"Duduk"
Ice menarik kerusi di hadapan meja kerja Tengku Qaisar. Bilik lelaki tua itu sangat luas, mewah dan nyaman. Ice pula berasa puas jika dia memiliki bilik seperti ini. Pasti sangat nikmat dan menenangkan diri apabila stres bekerja.
"Apa yang kamu dapat?"
Ice mengeluarkan sesuatu dari cincin yang dipakai olehnya. Satu cip berbentuk batu permata dan di dalam itu terdapat rakaman suara milik seseorang. Ice menyerahkan cip itu kepada Tengku Qaisar.
Tengku Qaisar menatap batu permata putih itu lama-lama. Seketika, baru dia perasan ada kedipan cahaya putih bersinar di dalam batu permata itu. Tengku Qaisar tersenyum sendiri. Ejen S.I.C memang tidak boleh dijangkakan tindakan mereka. Sangat cekap dan pantas.
"Setakat ni, apa yang saya tahu dia-"
"Dia?"
Ice terdiam buat seketika. Dia segera berdiri apabila mata dia menangkap sesuatu. Lensa warna merah yang berkedip di almari buku milik Tengku Qaisar. Ice segera menjangkau benda itu dan membawa keluar dari sebuah buku milik Tengku Qaisar.
"Nampaknya dia semakin berani Tengku" Ice menunjukkan sebuah cip kamera yang diletak kemas di kulit buku itu. Hanya menyiarkan rakaman sahaja tanpa suara.
Tengku Qaisar sangat terkejut melihat cip kamera itu. Kerana, sebelum ini dia tidak pernah perasa kewujudan cip kamera itu.
"Tapi Tengku jangan risau. Hanya rakaman semata-mata tanpa ada suara. Jadi, Tengku selamat buat masa ini"
Tengku Qaisar menarik nafas lega. Cip itu disimpan ke dalam clucth yang dibawa oleh Ice. Hari ini dia harus bergaya feminin. Cip kamera itu tidak dapat mengesan wajah Ice kerana Ice menggunakan kanta mata yang membuatkan apabila dia memandang skrin, kamera atau sesuatu benda akan membuatkan wajah dia bertukar kabur.
Kerana special agent dari S.I.C tidak boleh didedahkan wajah mereka kepada pihak musuh. Hanya orang-orang yang bertuah saja dapat mengenali mereka dengan lebih dekat.
Ice memandang sekeliling bilik Tengku Qaisar. Dia pasti, ada sesuatu yang mencurigai di dalam bilik itu. Melihat tiada apa-apa yang pelik, Ice segera menghadap ke arah Tengku Qaisar kembali.
Dia terkedu melihat satu laser merah berada tepat di dahi Tengku Qaisar. Lelaki tua itu masih tidak menyedari bahawa dirinya menjadi target musuh pada tika itu. Tengku Qaisar asyik memeriksa laporan di atas mejanya dalam keadaan berdiri.
"Tengku watch out!"
Ice menolak kuat tubuh Tengku Qaisar. Mereka jatuh dalam keadaan bertindih satu sama lain. Tengku Qaisar sangat terkejut dan memandang Ice dengan wajah terpinga-pinga. Serentak itu, deraian kaca pecah memenuhi bilik Tengku Qaisar.
Prang! Peluru sniper itu menembusi kaca tebal itu dan menuju laju ke dinding di hadapan mereka. Tengku Qaisar terkejut dan jantung dia berdegup laju. Ice segera mengeluarkan earpiece yang dia bawa kemana-mana. Memasang di telinga kirinya dalam keadaan sedikit mencangkung.
Tengku Qaisar masih menunduk. Mereka bersembunyi di bawah meja. Lagi pula, bilik Tengku Qaisar kalis bunyi dan staf-staf di luar sana tidak akan mendengar suara tembakan di bilik CEO mereka.
"Red code. Tengku Qaisar main office" ucap Ice sedikit tegas. Sambungan earpiece itu akan terus sampai ke pasukannya.
"Red code, Tengku Qaisar. Copy that cap!" Suara Shark muncul dalam nafas termengah-mengah.
"A man with black shirt. Rooftop. Sniper" ujar Ice dalam keadaan berjaga-jaga. Menggunakan lens nya, dia dapat melihat dengan jelas lelaki yang melepaskan tembakan di dalam bilik Tengku Qaisar.
YOU ARE READING
MISS SPY, I LOVE YOU | S L O W U P D A T E
Lãng mạn| AKU ATAU DIA? | Tengku Raiq Hatta - Jejaka yang bijak dalam dunia busines. Sentiasa memonopoli setiap projek besar dan membuatkan ada yang berasa iri hati. Membuatkan Raiq Hatta sering berada dalam bahaya. Namun, Raiq Hatta tidak gentar mahupun be...