SPY | 5

1.3K 192 11
                                    

Ice tersenyum menatap beberapa kanak-kanak yang berlarian di taman hospital. Ice suka melihat kanak-kanak yang ceria dan tersenyum tanpa memikirkan beban dalam hidup mereka. Ice sengaja duduk di sebuah bangku tidak jauh dari taman itu. Dia mahu mengambil angin dan menghilang kebosanan dia selama tiga hari berada di hospital.

"Kakak..."

Ice berkerut dahi melihat seorang budak perempuan di hadapannya. Duduk di atas kerusi roda dan kepalanya berbalut. Ice terkesima melihat keadaan budak perempuan itu.

"Kakak sorang je?" Soal budak perempuan itu ramah. Tetap tersenyum walaupun bibirnya nampak pucat dan kesan pecah di sudut bibirnya.

Ice menganalisa badan budak itu dalam diam. Ice takut untuk memberi kesimpulan awal mengenai keadaan budak perempuan itu. Tapi- budak itu kelihatan dalam keadaan menyedihkan.

"Saya Dina. Nama akak apa?"

"Violet" balas Ice sedikit tersenyum. Dia melihat budak perempuan itu tersenyum melihat dirinya.

"Keluarga Dina mana? Dina seorang ke datang sini?" Kini Ice pula yang menyoal budak perempuan itu. Hairan dia melihat budak perempuan itu bersendirian tanpa ditemani sesiapa.

Sedangkan pesakit kanak-kanak yang lain ditemani oleh ibu bapa atau penjaga mereka. Ice dapat melihat raut wajah budak itu berubah. Namun tetap mengukir senyuman walaupun kelihatan terpaksa.

"Dina datang dengan kakak nurse. Tapi kakak nurse ada kerja tak dapat teman Dina. Jadi, dia tinggal Dina kat sini. Dina tengok akak sorang-sorang. Akak tunggu orang ke?"

"Tak. Akak memang datang sini seorang diri. Dina tak ada kawan ke?"

Budak perempuan bernama Dina itu mengeleng. Dia memandang kanak-kanak sekeliling dia yang berlari sana sini tanpa beban. Tidak sepertinya, Dina merindukan suasana kanak-kanaknya. Sangat rindu. Ice menatap budak itu dengan perasaan hiba.

"Ada. Kawan-kawan Dina semua dekat wad. Dia orang tak boleh keluar sebab tak sihat" balas Dina sedikit lirih.

Mereka berbual banyak. Dina seorang yang ramah dan mudah mesra dengan orang baru dia kenal. Ice tidak bermasalah. Dina boleh menjadi peneman dia sepanjang di hospital ini. Tidak lama itu, seorang nurse datang menghampiri mereka dengan senyuman manis.

"Dina, jom kita masuk dalam. Dah nak habis waktu bermain dekat luar" ucap nurse itu lembut.

Dina mengangguk kecil. "Jumpa lagi kak Vio! Dina harap ini bukan kali terakhir kita jumpa"

Ice tertegun mendengar pertuturan dari Dina. Seakan-akan Dina tidak akan bertemu lagi dengannya. Dina melambai tangan pada Ice dan menolak perlahan roda kerusi tanpa dibantu oleh nurse itu.

"Boleh saya tahu detail Dina?"

Ice bersuara kepada nurse itu. Sungguh, dia ingin tahu mengenai Dina. Hati dia sayu melihat Dina yang tidak seperti kanak-kanak lain.

"Dina budak berusia 9 tahun. Dia mangsa penderaan ibu bapanya. Tapi tiada bukti yang kukuh dan mereka bebas dari pengadilan. Cuma jiran menemui Dina terlantar di rumahnya dalam keadaan penuh luka dan lebam. Mereka yang bawa Dina ke hospital"

Ice tersentap. Penderaan- Ice cukup benci jika ada orang-oranf yang mendera kanak-kanak. Ice pernah merasai semua itu dan dia melihat sendiri kanak-kanak didera di hadapan mata dia.

"Ibu Dina seorang wanita bekerjaya. Ayahnya pula seorang ahli peniagaan. Jadi, kes ini ditutup kerana budi bicara dari pihak Dina. Saya tak tahu sangat, tapi apa yang saya boleh simpulkan Dina terseksa dengan hidupnya"

Ice terdiam. Menatap Dina yang menunggu di hujung taman. Nurse itu segera beredar dan mendekati Dina. Menolak kerusi roda Dina ke satu lorong yang menghubungkan lobi kedua untuk pesakit.

MISS SPY, I LOVE YOU | S L O W U P D A T EWhere stories live. Discover now