Bab 1 [Gadis Bahaya]

868 36 5
                                    

Warning ⚠️ :

• Cara penulisan agak kelam memandangkan saya tulis novel ini pada umur yang kurang matang.

Coming soon edit the whole book.

• Ayat yang cringe juga penuh tapi saya janji ia hanyalah di Bab hadapan saja. Di bahagian Bab belakang sudah sedikit matang.

• Aksi yang agak ekstrem juga dicatat kerana author sangat adventure.

Harap maklum.













































































Harap maklum

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



___________



"Itu pisau kau ke Ariana?"

Soal budak sebaya di hadapan ku. Aku sekadar mengangguk bangga. Pisau lipat itu dipusing-pusingkan di tangan ku dengan selamba.

"Wow ! Gempaknya !", mereka yang lain sudah teruja memandang ku. Terus aku merenung mereka dengan mata helang ku. Apa yang gempak ?Ini seakan mainan biasa.

"Astagfirullah, Tengku Ariana Rose !Mana kamu dapat pisau tu ?!", tanpa aku sedar, cikgu aku sudah masuk ke kelas.

Habis kawan ku yang lain bertempiaran lari. Cikgu Melati itu terkejut benar memandang ku yang masih bermain dengan pisau sebesar tangannya.

"Beri pada cikgu !", ujarnya tegas. Aku memandangnya selamba bersama tangan yang dihulur.

"Ini kan saya punya ? Kenapa cikgu kena ambil ?", soal ku sambil merenungnya tajam. Dia seakan tersentak aku berkata begitu.

"Berani kamu melawan saya ya ? Itu barang larangan ke sekolah ! Beri pada cikgu !", dia mula memekik di telinga.

Aku terus berkerut sebelum membaling pisau itu tepat mencanak ke dinding sebelahnya. Pisau setebal itu berjaya masuk setengah ke dalam dinding akibat balingan aku.

Cikgu Melati sudah tergetar memandang aku yang tepat membaling pisau itu di tepinya.

"Ambillah", ujar ku selamba.

"Berani kamu ya ?!", suaranya sudah meninggi. Terus dia mengambil telefonnya. Aku mengeluh kecil. Pasti ibu akan datang dan aku pula kena berbual dengan pengetua.

Bosan betul.

10:27 a.m

"Kenapa puan benarkan anak sekecil ini membawa alat berbahaya ? Ini salah laku ibu bapa yang gagal mendidik anak"

𝐴 𝑅 𝐼 𝐴 𝑁 𝐴 ✓Where stories live. Discover now