluk erat lengan Chanyeol. Mereka bertiga menuju ke sebuah kedai aiskrim.

***

Baekhyun berjalan seorang diri di sebuah lorong di belakang sebuah kedai. Dia menghirup sebotol air yang baru dibeli sebentar tadi.

"Kenapa aku rasa macam ada orang ikut aku ?" bisik Baekhyun. Dari tadi lagi dia asyik terdengar bunyi derapan kaki seseorang di belakangnya.

Baekhyun  berhenti melangkah. Dia memandang sekeliling. 'Perasaan aku je kot.' Kemudian, Baekhyun kembali melangkah. Tiba tiba, kepala Baekhyun dipukul kuat oleh sebatang objek yang keras.

"Arghhh." Baekhyun mengerang kesakitan. Dia memegang kepalanya yang penuh berdarah. 'Kerja siapa ni. Tak guna betul lah.' Kepala Baekhyun mula terasa pening, lalu dia pun pengsan.

***

Perlahan lahan Baekhyun membuka matanya. Kepalanya masih lagi terasa pening.

"Aku dekat mana ni?"  Kabur kabur Baekhyun ternampak seorang lelaki berjalan ke arahnya sambil membawa sebatang kayu.

"Dah sedar dahh ??" Lelaki itu menepuk nepuk bahu Baekhyun.

"Kau siapa hah ?" sambil cuba menahan pedih di kepala, Baekhyun menguatkan diri untuk bertanya.

Suara lelaki itu ketawa bergema di seluruh gudang yang kosong.

"Kau tak payah sibuk nak tau aku siapa ? Biar aku je yang tau kau tu siapa ye." Lelaki itu menjerit. Dia menolak kasar kepala Baekhyun.

[COMPLETED] Missing You 너를 그리워 + BaekhyunWhere stories live. Discover now