Chapter 13: New York

311 32 0
                                    

Hi !! New update. Enjoy it. :) :)

***

Yuna duduk termenung di dalam biliknya. Semenjak Baekhyun pergi meninggalkannya, dia langunsg tidak hadir ke sekolah. Setiap hari, dia akan duduk terperuk di dalam bilik.

Pintu bilik Yuna diketuk. Terjengul wajah Hyura di muka pintu bilik Yuna. Semenjak Hyura tahu tentang keadaan Yuna, dia selalu datang ke rumah Yuna untuk menjenguk Yuna.
"
Kau okey tak ni ?" Hyura melangkah ke arah Yuna. Punggungnya dilabuhkan di atas katil. Bersebelahan dengan Yuna. Hyura memeluk erat bahu Yuna.

"Kau jangan lah asyik termenung je. Kau buat aku risau lah." Hyura memujuk Yuna. Rambut Yuna diusap perlahan. Hatinya turut sedih apabila melihat keadaan Yuna yang tidak terurus semenjak Baekhyun pergi.

"Hm. Aku okey." Yuna berkata perlahan. Matanya mula terasa panas. Air mata mula bergenang. Perlahan, air mata Yuna jatuh.

"Yuna. Kau jangan lah menangis. Setiap hari kau menangis. Makan pun kau tak nak. Kau jangan macam ni. Aku pun sedih turut sedih tau tak kalau tengok kau macam ni. Hyura sedaya upaya memberi nasihat kepada Yuna. Bahu Yuna dipeluk erat sambil tangan kirinya mengusap usap belakang tubuh Yuna.

"Aku sedih. Kenapa dia kena pergi macam tu ? Kenapa dia tinggalkan aku dalam keadaan aku yang dah mula jatuh cinta dekat dia ?" Yuna berkata sedih.

"Aku dah buat keputusan. Aku nak tinggal dengan parents aku dekat New York tu." Hyura terkejut mendengar kata kata Yuna. Wajah Yuna dipandang dengan kerutan di dahi.

"Kau biar betul ? Kau jangan lah pergi. Nanti aku dah tak ada kawan." Hyura berkata sedih. Dia memandang Yuna dengan wajah yang sayu. Yuna memeluk erat tubuh Hyura. Dia tahu yang temannya pasti akan sedih. Tetapi, tidak ada apa yang boleh dia lakukan lagi. Dia perlu juga pergi kerana tidak mahu tinggal di rumah itu lagi.

Jika dia terus tinggal di sini, sudah pasti dia akan asyik teringat akan Baekhyun. Dia tidak mahu hatinya terseksa lagi.

"Aku minta maaf. Aku terpaksa buat keputusan ni." lirih Yuna bersuara.

"Tak apa. Aku faham. Kalau dengan cara ni kau boleh lupakan dia, aku tak kisah. Kau jangan lupakan aku tau." Hyura berkata sayu. Dia tersenyum pahit memandang Yuna.

***

"Aku dah tak ada hati lagi lah dengan si Naeun tu. Aku dah lama dah tau yang dia tu ada lelaki lain." Baekhyun berkata senafas. Malas dia mahu berahsia lagi dengan Chanyeol.

"Kau dah lama tau ? Tapi, kenapa kau tak putus jugak dengan dia ?" Chanyeol bertanya. Dia memandang Baekbyun dengan penuh teruja. Tidak sabar mahu mendengar cerita yang seterusnya.

Baekhyun bersandar santai pada kepala katil. Kemudian, dia berguling guling di atas katil milik Chanyeol. Malam itu, ibu bapa Chanyeol tidak ada di rumah kerana ada urusan kerja di luar negeri.

"Hmmmmm. Aku nak bukti dulu. Kalau aku tunjuk dekat Naeun gambar dia dengan lelaki lain, mesti dia tak boleh nak kata apa dah. Mulut terkunci punya." Baekhyun berkata selamba.

"Reina dengan Yura ada nampak Naeun dengan lelaki lain hari tu. Seronok betul diaorang nak spy Naeun tu." cerita Chanyeol.

Baekhyun ketawa mendengar kata kata Chanyeol. Dia bangun dari pembaringannya dan duduk memandang Chanyeol yang sedang bersandar pada sofa.

"Hm, kau memang dah tak ada hati ke dengan si Naeun tu ?"

Chanyeol bertanya ragu ragu. Risau jika soalannya itu akan membuatkan Baekhyun tersentap. Chanyeol memandang Baekhyun. Menunggu jawapan.

"Aku dah tak ada hati dah dekat Naeun tu. Dah lama dah."

"Wuuuu, tak lama lagi kau bujang lah yee ?" Chanyeol menyakat Baekhyun. Baekhyun hanya ketawa kecil mendengar kata kata Chanyeol.

[COMPLETED] Missing You 너를 그리워 + BaekhyunWhere stories live. Discover now