"Kitten~" suara itu kedengaran mendayu. Memanggil seorang gadis—yang memeluk lutut di sudut dinding.
Bibirnya menyungging senyuman sinis. Yang pasti—senyuman itu cukup mengerikan bagi gadis itu. Tubuh dia mengeletar takut. Bahkan, wajahnya penuh lebam.
Sekujur tubuh dia penuh dengan kesan libasan—yang pastinya amat menyakitkan.
"You obey me, kitten?" Lelaki itu kini mencangkung di hadapannya. Mencengkam lembut rahangnya.
Membuatkan wajah tirus milik gadis itu menghadap dirinya. Dia senyum melihat airmata yang terus mengalir di pipi tirus gadis itu. Tch—menyedihkan sekali.
"Kau lupa sesuatu ke? Aku tak suka orang yang tak dengar arahan aku..." ujarnya dalam nada bertukar keras.
Dengan sekali rentapan, dia menarik kuat rambut panjang gadis itu. Menyeretnya kuat hingga tiba di katil bersaiz king itu. Menghentak kasar kepala gadis itu di kaki katil.
Gadis itu menangis dan menahan rasa sakit yang menghentam kepalanya. Tidak puas dengan itu—dia melempar kasar tubuh kurus gadis itu ke atas katilnya.
"Kau kena ikut arahan aku perempuan! Kau kena ikut kata, Tuan kau ni!" Lelaki itu naik menindih gadis itu. Mencengkam kuat pipi tirus itu.
Lelaki itu senyum sinis. Suka melihat siksaan yang dia lakukan sekarang ini. "Why? Kau menyesal? Bukan ke aku dulu yang kau tergila-gilakan? Sampai sanggup buat apa je untuk aku?" Bisiknya penuh menggoda.
"Kau dah bisu? Tak boleh nak jawab aku ke hah!"
Pang! Pipi bekas tamparan kelmarin di tambah tamparan baru. Membuatkan darah yang sudah mengering kembali berdarah. Gadis itu menangis. Menangisi nasib malangnya. Sungguh, dia buta dengan cinta.
Lelaki itu ketawa melihat wajah sedih gadis itu. "Ini bukti cinta kau untuk aku. Aku dah pesan—aku bukan sebaik yang kau sangkakan selama ni. Akhirnya, kau masuk dalam perangkap aku—"
Lelaki itu melonggarkan tali lehernya. Membuka satu persatu butang kemejanya. Melihat gerakkan lelaki itu—membuatkan gadis itu merengsot menjauhkan dirinya. Tapi terlambat—tubuh kurusnya sudah ditindih kuat oleh lelaki itu.
"Layan Tuan kau dulu, Kitten..."
"Hah...hah..." Ice terjaga dari mimpi ngerinya. Setelah bertahun, dia hidup dengan tenang. Kini mimpi itu kembali menghantui dirinya.
Ice menatap sekeliling. Ternyata dia di dalam biliknya. Melihat lengan kanan dia yang dicucuk Iv drip membuatkan dia menghela nafas lemah.
Dengan kasar, Ice menarik jarum itu dan membuangnya ke lantai. Kaki Ice melangkah keluar dari bilik itu dalam keadaan tangan berdarah. Dia tidak peduli apa-apa melainkan—seseorang.
"Ice..." Shark berlari laju menghampiri Ice.
Begitu juga yang lain. Mereka berkumpul di ruang tamu selepas Doktor Adam merawat gadis itu. Ocean memeluk Ice kuat. Menarik nafas lega melihat Ice tidak apa-apa.
Raiq? Lelaki itu tidak mempedulikan Ice. Dia asyik berbalas chat dengan tunangan tercintanya. Buat apa dia pedulikan gadis itu.
"Ice..." Shark menghela nafas lemah. Melihat darah mengotori lantai yang mereka pijak.
Tengku Alya menekup mulut. Melihat betapa banyaknya darah yang keluar dari tangan Ice.
"Panggil Adam cepat!" Gesa Shark kepada Josh. Lelaki itu terus berlari mendapatkan Doktor Adam yang berada di luar bersama beberapa ejen lain.
YOU ARE READING
MISS SPY, I LOVE YOU | S L O W U P D A T E
Romantizm| AKU ATAU DIA? | Tengku Raiq Hatta - Jejaka yang bijak dalam dunia busines. Sentiasa memonopoli setiap projek besar dan membuatkan ada yang berasa iri hati. Membuatkan Raiq Hatta sering berada dalam bahaya. Namun, Raiq Hatta tidak gentar mahupun be...