Chapter 15: Hidup baru

292 30 0
                                    

Anyeong !! Sebelum tu saya nak mintak maaf ya sebab lambat update. So, ini kedua terakhir. Cerita ni dah nak habis dahhhhhh. Okeyy, enjoy it !!

***

"Yuna.."

Yuna memandang Ommanya yang sedang memanggil namanya. Yuna tersenyum manis. Namun, selepas itu, dia kembali memandang tingkap. Memandang bandar raya New York yang sentiasa sibuk.

Perlahan Omma Yuna datang memeluk tubuh Yuna. Erat. Di samping melepaskan kerinduan terhadap anak gadisnya, dia tahu yang Yuna sedang kecewa.

"Jom turun makan. Mesti dalam flight tadi kamu tak makan kan ? Lesu je muka kamu ni. Jom." Omma berkata lembut sambil mengusap kepala Yuna. Haish, kali pertama dia melihat anak gadisnya berwajah muram seperti ini disebabkan lelaki. Sebelum ini, memang payah untuk Yuna jatuh cinta dengan sesiapa. Tetapi, bila sekali dah jatuh cinta.. Hm, macam ni lah jadinya.

Yuna tersenyum tawar memandang Ommanya. Kepalanya dilentokkan di atas bahu Omma. Keluhan berat dilepaskan.

"Omma. Yuna dah kenyang lah. Omma jangan lah risau." Yuna berkata sambil membuat suara ceria. Tangannya mengusap perutnya sebagai tanda yang dia sudah pun kenyang. Yuna tersenyum memandang wajah Ommanya.

"Hm, kenapa kamu tiba tiba je nak datang sini ni ? Sebelum ni, Omma dengan Appa ajak, kamu tak nak pulak ikut." Omma bertanya. Tangannya menarik tangan Yuna agar membuntuti langkahnya menuju ke sofa yang terdapat di dalam bilik Yuna.

"Saja je nak datang. Nak jugak tengok New York ni macam mana bandarnya." Yuna berkata sambil membaringkan tubuhnya di atas sofa. kepalanya diletakkan di atas paha Ommanya.

"Hm, iya lah tu. Yuna.. Dalam kehidupan ni, tak semestinya apa yang kita nak kita boleh dapat. Macam cinta. Tak semestinya kita boleh memiliki orang yang kita cinta sedangkan dia tak cintakan kita."

Yuna terkejut mendengar kata kata Ommanya. Namun, reaksi di wajah cuba dikawal. Tidak mahu Ommanya mengesan perubahan pada riak wajahnya.

Omma sekadar tersenyum kecil melihat tingkah laku Yuna.

"Ehem, kenapa Omma cakap macam tu pulak ? Hahahaha, tak ada kena mengena dengan Yuna pun lah." sengaja Yuna bertanya.

"Omma cakap je. Manalah tahu kan. Nasihat ni tiba tiba aje berguna untuk kamu ke ?" Omma ketawa kecil.

"Dah lah. Omma nak turun ni. Kalau kamu nak makan, pandai pandai kamulah nak urus sendiri. Tadi Omma ajak, dia berlagak kata dah kenyang."

Omma berdiri. Langkahnya diatur menuju ke pintu bilik Yuna.

"Iyalah. Yuna tau lah nak urus sendiri." Yuna berkata sambil bangun daripada pembaringan. Bandannya disandar pada sofa. setelah Ommanya pergi, dia terus tenggelam di dalam dunianya sendiri.

Kepalanya penuh dengan nama seseorang. Seseorang yang tidak akan dia lupakan sampai bila bila. Seseorang yang sangat dia rindukan. Seseorang yang ingin sangat dia peluk ketika ini. Namun, dia hanya boleh bertemu dengan orang itu di dalam mimpi indahnya sahaja. Mustahil, untuk dia kembali bertemu dengan Baekhyun.

Tanpa disedari, air mata perlahan menuruni pipi Yuna. Namun segera diseka. Yuna menarik nafas sedalam yang mungkin. Kemudian dilepaskan perlahan lahan.

"Aku kena mulakan hidup baru."

***

Baekhyun berlari selaju yang mungkin ke bilik En. Lee, pensyarahnya. Pintu diketuk. Apabila mendengar arahan masuk segera Baekhyun membuka pintu lalu melangkah masuk dan terus menuju ke meja En. Lee.

Baekhyun tersengih memandang wajah serius En. Lee. Buku kerja yang berada di tangannya segera diletakkan di atas meja.

"Hehe, sempat lagi kan En. Lee ? Sekarang ni baru pukul 9.29 pagi. Encik suruh hantar 9.30 pagi. Jadi awal satu minit." Baekhyun berkata dengan suara yang bersemangat. Tangannya di letakkan di belakang tengkuknya. Mulutnya masih tidak lekang dengan sengihan.

"Tak pernah lagi saya jumpa student macam kamu ni. Haish. Sudah sudah. Keluar. Boleh jatuh sakit saya ni nak melayan karenah kamu ni." En. Lee berkata sambil tangannya menunjuk ke arah pintu. Menyuruh Baekhyun keluar. Baekhyun hanya ketawa sambil melangkah ke pintu.

"Fuhh, nasib baik sempat." Baekhyun melepaskan nafas lega. Beg sandangnya disilangkah di dada. Sejak masuk ke universiti, dirinya sentiasa sibuk dengan kerja kerja yang diberikan oleh pensyarah. Dia boleh melupakan Yuna seketika ketika dia sedang sibuk dengan kerjanya.

Baekhyun dikejutkan oleh seseorang yang tiba tiba sahaja datang menerkamnya dari belakang. Baekhyun tidak terkejut mahupun menjerit. Sudah muak dengan gurauan Chanyeol yang seperti kanak kanak itu.

"Eh, kau tak terkejut ke ?" soal Chanyeol sedih.

"Nak terkejut apanya ? Bosan dah aku asyik lalui perkara yang sama je." Baekhyun berkata sambil melangkah ke taman yang terdapat di universiti. Baekhyun melangkah ke subuah bangku kosong. Lalu dilabuhkan punggung di atas bangku tersebut.

"Haa, aku ada kejutan untuk kau." Chanyeol berkata teruja.

"Ish, dah macam kekasih dah kau ni. Nak kejutan kejutan bagai." Baekhyun berkata sambil menjeling Chanyeol yang sedang bersandar pada tiang lampu. Chanyeol hanya ketawa mendengar kata kata Baekhyun.

"Tengok niiii." Chanyeol berkata sambil tangannya memegang 2 keping tiket ke New York. Wajah Baekhyun berkerut memandang tiket tersebut.

"Untuk siapa ?" tanya Baekhyun ingin tahu.

"Untuk kita lah. Parents aku suruh aku bawa kau sekali pergi bercuti ni. Cuti semester kan minggu depan. Jadi, minggu depan lah flight kita." terang Chanyeol.

"New York ?" Baekhyun bertanya untuk kepastian. Tidak pernah dia lupakan tempat tinggal Yuna sekarang. Yang pastinya, dulu dia berazam untuk mencari Yuna di New York. Sekarang, sudah hampir 1 tahun selepas semua itu berlaku.

"Hm, bukan aku yang rancang. Tapi, baguslah. Sambil kita bercuti, jomlah kita cari Yuna. Manalah tahu, tiba tiba ke terserempak dengan dia." cadang Chanyeol.

"Hm, harap harap lah."

***

Yuna memeluk tubuhnya sambil berjalan jalan di taman bunga yang terdapat di bandar New York. Bibirnya mengukir senyuman manis apabila melihat bunga bunga yang sedang memekar cantik.

Punggungnya dilabuhkan di atas sebuah bangku yang kosong. Bangku tersebut berhadapan dengan sebuah tasik yang luas. Pemandangannya sangat indah. Cuaca pula sangat cerah.

Matanya dipejam perlahan. Mengingati kenangan pada satu tahun yang lalu.

"Bukan ke bahagia kalau kenangan itu berlaku lagi sekali."

***

"Wahhhh !! Cantik lah bunga bunga dekat sini. Segar segar je." Chanyeol berkata teruja apabila memandang bunga bunga yang terdapat di taman bunga tersebut. Jangan fikir Chanyeol ni apa pulak sebab teruja tengok bunga. Walaupun dia lelaki, dia pun turut minat dengan bunga bunga.

Baekhyun sekadar tersenyum memandang Chanyeol yang sibuk mengambil gambar dengan kameranya.

Tiba tiba, mata Baekhyun terpaku pada seorang gadis yang sedang duduk sendirian di atas sebuah bangku yang terdapat di taman tersebut. Hati Baekhyun tertarik untuk menegur gadis itu.

Perlahan kaki Baekhyun mengatur langkah menuju ke belakang bangku tersebut. Kini, dia berdiri betul betul di belakang gadis tersebut. Matanya melihat loket yang ada pada leher gadis itu. Wajah Baekhyun terkejut apabila melihat loket itu.

Dia kenal dengan loket itu. Dulu, Baekhyun pernah berikan loket tersebut pada seseorang. Adakah gadis ini .. ?

Segera Baekhyun melangkah meninggalkan kembali gadis tersebut.

***

Jadi, kalau nak tahu ending cerita ni, tunggu satu jee lagi part. Saya akan update cepat cepat yee !! :):)

[COMPLETED] Missing You 너를 그리워 + BaekhyunWhere stories live. Discover now