Epilog

285 27 0
                                    

Hi. Sebab ada masa terluang, saya tiba tiba rajin nak buat epilog untuk ff ni. So, hope korang sudi baca :) hhuhuhu, mesti korang marah kann sebab saya update lambattttttt sangattttt. Maaf yeeeee :* 
---

Selepas 1 tahun ..

Baekhyun dan Yuna belajar di kolej yang sama apabila Yuna setuju untuk pulang ke Korea semula.

"Yah Kim Yuna!" Jerit Naeun. Segera dia mendekati Yuna yang sedang membawa buku buku kuliahnya.

Yuna memandang Naeun pelik. Kenapa dengan dia ni ? Jerit jerit nama aku pulak.

"Wae ?!" Balas Yuna. Wajahnya dimasamkan.

Naeun tersengih. "Kenapa kau angkat benda berat ni hah ?" Soal Naeun.

Yuna memandang Naeun hairan. "Benda berat apanya ? Aku bawak buku kuliah jelah." Ujar Yuna.

"Kau kan mengandung. Lagipun, Baekhyun dah pesan kat kitaorang supaya jaga kau." Kata Hyura yang entah dari mana munculnya.

Lepas Baekhyun dan Yuna pulang ke Korea, mereka sudah merancang untuk berkahwin. Mereka mengambil masa selama 2 bulan untuk membuat persiapan perkahwinan mereka. Itu disebabkan, ibu bapa Yuna yang berada di New York.

Sebulan selepas mereka berkahwin, Yuna disahkan mengandung 4 minggu. Sekarang, Yuna sedang mengandung 9 bulan. Tunggu masa aje.

"Kalau aku mengandung pun kenapa ? Takkan lah aku tak boleh bawak buku jugak ?" Soal Yuna. Haishh, Baekhyun ni kan. Kenapa kena pesan pesanan macam tu kepada kawannya pula ?

"Eishh, dahlah. Biar aku tolong bawak. Jom pergi dekat locker kau." Ujar Naeun lalu mengambil buku buku yang berada di tangan Yuna.

***

Yuna masuk ke dalam biliknya dan Baekhyun. DIa meletakkan beg dan bukunya di atas meja kerja. Kemudian, dia berlalu ke bilik air selepas membersihkan diri.

Tidak lama kemudian, Yuna keluar. Selepas selesai memakai baju, dia terus berbaring di atas katil.

Yuna mengeluh perlahan. Badannya terasa begitu letih. Disebabkan terlalu penat, Yuna pun terlelap.

---

"Yahh, jom lah keluar lepak. Semenjak kau kahwin ni, ishhhh. Asyik berkepit dengan bini jelah." Rungut Jungkook. 

Dia dan Chanyeol ingin mengajak Baekhyun keluar bermain basketball dengan mereka. Tetapi, disebabkan, Baekhyun risau sangat tentang keadaan Yuna, jadi dia terpaksalah menolak ajakan tersebut.

"Mianhae. Lain kali lah bro. AKu risaulah dengan Yuna. Dia tu kan lasak. Mana boleh tinggal sesuka hati je. Nanti kesian anak aku, asyik berpusing je dalam perut dia." Kata kata Baekhyun mengundang gelak tawa Jungkook dan Chanyeol.

"Hmm, yelah. Kalau kita orang ajak lagi sekali, tapi kau tolak, siap lah kau." Ugut Chanyeol. Jungkook sekadar mengangguk tanda sangat setuju dengan kata kata Chanyeol.

***

Baekhyun membuka pintu rumah dan melangkah masuk.

"Jagiyaa.." Panggil Baekyhun. Tapi tiada sahutan.

Baekhyun mendaki anak tangga menuju ke tingkat 2. Kakinya pantas berjalan ke bilik. Perlahan tombol pintu dipulas.

Kepalanya dijengukkan dan dia ternampak Yuna sedang tidur dengan lena di atas katil. Baekhyun tersenyum. Segera dia mendekati Yuna. 

Baekhyun berbaring secara mengiring menghadap Yuna. Tangan kirinya pula menampung kepalanya. Wajah Yuna diamati Baekhyun. Tangan kanannya mengusap lembut pipi Yuna. 

[COMPLETED] Missing You 너를 그리워 + BaekhyunWhere stories live. Discover now