SPY - 1

4.5K 292 13
                                    

"Tengku!"

Dua orang lelaki berlari mendapatkan Raiq yang tersandar di belakang sebuah kereta orang awam. Memegang bahu kirinya yang terluka terkena tembakan dari salah seorang tiga lelaki tidak jauh darinya.

Raiq mengetap gigi. Dia terlupa membawa pistolnya. Tidak sangka, dia diserang di tempat pakir awam dan bunyi tembakan itu membuatkan orang awam bertempiaran lari menyelamatkan diri.

"I am okay! Kau kejar tiga jantan keparat tu!" Ucap Raiq tegas. Berdiri sambil sebelah tangan menekan kesan luka di bahunya.

"Baik Tengku!"

Dua bodyguardnya berlari mengejar tiga lelaki bersenjata yang telah menyerang bos mereka. Raiq dipapah oleh Dean; ketua bodyguard dan orang yang dipercayai oleh Raiq. Tidak lama itu, datang sebuah kereta dan keluar tiga orang lelaki berseragam hitam.

"Settle kan masalah ini! Pastikan pihak media tak tahu mengenai tembakan yang berlaku di kawasan pakir ini! Kalau ada pihak media yang sebarkan, you must know what you are going to do!" Dean memberi arahan tegas kepada anak buahnya.

"Copy that, Chief!" Ucap mereka bertiga dan segera meleraikan orang awam yang masih ketakutan. Mereka pasti, berita ini akan sampai ke pihak media tidak lama lagi.

Raiq dibawa masuk ke dalam kereta. Dean segera beralih ke tempat memandu. Mereka perlu keluar dari tempat ini sebelum pihak media tiba. Dean terus memecut laju meninggalkan perkarangan pakir itu.

Seperti dijangka, terlihat dua buah van pihak media berselisih dengan kereta yang dipandu Dean. Raiq bersandar sambil mendongakkan kepalanya. Dean memandu laju dan memotong kereta-kereta di hadapannya.

Raiq perlu dibawa ke hospital dengan segera. Dean terlambat menyelamatkan bosnya. Tidak sangka, pihak musuh sudah berani menyerang di tempat awam. Makin berani memperlihatkan diri.

Dean tersentak apabila telefon miliknya bergetar. Mata dia mengerling nama si pemanggil. Wajah Dean berubah apabila melihat nama Tengku Qaisar.

"Tengku. Ayahanda Tengku call saya. Nak saya angkat atau tidak?" Dean bertanya perlahan.

Raiq mengerut dahi. Dia yakin perkara ini akan sampai ke telinga ayahanda dia juga. Raiq memandang Dean. Mata mereka bertembung di cermin pandang belakang.

"Tak perlu..." balas Raiq perlahan.

Renik-renik peluh mula kelihatan di dahi dan pelipisnya. Raiq mengetap gigi kuat. Tangan kuat menekan kain yang menekan kesan luka tembakan. Dean yang melihat wajah bosnya berubah pucat segera bergerak laju.

Tidak lama itu, mereka sampai di sebuah hospital swasta. Dean keluar dan memapah Raiq yang dalam kesakitan. Tiga orang staf hospital sudah bersiap sedia. Mereka mendudukan Raiq di atas kerusi roda.

"Do not tell ayahanda about this, Dean!" Pesan Raiq tegas. Dia tidak mahu Tengku Qaisar risaukan dirinya.

"Okay Tengku!"


















Tengku Qaisar menatap tajam wajah anaknya yang terbaring di atas katil hospital. Memeluk tubuh dengan riak kosongnya. Raiq mengetap gigi dan mengalihkan pandangan ke luar tingkap. Tidak ingin memandang wajah ayahandanya.

"I told you, ayah. Jangan masuk campur urusan Hatta!" Tegas Raiq. Dia tidak ingin musuhnya berubah target dan menjadikan ayahandanya sebagai sasaran kedua.

Tengku Qaisar melepas nafas kasar. Susah betul bercakap dengan anak bongsunya. Lebih keras kepala. Suka melawan cakapnya. Berbalik dengan perangai anak sulungnya dan anak keduanya. Yang lebih banyak menurut dan selalu membuat dia tersenyum senang.

MISS SPY, I LOVE YOU | S L O W U P D A T EWhere stories live. Discover now