Raiq melonggarkan tali lehernya dan membuka tiga butang kemejanya. Wajahnya kelihatan lelah kerana menghadiri banyak meeting bersama kliennya. Dia perlukan waktu rehat untuk seketika. Apatah lagi, kejadian malam semalam masih bermain di fikiran dia. Apa tujuan gadis itu masuk ke dalam keluarganya? Raiq masih memikirkan akan hal itu.
"Assalamualaikum, sayang..." terjengul kepala Mariana yang tersenyum lebar menyapa tunangnya.
Membawa satu paper bag yang cukup besar. Dia menapak masuk ke dalam tanpa dipelawa. Raiq tersenyum lebar menyambut kedatangan gadis kesayangannya. Mariana duduk di hadapan meja kerja Raiq.
"Why your face look so pale, honey?" Mariana mula risau melihat wajah Raiq agak pucat dari biasa.
"I'm just tired sayang. Kenapa you datang office I? Ada apa-apa ke?"
Marian tersenyum. "Saja. Saya rindu dengan cik tunang saya. Saya bawakan bekal tengahari untuk awal. Alang-alang nak pergi butik mummy, saya singgah sini kejap"
Mariana membuka paper bag itu. Mengeluarkan tiga bekal yang berlainan saiz. Raiq segera berdiri dan membantu Marianan menyusun makan tengahari di meja satu lagi. Raiq terasa segar mencium aroma masakan yang menyelerakan itu.
"Banyak you masak?"
"Mestilah. Saya tahu awak rindukan masakan saya, jadi saya masak lebih untuk awak. Special menu untuk hari ini" ucap Mariana dengan senyuman tak lekang dari bibirnya.
"Thanks sayang" Raiq tersenyum terharu. Penuh berselera dia makan lauk dan nasi yang dihidangkan oleh Mariana.
Mariana duduk tenang di sebelah Raiq. Tersenyum senang melihat Raiq begitu berselera menjamah hasil air tangan darinya. Beruntung sekali Raiq kerana memiliki Mariana. Cukup lengkap. Menutup aurat, sopan dan pandai serba serbi. Tiada yang kurang. Raiq saja masih melambatkan perkahwinan mereka kerana kekangan waktu. Raiq mahu membangun usahanya dulu dan menunggu hingga betul-betul stabil.
"Alhamdulillah" Raiq kekenyangan. Bersandar di sofa sambil mengelap tepi bibirnya menggunakan tisu.
Mariana mengemas bekas-bekas yang digunakan oleh Raiq. Habis licin. Tiada yang tersisa. Mariana tersenyum puas. Nampak sangat Raiq begitu merindukan masakan darinya. Mariana memandang wajah tunangnya.
"Sayang, saya ada sesuatu nak bagitahu awak" ujar Mariana. Memang kedatangan dia bersebab. Dia harus meminta keizinan lelaki itu.
Raiq menjungkit kening. Jarang Mariana meminta izin darinya kecuali jika gadis itu mahu meminjam wang darinya.
"Erm...boleh kalau saya nak pinjam duit awak? Sebab saya perlukan modal untuk butik saya. Awak tahu kan, saya perlu beli material kain yang berkualiti sebab saya akan sertai satu event di Paris tak lama lagi"
Raiq mengangguk kecil. Dia sudah agak kerana ini bukan kali pertama Mariana meminjam wang darinya. Raiq pula tiada masalah meminjam sejumlah wang yang cukup banyak kepada Mariana.
"Berapa you nak?"
Mariana mendongak wajah. Memandang Raiq dengan wajah tidak percayanya.
"Dalam 200k..." ucap Mariana teragak-agak. Kerana nilai yang diminta olehnya sangat banyak. Malah jika dikira hutang dia dan Raiq hampir mencecah jutaan ringgit.
Raiq tidak berkata apa-apa. Dia terus berdiri dan mengeluarkan check dari laci mejanya. Menulis sejumlah angka di atas check itu dan mengoyakkan. Setelah menandatangani check itu, Raiq kembali ke arah tunangnya. Menyerahkan check itu dengan sejumlah wang yang cukup besar.
Mata Mariana terbeliak luas melihat angka yang ditulis oleh tunangnya. Dia meminta RM200 000 tetapi angka disitu tertulis RM 500 000 secara tunai. Mariana menatap Raiq dengan wajah tidak percayanya.
YOU ARE READING
MISS SPY, I LOVE YOU | S L O W U P D A T E
Romance| AKU ATAU DIA? | Tengku Raiq Hatta - Jejaka yang bijak dalam dunia busines. Sentiasa memonopoli setiap projek besar dan membuatkan ada yang berasa iri hati. Membuatkan Raiq Hatta sering berada dalam bahaya. Namun, Raiq Hatta tidak gentar mahupun be...