S P Y | 4

1.3K 199 8
                                    

Shark yang melihat Ice berbual mesra dengan keluarga Tengku Qaisar segera bergerak menjauhi keramaian itu. Dia mengejar seorang lelaki yang mencurigakan. Dia juga sempat memberi isyarat kepada Ocean dan Josh untuk berjaga-jaga di hadapan sana.

Kaki dia bergerak perlahan mengikuti seorang lelaki berpakaian serba hitam itu. Shark yakin lelaki itu salah seorang pengawal peribadi Tengku Raiq Hatta. Tapi tingkah laku lelaki itu agak mencurigakan. Dia seakan menyembunyikan sesuatu.

Lelaki itu pergi ke belakang pentas. Menaiki tangga kecil itu dan memanjat ke atas. Perlahan, Shark mengikuti lelaki itu tanpa sebarang bunyi. Shark juga memanjat tangga itu dan melihat lelaki itu berdiri di atas papan panjang di atas sana sambil mengeluarkan sesuatu dari sebuah kotak kecil.

Shark perlahan-lahan mendekati lelaki itu. Membulat matanya melihat sebiji bom jangka di pegang lelaki itu. Masa masih belum di hidupkan lagi. Shark sangat tidak percaya.

Ini benar-benar gila.

Lelaki itu melutut satu kaki. Memasang sesuatu pada bom itu. Lagak lelaki itu seakan profesional saja. Ketika itulah, Shark melihat tatu di bahagian nadi belah kiri pergelangan lelaki itu.

Tatu BlackFire.

Salah satu anak buah Marcus Marcello. Shark segera menekan jam di tangannya. Di mana, jam itu akan menghantar isyarat secara langsung kepada teamnya kecuali Ice yang tidak mengenakan jam tangan pada malam itu.

"Hey bro...seronok nampak"

Shark menyapa tenang. Bersandar di pagar besi kecil itu sambil tersenyum sinis. Lelaki itu tersentak. Tidak sangka ada yang mengikuti dia hingga ke atas pentas itu.

"Kau nak buat pesta api ke malam ni? Taknak ajak aku sekali ke?"

Lelaki itu berdecit geram. Bom itu diangkat dengan sebelah tangan. Lelaki itu menentang berani memandang Shark yang berdiri berjarak 1 meter darinya.

"Kau siapa? Kau jangan nak kacau kerja aku! Baik kau pergi sebelum kau mati dekat sini" ucap lelaki itu dalam nada kerasnya.

Shark tertawa kecil.

"Aku takkan kacau kerja kau kalau kau tak hancurkan majlis malam ni. Don't you? Jadi, boleh bagi aku benda membahayakan tu?"

Lelaki itu berdecit panjang. Tanpa berkata lebih, lelaki itu menyepak laju ke arah Shark dan beruntungnya Shark sangat cekap mengelak. Mereka bergelut di atas sana dan Shark menepis laju serangan lelaki itu.

Tidak sedar tubuh mereka berdua hampir menjunam jatuh ke bawah. Kerana suara muzik dan tetamu yang sangat kuat, membuatkan bunyi di atas pentas sana tidak kedengaran. Shark menumbuk rusuk kanan lelaki itu dan mengilas tangan lelaki itu.

Tetapi lelaki itu bijak, dia menyepak belakang lutut Shark dan menumbuk menendang kuat kepala Shark. Mereka saling berbalas tumbukan dan sepakkan. Lelaki itu yang melihat Shark kesakitan segera mengambil peluang untuk melarikan diri. Mengeluarkan pistol dari belakang kotnya.

Shark tidak tinggal diam.

"There has a boom here! Clean all the people at the ballroom right now!" Jerit Shark tegas kepada Josh dan Ocean di bawah sana melalui earpiece.

Shark laju mengejar lelaki itu. Melompat dari tiang besi ke tiang lain. Lelaki itu melihat Shark semakin menghampirinya segera melepaskan tembakan rambang.

Bang! Dum!

Mereka berdua jatuh ke atas pentas. Menjadi pusat perhatian. Shark laju menepis serangan lelaki namun lelaki itu pantas menepis serangan Shark melarikan diri. Ice yang melihat lelaki itu semakin mendekatinya dan seakan menyembunyikan sesuati dari kotnya segera menghalang.

MISS SPY, I LOVE YOU | S L O W U P D A T EWhere stories live. Discover now