SPY | 10

1.4K 194 10
                                    

Raiq membentang laporan yang dibuatnya di hadapan ahli lembaga yang lain serta beberapa pihak luar yang dijemput hadir untuk melihat hasil yang telah dibangunkan olehnya sendiri. Tengku Qaisar tersenyum bangga melihat hasil laporan dari anaknya. Begitu juga ahli lembaga yang lain. Mereka begitu kagum melihat cara Raiq membentangkan hasil kerjanya begitu sempurna.

"Thank you..."

Tepukkan diberikan kepada Raiq setelah dia selesai menyudahkan pembentangan dari pada pagi itu. Tidak sia-sia dia merebut peluang dalam projek pembangunan kali ini. Projek pembangunan perumahan dibawah pihak kerajaan membuatkan Raiq perlu lebih teliti untuk menilai setiap bahan mentah yang digunakan dalam penghasilkan projek itu.

Saingannya terlalu besar dan Raiq mampu melintas saingannya dengan mengeluarkan satu usul yang sangat bernilai dan diterima baik oleh semua pihak. Tengku Qaisar segera bangun dan memeluk tubuh Raiq begitu erat. Bangga kerana Raiq berjaya menerajui bidang ini sama sepertinya dahulu.

Di sudut ruangan, Ice berdiri dengan riak wajah kebosanan. Dia perlu berdiri selama empat jam dan berada di dalam satu ruangan yang terdapat beberapa orang penting di situ. Ice sempat merungut apabila kaki yang mula berasa pegal berdiri dalam keadaan statik begitu.

Tapi demi amanah dan tanggungjawa, dia harus kuatkan diri untuk berhadapan dengan situasi begini. Lagi-lagi dia yakin pihak musuh ada di dalam ruang itu bersama yang lain. Tapi Ice tidak yakin siapa orang itu.

"Good job, Hatta! Kamu memang boleh diharapkan untuk jadi penerus papa kamu!" Datuk Isma menepuk bahu Raiq dengan senyuman bangga.

"Terima kasih daddy" Raiq tersenyum lebar. Puas kerana berhasil membuat laporan akhir di hadapan berpuluh ahli lembaga dari pihak kerajaan dan pihak atasan dari syarikat swasta yang lain.

Datuk Isma merupakan ayah kepada Mariana. Bakal mentuanya. Kerana itu, Raiq sangat menghormati Datuk Isma sama seperti dia menghormati papanya.

Hanya tinggal mereka bertiga di dalam bilik meeting itu. Yang lain sudah lama beredar menjamu selera di dewan makan. Ice mendekati Tengku Qaisar tanpa mempedulikan tatapan Raiq dan Datuk Isma.

"Tengku" Ice memberi isyarat mata kepada lelaki itu untuk mengikutinya keluar.

"Excuse us, Datuk..." Tengku Qaisar tersenyum kecil lalu mengikut langkah Ice yang sudah lama keluar dari bilik itu.

Raiq kembali memandang Datuk Isma yang datang bersama dua orang bodyguard nya. Datuk Isma antara orang ternama dalam bidang perniagaan. Orang lama yang masih bertapak dalam bidang pembangunan.

"So, Hatta. Apa kamu nak buat lepas ni? Terus usahakan papa kamu atau tumpu pada hotel kamu?"

"Hatta akan tumpu pada hotel Hatta lepas ni. Sebab saya akan serahkan jawatan saya kepada Ikmal untuk ambil alih syarikat papa nanti. Saya akan jadi penasihat saja lepas ni" ujar Raiq yakin. Dia tidak mahu melibatkan diri dalam dunia perniagaan lagi.

Raiq mahu menumpukan perhatian kepada pelancongan. Dia mahu menubuhkan sebuah resort di sebuah pulau dan memulakan perniagaan pelancongan dia di sana.

"Tchh...sayang kalau kamu lepaskan jawatan kamu Hatta. Kamu boleh je teraju dua bidang sekaligus. Lagipun, daddy tengok Ikmal tak berminat dalam bidang ni"

"Saya yakin Ikmal boleh gantikan tempat saya, daddy..."

Datuk Isma mengangguk kecil. Dia tidak boleh memaksa Raiq dalam hal ini. Raiq juga mempunyai bidang perniagaan yang dia bangunkan sendiri. Tetapi masih di bawah pemantauan Tengku Qaisar sendiri.

"Apapun keputusan kamu daddy akan sokong. Sebab daddy tahu kamu akan berjaya seperti papa kamu suatu hari nanti"














MISS SPY, I LOVE YOU | S L O W U P D A T EWhere stories live. Discover now