Ice seperti biasa hanya bermalasan di atas katilnya sambil bermain telefonnya. Hari yang membosankan kerana dia hanya berbaring tanpa berbuat apa-apa selain melihat instagram yang membuatkan dia muak melihat gosip-gosip artis yang tidak habis-habis.
Kerana terlalu bosan, Ice memutuskan untuk mencari udara segar di luar. Jam sudah beranjak ke angka 10 malam. Seharian dia berada di rumah tanpa buat apa-apa selain memasak, makan dan tidur. Aktiviti yang boleh membuatkan lemak-lemak di tubuhnya naik mendadak.
Dia menghampiri almari pakaian lalu menarik keluar sehelai hoodie hijau lumut lalu disarungkan ke tubuh kecilnya. Menarik seluar jeans skinny hitam yang terlipat kemas dan disarung ke kaki panjangnya. Ice tersenyum puas melihat penampilan dia pada malam itu.
Dia mendekati almari kaca yang berada di sebelah almari pakaiannya. Mengambil satu topi hitam dan dipakaikan di kepalanya. Ice juga tidak lupa membawa beg dompet dan telefonnya serta dua barang kesayangannya.
Ice membuka pintu biliknya. Dia terhenti apabila anak mata dia menangkap figura seorang lelaki yang bersantai di sofa sambil bermain game di telefonnya. Perlahan, Ice menghampiri lelaki itu tanpa si empunya badan menyedari kehadirannya.
"Macam mana kau boleh masuk rumah aku?"
Lelaki itu terkejut apabila disergah oleh Ice dari belakang. Ocean mengurut laju dadanya. Sungguh, terkejut apabila ditegur dan disergah begitu. Nasib baik tidak tercampak telefonnya.
"Kau lupa ke? Kitorang semua ada kunci pendua rumah kau?" Ocean menjungkit keningnya. Segera dia menyimpan telefonnya ke dalam saku seluarnya.
Ice mengangguk kecil. Dia memandang Ocean yang meregangkan otot tubuhnya.
"Mana Josh dan Shark?"
"Macam biasa. Kau nak join tak?" Ocean tersengih. Menjungkit keningnya beberapa kali.
"Hmm" malas mahu melayan, Ice segera menuju ke pintu utama. Menarik sepasang sneakers berwarna putih dan disarung ke kakinya.
Ocean berlari anak mengejar Ice. Menyarung sandal hitamnya dan menutup serta mengunci pintu rumah Ice. Kawasan apartement yang ditempati gadis itu sungguh sunyi sekali. Hanya ada beberapa orang yang berpapasan mereka ketika menunggu lif.
"Dah berapa round?"
"Baru round ketiga. Ada baki enam round lagi" laju Ocean membalas.
Detingan lif menandakan mereka tiba di bahagian bawah. Ocean dan Ice berjalan tenang menuju ke tempat pakir di bawah sana. Ocean membukan pintu kereta untuk Ice kemudian, baru dia masuk ke dalam kereta.
Ice bersandar tenang di penumpang. Ocean segera mengundur laju keretanya dan keluar dari kawasan Apartement Orkid itu.
Mengambil masa hampir empat puluh minit untuk tiba di satu tempat. Dipenuhi dengan puluhan kereta mewah yang membanjiri kawasan padang yang luas itu. Setelah memakir kereta dan mematikan enjin kereta, mereka berdua segera menuju ke satu bangunan yang berdiri gah di tengah-tengah padang itu.
Ocean segera menghulurkan satu kad berwarna merah dan bertulisan V.I.P berwarna gold ditengah-tengah kad itu. Dua pengawal itu segera menunduk dan memberi laluan kepada Ocean dan Ice. Mereka cukup dikenali kerana mereka berdua sudah acap kali mendatangi tempat itu.
Bunyi suara sorakkan, bingitan suara-suara yang menjerit dan disusuli suara MC yang bercakap membuatkan suasana semakin gamat. Ice dan Ocean mencari-cari tempat yang kosong dan ketika itu lah, Shark melambai-lambai tangannya di bahagian tepi para juri yang berkumpul.
"Kau lambat. Josh dah masuk round kelima" ujar Shark dalam nada sedikit menjerit. Melawan suara-suara penonton pada malam itu.
Ice pula dengan tenang menarik sebuah kerusi lalu melabuh punggungnya. Melihat acara di hadapannya dengan wajah tanpa perasaan. Memeluk tubuh dan mata dia hanya fokus memandang ke dalam ring itu.
YOU ARE READING
MISS SPY, I LOVE YOU | S L O W U P D A T E
Romans| AKU ATAU DIA? | Tengku Raiq Hatta - Jejaka yang bijak dalam dunia busines. Sentiasa memonopoli setiap projek besar dan membuatkan ada yang berasa iri hati. Membuatkan Raiq Hatta sering berada dalam bahaya. Namun, Raiq Hatta tidak gentar mahupun be...