Ice mundar-mandir di bahagian dapur menyediakan makan malam mereka. Dibantu oleh Tengku Alya dan Tengku Elya. Mereka bertiga nampak sibuk memasak, sedangkan Shark lelaki itu menyibuk bertenggek di meja bar berdekatan sambil memakan buah potong yang disediakan oleh Tengku Alya untuk dirinya.
Tengku Elya nampak gugup, apalagi melihat Shark yang berada di situ. Dia menjadi serba tidak kena apatah lagi lelaki itu seakan mengawasi dirinya. Tapi dia cuba menutup kegugupannya dengan menghiasi kek buatannya.
"Ah, siap jugak..." dia tersenyum riang. Melihat kek hasil air tangannya. Dihiasi buah ceri di kelilingi. Tak lupa, topping di atasnya iaitu jem blueberry.
"Hmm, pandai jugak kau buat kek erk..." bisikan itu menyentakkan Tengku Elya. Bahkan, hampir saja dia mahu melanggar dada lelaki itu.
Shark, dia berdiri betul-betul di belakang Tengku Elya. Kedua tangan dia mengepung gadis itu di kiri dan kanan. Membuatkan gadis itu kaku di tempatnya.
Shark menyeringai melihat wajah cuak Tengku Elya. Entah kenapa, hari ini dia ingin mengusik gadis itu. Melihat wajah putih itu kemerahan, membuatkan dia ingin saja memeluk gadis itu saat itu juga.
Plak!
"Aww!" Shark terus menjarakkan diri. Belakang kepalanya digosok laju. Perit dipukul oleh seseorang.
Ice tersenyum puas melihat wajah kesakitan Shark. Dia menarik Tengku Elya ke sisinya. "Lainkali jangan nak usik anak dara orang! Sedar diri kau tu sikit! Dah buaya tu buaya jelah! Jangan nak acah-acah romeo jumpa juliet! Jijik."
Shark memegang dadanya. Pedas sekali kata-kata ketuanya. Tengku Alya pula mengeleng kepala. Menyimpul senyum melihat kelakuan Shark pada anaknya. Dia yang baru ingin menegur tidak jadi melihat Ice yang terlebih dahulu bertindak memukul belakang kepala Shark.
"Apa? Betul kan aku cakap?" Ice menjengil matanya. Lagaknya umpama mak—yang memarahi si anak. Dia memandang Tengku Elya pula, "Elya, kalau gorgon tu kacau kau lagi. Kau sepak je adik dia sampai kejang-kejang..." ucap Ice tanpa perasaan.
Tengku Elya ternganga kecil. Sepak tut-tut?
Shark terus menutup celah kangkang dia dengan kedua tangannya. Oh tidak—masa depan dia! Dia mengeleng kepala laju.
Ice senyum sinis. "Kalau aku tau kau buat lebih-lebih memang aku potong kau punya tu—" pisau diarahkan ke celah kangkang Shark, Ice menyeringai jahat. "Aku potong kecik-kecik pastu bagi Carmela makan!"
"Andwae!" Suara jeritan Shark memenuhi mansion itu. Dia berlari keluar dari ruang dapur menuju ke tingkat atas. Tidak—dia harus menyelamatkan 'adik' dia dari ancaman Ice yang tak main-main.
Tengku Elya menatap Ice kagum. Tengku Alya tertawa melihat lagak Ice dan Shark. Macam-macam kerenah mereka hingga membuat Tengku Alya tidak kering gusi melayan mereka—yang sudah dianggap seperti anaknya sendiri.
"Yaya, bawak semua ni ke meja makan..."
Tengku Elya angguk. Dia membawa semua menu masakann itu ke ruang makan. Dibantu oleh maid-maid disitu. Ice mengelap tangannya di kain kotor.
"Tengku, saya pergi ke menara kawalan. Nak panggil Agnes dan ejen-ejen yang lain" pamitnya dan terus pergi meninggalkan Tengku Alya yang menyediakan minuman untuk mereka semua.
Agnes dan yang lain menunduk hormat melihat kehadiran Ice di menara kawalan. Ada tiga orang ejen lelaki yang berkerja mengawasi sistem keselamatan pulau mereka. Ejen Agnes bertindak sebagai ketua, yang memberi arahan jika ada musuh yang menyusup masuk ke pulau mereka.
"Korang boleh ke mansion. Aku ada sediakan makan malam..." katanya dan duduk di sebelah kerusi. Memeluk tubuh menatap monitor-monitor yang bersambung di depannya.
YOU ARE READING
MISS SPY, I LOVE YOU | S L O W U P D A T E
Romance| AKU ATAU DIA? | Tengku Raiq Hatta - Jejaka yang bijak dalam dunia busines. Sentiasa memonopoli setiap projek besar dan membuatkan ada yang berasa iri hati. Membuatkan Raiq Hatta sering berada dalam bahaya. Namun, Raiq Hatta tidak gentar mahupun be...